Triton Skor 5 Bintang Ujian Kemalangan ANCAP

Mitsubishi Triton 2024 terus mencipta nama apabila model itu menerima skor 5 bintang dalam ujian kemalangan ASEAN NCAP, baru-baru ini.
Malah, trak pikap itu sebelum ini ada menjalani satu lagi ujian kemalangan, namun di bawah ujian yang lebih ketat yang dianjurkan oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP).
Difahamkan, Mitsubishi Triton itu merupakan trak pikap dual cab yang pertama dinilai melalui piawaian baharu program ANCAP 2023-2025.


Apa yang cukup membanggakan ialah menerusi ujian kemalangan yang cukup ketat itu, Mitsubishi Triton masih mampu menerima penarafan lima Bintang.
Skor itu diberikan dalam bentuk penilaian untuk pemanduan 4x2 dan 4x4, yang dikatakan baru sahaja memasuki pasaran Australia dan New Zealand.

Menurut ANCAP, Triton menunjukkan tahap perlindungan yang cukup tinggi untuk pemandu, penumpang dewasa tempat duduk hadapan, serta penumpang kanak-kanak dalam ujian kemalangan fizikal itu.
Skor maksimum dicapai melalui ujian kemalangan depan menyasar (offset frontal crash test), ujian pelanggaran tiang di sisi kereta dan ujian kesan di hadapan untuk kedua-dua patung kanak-kanak dan ujian sisi kereta.
Lebih menarik, ANCAP mendapati bahawa Triton memberi perlindungan yang cukup baik apabila ia melibatkan bahagian dada dan kaki penumpang belakang dalam ujian pelanggaran dari depan secara sepenuhnya.

Sementara itu, apabila diuji tentang risiko kecederaan di dalam kenderaan lain jika dilanggar oleh Triton, ANCAP berkata tahap Triton adalah bersederhana.
Ia masih mampu menewaskan kebanyakan pesaingnya.
Sebaliknya, Triton agak mengecewakan dalam ujian 'bantuan keselamatan' kerana mencatatkan skor yang lebih rendah walaupun dilengkapi dengan brek kecemasan autonomi (AEB), yang tidak begitu canggih apabila melibatkan rempuhan tiang-T dan perlanggaran dari depan.
Ketua Pegawai Eksekutif ANCAP Carla Hoorweg berkata, Triton memenuhi keperluan protokol ANCAP dalam memberi amaran untuk keletihan dan gangguan.
“Namun, pelaksanaan sistem ini sebenarnya boleh diperbaiki dengan mengurangkan amaran-amaran yang tidak perlu diberikan kepada pemandu," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2261
SELANGOR
BSU8075
JOHOR
JG8659J
PULAU PINANG
PSH1992
PERAK
APM7053
PAHANG
CFJ3301
KEDAH
KGJ6948
NEGERI SEMBILAN
NEM4975
KOTA KINABALU
SJU9736
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching
MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.
21-08-2025
Dilancar: Mitusbishi Triton Athlete 2025 Kini Ditambah Baik Dengan Ciri Baharu
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan Triton Athlete yang kini tampil dengan beberapa ciri terbaharu sempena ulang tahun ke-20 mereka di pasaran tempatan.
11-06-2025
Pandu Uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu!
Wakil Carz.com.my berpeluang memandu uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, baru-baru ini, ini 5 perkara yang kami dapat korek.
19-10-2024
Mitsubishi Triton Laku Keras, Orang Malaysia Minat Triton Sebab Serba Boleh
Mitsubishi Motors Malaysia mengakui bahawa jualan dan sambutan terhadap model Mitsubishi Triton cukup menggalakkan di negara ini.
17-10-2024
Apa Cerita Ni? Harga Kereta Naik
Beberapa syarikat pengeluar kereta sudah mula menaikkan harga kereta mereka.
05-07-2023
Jom Pandu Uji Trak Pikap Mitsubishi Triton Off-Road PERCUMA 24-25 Jun Ini!
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menganjurkan karnival pandu uji trak pikap terbuka kepada orang awam secara percuma. Ini perincian acara.
23-06-2023
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

