Mercedes-AMG CLE 63 Terbaru Bakal Guna Enjin V8, Bukan PHEV 4 Silinder

Berita baik bagi peminat kereta berprestasi tinggi daripada Mercedes-AMG, Mercedes-AMG CLE 63 akan datang bakal dikuasakan oleh enjin V8 ikonik yang dibangunkan oleh pasukan AMG di Affaltertbach, Jerman.

Enjin pengecas turbo berkembar 4.0 liter M177 yang dibangunkan Mercedes-AMG yang digunakan pada Mercedes-AMG GT generasi kedua terbaru, bakal dipasangkan pada CLE 63 yang akan datang.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pegawai kanan syarikat kepada portal automotif UK, Autocar. Sumber itu memaklumkan bahawa model CLE 63 yang akan datang bakal menggunakan enjin bi-turbo (pengecas turbo berkembar) V8 4.0 liter AMG dengan bantuan sistem hibrid ringkas (MHEV).
Keputusan untuk menggunakan enjin V8 ini dibuat selepas menyaksikan penerimaan yang agak kurang memberangsangkan terhadap sedan C63 dengan enjin PHEV sebelum ini.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
CLE C236 yang terbaru dalam versi CLE 300 4Matic yang dipamerkan di Malaysia baru-baru ini.
Walaupun menjanjikan prestasi yang terbaik dalam kelasnya, peminat model AMG tidak begitu tertarik dengan sistem pemanduan PHEV E-Performance. Untuk makluman, model tersebut menggabungkan enjin turbo 2.0 liter 4 silinder yang diambil daripada hatchback hyper A45 S AMG dengan motor elektrik dan sistem bateri yang dipasang pada gandar belakang. Prestasi jualan model ini jelas menunjukkan ia jauh ketinggalan berbanding versi sebelumnya yang menggunakan enjin V8.
Oleh itu, langkah untuk menggunakan enjin V8 bagi model terbaru sebagai pengganti Mercedes-AMG C63 S Coupe itu nanti dilihat sebagai satu tindakan bijak bagi menarik kembali minat orang ramai. Untuk makluman, coupe W205 terdahulu menggunakan enjin V8 bi-turbo 4.0 liter M177 yang memberikan output 503 hp dan tork 700 Nm kepada kesemua roda (AWD), membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat.



Model yang ditawarkan di pasaran sekarang, CLE dalam varian berbumbung, C236 (atas, kiri) dan varian cabriolet, A236 (atas, kanan) menggunakan enjin MHEV turbo 6 silinder sebaris 3.0 liter talaan AMG dengan output 449 hp dan 560 Nm.
Sebaliknya, tawaran paling berprestasi tinggi bagi model CLE C236 yang ada sekarang datang dalam versi Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+. Model ini dikuasakan oleh enjin turbo 3.0 liter 6 silinder MHEV yang telah diperbaik, menghamburkan kuasa 449 hp dan tork 560 Nm.
Menggunakan sistem AWD dengan mod ‘Drift’, model ini mampu membuat pecutan daripada 0-100 km/j hanya dalam 4.2 saat. Apatah lagi dengan enjin V8, kita boleh menjangkakan prestasi yang lebih tinggi untuk versi yang akan dilancarkan nanti.
Mengenai tarikh pelancaran, Mercedes-Benz masih belum membuat sebarang pendedahan, tetapi baru-baru ini, model prototaip dengan pelekat samaran telah dikesan. Ini mungkin petanda bahawa pembangunan model tersebut telah mencapai fasa penghujungnya. Mungkin hujung tahun ini?
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4732
SELANGOR
BSV2902
JOHOR
JH7581J
PULAU PINANG
PSH5408
PERAK
APN2093
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9082
NEGERI SEMBILAN
NEM6554
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB693Q
Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
