[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
Kehadiran Mercedes-AMG A 45 generasi W177 membuktikan prestasi bukan ‘hak eksklusif’ kereta sport yang biasa kita lihat kerana sebuah hatchback juga mampu memberikan prestasi yang memacu adrenalin.
Digelar super-hatch, Mercedes telah melengkapkan model ini bukan sahaja dengan prestasi yang hebat, tetapi juga gaya dan pelbagai ciri mewah yang sudah menjadi trademark jenama bintang tiga penjuru ini. CariCarz berpeluang untuk memandu uji model ini dan ini pendapat kami…
PANDANGAN PERTAMA
Perkara pertama yang menjadi perhatian ialah bagaimana reka bentuk A45 S W177 kali ini kelihatan lebih ‘matang’ berbanding generasi W176. Gaya agresif yang membezakan model AMG ini dengan model A-Class lain masih dikekalkan dengan gril ‘Panamericana’ pada bahagian hadapan.
Ini disempurnakan lagi dengan kehadiran elemen aerodinamik yang mengapit bampar hadapan, spoiler pada bahagian belakang bumbung, peresap, paip ekzos 'quad' serta rim aloi AMG 19 inci dalam dua tona dengan kaliper brek berwarna merah.
KABIN YANG SPORTY
Bergerak ke bahagian dalam, ruang kabin masih direka menggunakan formula yang sama seperti model A-Class lain. Ia dilengkapkan dengan sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Panel paparannya berukuran 10.25 inci kelihatan seolah-olah terapung pada papan pemuka. Kemasan aluminium dan warna hitam berkilat digunakan pada pelbagai sudut dalam ruang kabin.
Sebagai sebuah model prestasi AMG, beberapa ciri khasnya dapat dilihat seperti penggunaan tempat duduk sport jenis semi-bucket dan stereng sport AMG dalam balutan kulit dan Alcantara yang dikemaskan dengan jahitan berwarna merah. Selain itu, tali pinggang dan juga paparan pada skrin juga adalah khas bagi model AMG.
Kabin ini turut dipenuhi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi seperti pad pengecas tanpa wayar, kebolehan sambungan Apple CarPlay, fungsi arahan suara MBUX Mercedes-Benz dan banyak lagi.
PEMANDUAN YANG MEMACU ADRENALIN
Sebaik enjin dihidupkan, terserlah karakter agresif kereta melalui bunyi yang dihasilkan melalui lubang ekzosnya. Walau dengan peraturan emisi Eropah diperketatkan tidak bermakna deruman ekzos hilang ke'padu'an, namun, dapat dirasakan wujud perbezaan dengan model terdahulu yang lebih dramatik.
Bagi sebuah hatchback pada saiz ini, kadar pecutan dan kelajuannya cukup menakjubkan (peringatan: tidak sesuai bagi yang memiliki masalah jantung), prestasinya sudah dapat dirasakan walaupun sebelum Dynamic Select dikeluarkan daripada mod ‘Comfort’ kepada mod lain yang lebih berkuasa seperti ‘Sport’, ‘Sport+’ atau ‘Race.’
Dengan mod ‘Comfort’ kereta boleh mencapai kuasa 415 hp dan 500 Nm yang dijana oleh enjin 4 silinder 2.0L. Keseronokan memecut ditambah lagi dengan fungsi ‘Launch Control.’
Bagi menggunakan fungsi ‘Launch Control,’ mod Sport’, ‘Sport+’ atau ‘Race’ perlu diaktifkan terlebih dahulu. Ini diikuti dengan tekanan penuh pada pedal brek dan pedal minyak untuk memacu kuasa. Tindakan ini perlu dilakukan selama beberapa saat sebelum brek dilepaskan untuk merasai kuasa pecutan 0-100 km/j dalam masa kira-kira 3.9 saat. Kepantasan yang hampir menyamai Porsche 911 Carrera S yang mencatatkan masa 3.5 saat, tetapi dijual pada harga yang dua kali ganda lebih tinggi berbanding A45 S.
Sewaktu pecutan, terserlah kemampuan sistem pacuan semua roda 4MATIC+ dan juga ketangkasan transmisi automatik Speedshift DCT AMG 8-kelajuannya yang digabungkan dengan enjin 4-silinder ini. Gandingan sistem inilah yang membolehkan kereta mencapai ketangkasan luar biasa dalam badan sebuah hatchback.
CIRI KESELAMATAN YANG TIDAK MENGECEWAKAN
Mercedes-AMG A 45 W177 dilengkapkan dengan sistem keselamatan seperti kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, amaran dan mitigasi keluar lorong, serta amaran dan informasi titik buta.
Sudah semestinya ia lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan asas seperti ABS, pakej kawalan kestabilan dan cengkaman, cagak Isofix untuk kerusi kanak-kanak dan tujuh beg udara.
KOS PEMILIKAN
Sepertimana kebanyakan model prestasi lain, kos pemilikan dan penjagaan pastinya tidak murah, terutama sekali jika dilihat dari aspek kadar penggunaan minyak.
Mercedes-Benz menyatakan purata penggunaan minyaknya ialah 8.3L/100 km. Tidak mustahil untuk mencapai kadar penggunaan minimum ini sekiranya anda mampu menahan diri daripada sering 'melenjan' kereta di jalan raya. Sekiranya mampu, dengan minyak 51L, kereta dianggarkan boleh mencapai jarak perjalanan maksimum sejauh 612 km.
Juga diingatkan bahawa model ini menggunakan enjin 4-silinder 2.0L AMG yang memerlukan bahan api bergred tinggi, RON97, di samping pelincir enjin berprestasi tinggi. Bergantung kepada cara penggunaan dan sekerap mana prestasi kenderaan diuji, bahagian-bahagian seperti pad brek, cecair dan sebagainya perlu ditukar dari masa ke masa.
Jelas bahawa kos penjagaan super-hatch ini tidak begitu mesra poket. Namun jika dilihat dari aspek kualiti perkhidmatan pasca jualan dan servis yang ditawarkan Mercedes-Benz Malaysia serta pengedar utamanya, pasti dapat menyejukkan hati.
JADI, BERBALOI ATAU TIDAK?
Hatchback AMG pertama yang boleh mencapai kuasa 400 hp ini juga adalah hatchback pertama yang dijual pada harga melepasi RM400k – RM481,888, harga atas jalan, tanpa insurans. Harganya boleh dikatakan agak tinggi jika dibandingkan dengan kereta sport ‘sebenar’ lain dalam pasaran seperti Porsche 718 Boxster dan Cayman yang masing-masing dijual pada harga bermula RM515,000 dan RM555,000.
Namun, jangan lupa, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ bukan sekadar mampu mencapai kuasa maksimum yang tinggi, tetapi juga lebih versatil yang menjadikannya juga sesuai untuk kegunaan harian. Bukan itu sahaja, ia menggunakan trenkuasa asas yang sama dengan C63 S AMG baharu.
SPESIFIKASI
Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG4347
SELANGOR
BSF5076
JOHOR
JYA5080
PULAU PINANG
PRR4984
PERAK
ANW6804
PAHANG
CFC1457
KEDAH
KGA9451
NEGERI SEMBILAN
NEG2394
KOTA KINABALU
SJL3102
KUCHING
QAB5152L
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
EURO 5 B7
RM 2.94
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025
Berita Terkini
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat