ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-AMG CLE 63 Terbaru Bakal Guna Enjin V8, Bukan PHEV 4 Silinder

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2024-mercedes-amg-c63-s-e-performance-exterior-front-quarter-charging.jpg


Berita baik bagi peminat kereta berprestasi tinggi daripada Mercedes-AMG, Mercedes-AMG CLE 63 akan datang bakal dikuasakan oleh enjin V8 ikonik yang dibangunkan oleh pasukan AMG di Affaltertbach, Jerman. 


2024-Mercedes-AMG-GT-52-1536x1024.jpg


Enjin pengecas turbo berkembar 4.0 liter M177 yang dibangunkan Mercedes-AMG yang digunakan pada Mercedes-AMG GT generasi kedua terbaru, bakal dipasangkan pada CLE 63 yang akan datang. 


Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pegawai kanan syarikat kepada portal automotif UK, Autocar. Sumber itu memaklumkan bahawa model CLE 63 yang akan datang bakal menggunakan enjin bi-turbo (pengecas turbo berkembar) V8 4.0 liter AMG dengan bantuan sistem hibrid ringkas (MHEV). 


Keputusan untuk menggunakan enjin V8 ini dibuat selepas menyaksikan penerimaan yang agak kurang memberangsangkan terhadap sedan C63 dengan enjin PHEV sebelum ini. 


MB-CLE-3004M_-(1).jpgMB-CLE-3004M_-(17).jpgMB-CLE-3004M_-(30).jpg


CLE C236 yang terbaru dalam versi CLE 300 4Matic yang dipamerkan di Malaysia baru-baru ini. 


Walaupun menjanjikan prestasi yang terbaik dalam kelasnya, peminat model AMG tidak begitu tertarik dengan sistem pemanduan PHEV E-Performance. Untuk makluman, model  tersebut menggabungkan enjin turbo 2.0 liter 4 silinder yang diambil daripada hatchback hyper A45 S AMG dengan motor elektrik dan sistem bateri yang dipasang pada gandar belakang. Prestasi jualan model ini jelas menunjukkan ia jauh ketinggalan berbanding versi sebelumnya yang menggunakan enjin V8. 


Oleh itu, langkah untuk menggunakan enjin V8 bagi model terbaru sebagai pengganti Mercedes-AMG C63 S Coupe itu nanti dilihat sebagai satu tindakan bijak bagi menarik kembali minat orang ramai. Untuk makluman, coupe W205 terdahulu menggunakan enjin V8 bi-turbo 4.0 liter M177 yang memberikan output 503 hp dan tork 700 Nm kepada kesemua roda (AWD), membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat.


web_CariCarz_2024_Mercedes-AMG-CLE-53-4Matic+-Coupe_-1.jpgMercedes-AMG-CLE53-Cabriolet-6.jpgweb_CariCarz_2024_Mercedes-AMG-CLE-53-4Matic+-Coupe_-28.jpg


Model yang ditawarkan di pasaran sekarang, CLE dalam varian berbumbung, C236 (atas, kiri) dan varian cabriolet, A236 (atas, kanan) menggunakan enjin MHEV turbo 6 silinder sebaris 3.0 liter talaan AMG dengan output 449 hp dan 560 Nm. 


Sebaliknya, tawaran paling berprestasi tinggi bagi model CLE C236 yang ada sekarang datang dalam versi Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+. Model ini dikuasakan oleh enjin turbo 3.0 liter 6 silinder MHEV yang telah diperbaik, menghamburkan kuasa 449 hp dan tork 560 Nm.


Menggunakan sistem AWD dengan mod ‘Drift’, model ini mampu membuat pecutan daripada 0-100 km/j hanya dalam 4.2 saat. Apatah lagi dengan enjin V8, kita boleh menjangkakan prestasi yang lebih tinggi untuk versi yang akan dilancarkan nanti. 


Mengenai tarikh pelancaran, Mercedes-Benz masih belum membuat sebarang pendedahan, tetapi baru-baru ini, model prototaip dengan pelekat samaran telah dikesan. Ini mungkin petanda bahawa pembangunan model tersebut telah mencapai fasa penghujungnya. Mungkin hujung tahun ini? 


MB-CLE-3004M_-(28).jpg



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS2271

SELANGOR

BSU1401

JOHOR

JF384J

PULAU PINANG

PSF9490

PERAK

APL8039

PAHANG

CFH8716

KEDAH

KGJ3035

NEGERI SEMBILAN

NEM1410

KOTA KINABALU

SJU3520

KUCHING

QAB6589P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

13-05-2024
Global

07-08-2023
Global

20-09-2022
EV

07-12-2023
Global

20-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.