Macan Versi Elektrik Dipertontonkan Di Malaysia, Pra-Tempahan Kini Dibuka

Dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia, Macan generasi kedua versi elektrik.
Sime Darby Auto Performance (SDAP – Porsche Malaysia) telah mempertontonkan secara eksklusif model baharu dan elektrik, Porsche Macan 2024 semasa Porsche World Road Show (PWRS) di Litar Antarabangsa Sepang. Model ini dijangka dilancarkan di Malaysia akhir tahun ini dengan dua varian iaitu Macan 4 dan Macan Turbo.
Trenkuasa Macan Elektrik 2024

Dua varian dipertontonkan baru-baru ini, iaitu varian asas Macan 4 dan varian lebih tinggi, Macan Turbo (atas).
Macan versi elektrik yang dipertontonkan itu menggunakan platform Premium Platform Electric (PPE) dengan seni bina elektrikal 800 volt.
Walaupun menghasilkan output berbeza, kedua-dua varian dilengkapi dengan bateri litium-ion 100 kWj dan dua motor PSM dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Berikut adalah ringkasan spesifikasi prestasi Macan 4 dan Macan Turbo:
- Macan 4: Kuasa 402 hp dan 650 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam 5.2 saat dan kelajuan maksimum 220 KM/J. Jarak pemanduan elektrik ialah 613 KM (WLTP).
- Macan Turbo: Kuasa 630 hp dan 1,130 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam 3.3 saat dan kelajuan maksimum 260 km/j. Jarak pemanduan EV ialah 591 km (WLTP).
Teknologi Menarik Macan Elektrik 2024

Kedua-dua varian dilengkapi dengan Porsche Torque Vectoring (PTV) yang meningkatkan dinamik kenderaan melalui ‘kerjasama’ dengan komponen kekunci pembeza (diff-lock) belakang yang secara pintar akan membrek roda belakang bergantung kepada keadaan. Misalnya, semasa melalui selekoh tajam tekanan brek sederhana akan dikenakan pada roda belakang di bahagian dalam, sekaligus meningkatkan kualiti pengendalian dan kestabilan.


Bagaimanapun, Macan Turbo mendapat PTV Plus yang lebih canggih, menjanjikan traksi dan kualiti pengendalian lebih baik, yang mana kuasa tork yang disalurkan kepada roda berbeza melalui penggunaan sistem kawalan elektronik.
Macan elektrik juga didatangkan dengan teknologi Four-Wheel Steering (4WS), yang mana keempat-empat roda boleh dikawal, sistem ini membolehkan tayar belakang berpusing sehingga 5 darjah, ini membantu menjadikan kualiti pengendalian lebih baik, terutamanya di selekoh.
Reka Bentuk Macan Elektrik 2024
Macan EV 2024 menawarkan reka bentuk aerodinamik dengan spoiler belakang aktif, flap penyejukan aktif dan underbody yang tertutup. Kesemua elemen penting ini membuatkannya berjaya mencatatkan angka seretan rendah 0.25 Cd.
Ruang Kabin Macan Elektrik 2024

Memasuki ruang kabin, Macan versi elektrik ini dilihat sarat dengan pelbagai teknologi. Model ini dilengkapi dengan paparan instrumen digital melengkung 12.6 inci, skrin infotainmen kawalan sentuhan bersaiz 10.9 inci dengan sistem operasi Android Automotive, papar pandu AR dan modul pembantu suara pintar.
Dari segi kelapangan, ruang Macan elektrik ini lebih besar dan praktikal. Ruang but yang berkapasiti 540 liter boleh diperluaskan hingga 1,348 liter. Ruang kargo hadapan atau frunk 84 liter turut disediakan.
Pra-Tempahan Macan Elektrik 2024
SDAP belum mengumumkan harga rasmi untuk kedua-dua varian, namun telah mengesahkan bahawa pra-tempahan untuk EV Macan generasi kedua ini telah pun dibuka.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta
Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.
29-09-2025
Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX
Sempena ulang tahun ke-15 Porsche Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengadakan pameran khas di TRX, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga Ahad, 13 April.
11-04-2025
Porsche 911 Carrera & Carrera 4 GTS Hybrid Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.43 Juta
Porsche Malaysia secara rasmi memperkenalkan barisan model terbaru bagi 911 untuk pasaran tempatan, kali ini hadir dengan varian elektrifikasi pertama, 911 Carrera 4 GTS Hybrid serta model standard, 911 Carrera,
10-04-2025
Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia – CKD, Cecah 512 HP, Dari RM728K
Sime Darby Auto Performance (SDAP), wakil rasmi Porsche Malaysia, baru-baru ini melancarkan varian kedua SUV ikonik Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe yang dipasang secara tempatan (CKD).
07-01-2025
Kilang Porsche CKD di Kulim Diperluas – Pemasangan Cayenne S E-Hybrid Coupe, Eksport ke Thailand
Sime Darby Berhad (Sime Darby) hari ini mengumumkan peluasan barisan pemasangan tempatan (CKD) untuk model Porsche Cayenne di kilang Inokom.
24-07-2024
Porsche Taycan 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 7 Varian, Dari RM575,000
Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), telah memperkenalkan Porsche Taycan yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.
21-06-2024
Porsche Panamera 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Enjin V6 348 HP, Dari RM1.3 Juta
Sime Darby Auto Performance kini telah secara rasminya membawa masuk Porsche Panamera generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...
03-05-2024
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge