smart #5 Versi Pengeluaran Didedahkan Di China Sebelum Pengenalan Rasmi – Capai 637 HP!

smart #5 versi pengeluaran ini didedahkan di China lebih awal daripada hari pengenalan rasminya.
Baru sahaja beberapa minggu selepas model konsepnya diperkenalkan di Auto China 2024, versi pengeluaran untuk smart #5 telah didedahkan di China lebih awal daripada hari kemunculan rasminya yang pertama. Pendedahan crossover elektrik ini dibuat oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT). Model dengan reka bentuk ranggi ini ditawarkan dalam empat pilihan trenkuasa.
Dimensi smart #5
Dari segi ukuran, smart #5 bersaiz 4,705 mm panjang, 1,920 mm lebar, 1,705 mm tinggi dan mempunyai jarak antara roda sepanjang 2,900 mm. Ini menjadikan smart #5 lebih besar daripada model #1 dan #3 dengan ukuran 265 mm lebih panjang daripada #3.
Saiz ini juga meletakkan smart #5 dalam kategori yang sama dengan crossover SUV lain seperti BMW X3, Mercedes-Benz GLC dan Honda CR-V, serta hampir setara dengan Tesla Model Y, yang bakal menjadi pesaingnya dalam segmen yang sama.
Reka Bentuk smart #5


smart #5 (kiri) dan Concept #5 (kanan)
Dari segi reka bentuk, smart #5 mengekalkan elemen ranggi yang dipamerkan pada versi konsepnya, smart Concept #5. Versi pengeluaran yang didedahkan kali ini memiliki jarak kelegaan tanah yang lebih rendah dan menggunakan tayar yang lebih konvensional berbanding tayar all-terrain yang digunakan pada model konsep.


smart #5 (kiri) dan Concept #5 (kanan)
Smart #5 juga ‘kehilangan’ beberapa elemen seperti rak bumbung, bukaan pintu terbalik atau suicide door dan skrin yang dipasang pada fender untuk suspensi. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, crossover ini secara kasarnya kelihatan tidak jauh berbeza daripada Concept #5 dengan lampu dengan dan belakang LED dan pemegang pintu yang terbenam. Kedua-dua bampar depan dan belakang kini kelihatan lebih halus namun lebih ranggi berbanding model EV smart yang lain.


smart #5 (kemungkinan Brabus) diberikan aksen dan kemasan merah yang memberikannya aura sporty (Foto: CarNewsChina)
Untuk variannya, sepertimana model smart lain, kita juga boleh menjangkakan smart #5 akan hadir dengan varian Brabus yang sporty, seperti yang ditunjukkan dalam salah satu gambar yang diterbitkan.
Baca: SUV Sempoi, Nampak Petak Tapi Luas
Trenkuasa Yang Ditawarkan Untuk smart #5
Dari segi trenkuasa, smart #5 dijangka akan ditawarkan dalam empat varian, dengan konfigurasi satu motor elektrik, RWD dan dua motor elektrik, AWD.

Bagi model RWD, ia akan didatangkan dalam dua spesifikasi berbeza, kedua-duanya dikuasakan oleh pek bateri litium besi fosfat (LFP). Varian asas RWD mempunyai output kuasa 335 hp (250 kW), manakala RWD dengan spesifikasi tinggi mempunyai kuasa 358 hp (267 kW).

Untuk varian AWD dengan dua motor elektrik, kedua-duanya dipasangkan dengan pek bateri nikel mangan kobalt (NMC), dengan varian asas AWD menghasilkan kuasa 579 hp (432 kW). Sementara itu, versi AWD yang lebih tinggi (kemungkinan Brabus) akan memiliki output kuasa keseluruhan mencecah 637 hp (475 kW).
Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus
Semua model smart #5 akan dilengkapi dengan senibina bateri 800 volt yang disediakan oleh platform SEA Geely, sama seperti yang digunakan pada model #1 dan #3 (400 volt). Dijangkakan smart #5 mempunyai kapasiti bateri melebihi 100 kWj. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak sehingga 549 km berdasarkan kitaran WLTP.
Pelancaran Global
Sehingga kini, smart Automobiles belum mendedahkan tarikh tentatif untuk kemunculan rasmi smart #5 di peringkat global. Tetapi memandangkan ia telah didedahkan oleh MIIT China, dijangka akan berlaku tidak lama lagi.
Kredit foto: MIIT China via CarNewsChina
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2162
SELANGOR
BSU2927
JOHOR
JF4049J
PULAU PINANG
PSG2327
PERAK
APM264
PAHANG
CFH9528
KEDAH
KGJ3877
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4604
KUCHING
QAB7285P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge