- Berita
- Berita Auto
- SUV Coupe Citroën Basalt Bakal Ditawarkan di Malaysia? Ini Kata Stellantis M'sia...
SUV Coupe Citroën Basalt Bakal Ditawarkan di Malaysia? Ini Kata Stellantis M'sia...

Stellantis Malaysia mempertontonkan Citroën di Malaysia Autoshow 2024.
Selain Peugeot dan jenama baharu dari China, Leapmotor, Stellantis Malaysia juga telah mendedahkan hasrat untuk menghidupkan semula jenama Citroën di negara ini.
Pengarah Urusannya, Jamie Francis Morais, melalui LinkedIn pada hujung minggu lalu telah memberi petunjuk mengenai rancangan syarikat itu.
Dalam perkongsian tersebut, beliau mendedahkan bahawa Stellantis Malaysia bersedia untuk memperkenalkan Citroën Basalt.
Basalt: Citroën C3 & C3 Aircross Versi Coupe

Basalt, yang diperkenalkan oleh Stellantis India minggu lalu, pada dasarnya ialah versi coupe kepada SUV crossover kompak Citroën C3 dan C3 Aircross yang sedia ada. Malah, Basalt dilaporkan berkongsi platform yang sama, ini menjelaskan mengapa beberapa sentuhan rekaannya tidak jauh berbeza daripada SUV C3.

Basalt dijangka memasuki pasaran India bulan depan sebagai pesaing kepada Tata Curvv. Walaupun Stellantis belum mengeluarkan butiran terperinci mengenai model ini, sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa Basalt akan ditawarkan dengan enjin aspirasi natural 1.2 liter dan 3 silinder turbo daripada C3. Dengan enjin tersebut, kenderaan boleh mencapai kuasa 80 hp dan 115 Nm (aspirasi natural) sehingga 108 hp dan 190 Nm (turbo).
Spesifikasi & Jangkaan Pasaran Malaysia



Jamie turut memberi petunjuk bahawa model yang bakal dibawa masuk ke Malaysia itu nanti akan dipadankan dengan sistem transmisi automatik enam kelajuan daripda C3. Selain daripada yang dinyatakan di ruangan kapsyen, Jamie tidak mendedahkan butiran selanjutnya.
Perkembangan Penting Stellantis Malaysia Setakat Ini
Untuk makluman, syarikat yang telah memulakan operasi sepenuhnya awal tahun ini telah melancarkan crossover premium 408 yang dipasang secara tempatan (CKD). Kemudian, di Malaysia Autoshow 2024, syarikat itu secara rasmi melancarkan model sebuah lagi model CKD, trak pikap Peugeot Landtrek. Juga dipertonton di acara sama ialah SUV EV Leapmotor C10 serta kedua-dua Citroën C3 Aircross dan Ami Buggy Concept.
Untuk butiran lanjut, kita nantikan pengumuman daripada Stellantis Malaysia pada masa akan datang. Namun, apa yang pasti, dalam masa yang terdekat ini kita akan mendengar daripada jenama Leapmotor terlebih dahulu seperti yang didedahkan Jamie kepada akhbar tempatan, NST, melalui satu wawancara baru-baru ini.
Baca: Ini Pencapaian Stellantis Malaysia Setelah 100 Hari Beroperasi – Pertumbuhan Jualan Lebih 100%
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?
Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.
24-02-2026
Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal
SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.
10-12-2025
Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD
Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.
06-11-2025
Stellantis Malaysia Tak Jadi Bawa Masuk Jenama Jeep?
Ramai menjangkakan Stellantis Malaysia akan menghidupkan semula jenama Jeep di negara ini, bagaimanapun, laporan terkini mendedahkan bahawa tugasan tersebut kini akan dilaksanakan oleh Red Rock & Rosso Motor.
10-06-2025
Pusat Servis, Bilik Pameran Untuk Peugeot & Leapmotor Sudah Dibuka
Stellantis Malaysia merasmikan pusat servis Subang dan bilik pameran untuk pelbagai jenama yang terletak di Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.
10-03-2025
Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak
Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Berita Terkini
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
