ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Tayar Perlu Selamat, Boleh Guna Lama, Ini Baru Betul!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kesatuan Eropah kini memperkenalkan peraturan baharu dimana tayar kenderaan yang dikeluarkan mestilah selamat dan boleh digunakan untuk tempoh lama.

Berdasarkan  peraturan baharu yang dikenali sebagai R117-04, sesebuah tayar mesti menawarkan prestasi terbaik di kawasan cuaca basah walaupun ia telah haus pada tahap minimum.

Berkuat kuasa 1 Julai lepas, undang-undang baharu ini menetapkan bahawa tayar yang telah haus setakat 1.6 mm  mesti menawarkan prestasi cengkaman basah yang sama seperti tayar baharu. 

image.pngimage.png

Untuk mengukur prestasi cengkaman basah tayar ini, EU akan cuba membrek kenderaan dengan tayar baharu yang dipandu laju dari 80 KM/J hingga 20 KM/J di permukaan basah. 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan jangka hayat sesebuah tayar adalah lebih lama.

image.pngimage.png

Langkah itu dilihat penting bagi  mengelakkan kemalangan jalan raya selain mengurangkan pemandu membuang tayar mereka lebih awal dimana ia dapat meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar daripada pembuangan tayar.

Antara jenama tayar Eropah yang telah menyatakan sokongan mereka terhadap ketetapan baharu ini ialah Michelin, dimana pengeluar tayar terbesar dunia  itu mengatakan bahawa pemandu di EU boleh menjimatkan sehingga €7 bilion (RM35 bilion) dalam penggantian tayar pramatang.

Pembuat tayar Perancis itu juga menyatakan bahawa dalam kajian dalaman mereka, lebih  50% tayar kereta kini diganti sebelum mencapai kedalaman bunga 3mm.

Malah, Michelin menganggarkan bahawa peraturan baharu ini sebenarnya boleh mengurangkan penggunaan tayar di Eropah sebanyak 128 juta unit, mengurangkan pelepasan karbon dioksida daripada pengeluaran tayar sehingga 6.6 juta tan metrik.

Jika keputusan sedemikian diterima pakai pada skala global, Michelin berkata ia boleh menjimatkan sehingga 400 juta tayar setiap tahun.

image.png

Buat masa ini, peraturan baharu ini hanya dilaksanakan di negara EU, manakala negara  lain seperti Australia telah menyatakan minat mereka untuk menerima pakai rangka kerja undang-undang yang sama ini.

Sebaliknya di Malaysia, tiada sebarang maklum balas diberikan oleh mana-mana pihak berkaitan penerimaan peraturan mengenai tayar yang dilaksanakan di negara-negara EU.

Apa pula pendapat anda tentang peraturan tayar baharu yang dilaksanakan oleh EU ini? 

Bolehkah peraturan yang sama digunakan untuk negara kita untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan berkaitan jalan raya dan membantu rakyat Malaysia menjimatkan penukaran tayar mereka?

Kongsikan pendapat anda!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4934

SELANGOR

BSU3493

JOHOR

JF5210J

PULAU PINANG

PSG3210

PERAK

APM1537

PAHANG

CFH9844

KEDAH

KGJ4157

NEGERI SEMBILAN

NEM2445

KOTA KINABALU

SJU5013

KUCHING

QAB7415P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

31-05-2024
Global

31-05-2024
EV

10-05-2024
Global

16-04-2024
Global

15-02-2024
Global

14-09-2023
Global

06-03-2023

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.