Toyota GR Corolla Bakal Ditawarkan dalam Versi Automatik?

Toyota GR Corolla
Toyota GR Corolla dikhabarkan akan ditawarkan dalam versi transmisi automatik (AT) bagi model tahun 2025 yang akan datang. Perkara ini tersebar di internet minggu ini melalui satu dokumen yang telah dibocorkan.
Toyota GR Corolla dan GR Yaris berkongsi sistem rangkaian kuasa yang sama. Oleh itu, tidak mengejutkan sekiranya sistem transmisi automatik sama akan diperkenalkan pada GR Corolla.

Toyota GR Yaris
Pilihan transmisi automatik 8 kelajuan itu dijangka akan ditawarkan bersama-sama dengan versi standard iaitu transmisi manual 6 kelajuan. Pada GR Yaris 2024MY, versi AT turut hadir dengan pedal penukar gear.
GR Corolla juga dijangkakan akan diberikan peningkatan tork daripada 370 Nm kepada 400 Nm. Buat masa ini, GR Corolla menggunakan enjin turbo 3 silinder 1.6 liter.



GR Corolla 2025MY dijangka akan diberikan kuasa tork yang lebih tinggi, 400 Nm. Model semasa menggunakan enjin turbo 3 silinder 1.6 liter yang memberikan output kuasa 296 hp/370 Nm, dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan.
Selain itu, dokumen tersebut turut mendedahkan beberapa penambahbaikan seperti radiator dan saluran pendingin brek yang lebih baik, stereng dengan fungsi pemanas, serta perubahan kosmetik kecil di bahagian luar.

Walaupun Toyota masih belum membuat pengumuman rasmi, pilihan transmisi automatik ini akan menjadikan GR Corolla menarik kepada lebih ramai pembeli memandangkan majoriti pemandu lebih memilih transmisi automatik yang mudah digunakan berbanding manual.
Baca: [PANDU UJI] Ini 5 Kelebihan Toyota GR Corolla & Kenapa Ia Bukan Untuk Semua
Model ini yang kini ditawarkan di pasaran hanya dalam versi manual, dijual pada harga RM355,000. Bagi yang inginkan pengalaman memandu yang dapat memacu adrenalin, inilah model yang patut dipertimbangkan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Bakal Pasang Toyota GR Corolla Di Kilang UK Pula? Jadi, Ini Pertama Kali GR Corolla Dipasang Di Luar Jepun
Pengeluaran model hot-hatch GR Corolla akan dilaksanakan di United Kingdom bermula tahun depan.
03-06-2025
Toyota GR Corolla Facelift Dilancarkan Di Jepun Sarat Ciri Eksklusif – Mod Litar, 8AT
Toyota GR Corolla versi facelift akhirnya ditawarkan di pasaran Jepun, beberapa bulan selepas pelancarannya di peringkat global.
05-02-2025
Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran – Dari RM315,800, Prestasi Kini Lebih 'Menggerunkan'
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan pelancaran model terkini GR dan GR Sport bagi tahun 2025, iaitu GR Yaris dan GR Corolla yang telah diberikan nafas baharu.
05-01-2025
Toyota GR Corolla 2025 Didedahkan – Gear Automatik 8 Kelajuan, Tork 400 Nm!
Toyota GR Corolla 2025 kini hadir dengan beberapa sentuhan baharu. Apa yang berubah? Jom baca.
02-08-2024
[PANDU UJI] Ini 5 Kelebihan Toyota GR Corolla & Kenapa Ia Bukan Untuk Semua
Ini ulasan jujur kami mengenai Toyota GR Corolla.
13-02-2024
Toyota GR Corolla, Toyota GR Supra Manual, GR 86 Kini Rasmi Di M'sia!
UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan secara rasmi lima model sport
17-02-2023
Info Mengenai Toyota GR Corolla 300HP Terdedah Dalam Forum
Nampaknya Toyota bakal hadir dengan model kereta yang bakal menjadi perhatian ramai tidak lama lagi. I
04-02-2022
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.
23-01-2026
Berita Terkini
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge