ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Acura Kongsi Teaser SUV EV Konsep Berprestasi Tinggi – Bakal Diperkenalkan Di AS

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Acura-Performance-EV-Concept.jpg


Acura dedah teaser SUV EV baharu yang bakal dipertontonkan di Monterey Car Week. 


Syarikat automotif Jepun-Amerika, Acura, dilaporkan akan memperkenalkan kereta konsep elektrik terbarunya di pameran kereta Monterey Car Week yang kini sedang berlangsung di California, Amerika Syarikat. 


Menjelang kemunculan pertama kereta konsep tersebut, Acura telah memberikan sedikit gambaran dengan memaparkan bahagian belakang kereta tersebut. 


Dari gambar teaser ini, kita dapat menyaksikan bahawa model ini memiliki bentuk badan sebuah SUV coupe yang sporty, dengan lampu belakang LED yang merentangi keseluruhan lebar kenderaan serta grafik LED yang bergaya, bersama tulisan Acura yang kelihatan bercahaya. 


Selain daripada gambar teaser ini, tiada butiran lanjut dikongsikan. Model ini bagaimanapun digambarkan sebagai “kenderaan utiliti sukan yang ‘menentang’ segmen” dengan gaya badan yang dinamik. 


Honda-Prologue-EV-SUV-2.jpgAcura-ZDX-EV-(4).jpg


SUV elektrik Honda Prologue (kiri) & Acura ZDX (kanan) 


Versi produksi EV konsep ini nanti dikatakan bakal menjadi model pertama yang menggunakan platform EV khusus terbaru daripada Honda, berbeza dengan platform EV GM Ultium yang digunakan oleh Honda Prologue dan Acura ZDX EV baharu. 


Honda-Marysville-Ohio-Plant.jpg


SUV EV terbaru Acura ini dijangka akan dipasang di kilang pengeluaran Honda di Marysville, Ohio. 


SUV EV baharu ini juga dilaporkan akan dihasilkan di kilang pengeluaran Honda di Marysville, Ohio, di mana ia akan berkongsi barisan pemasangan dengan model Acura lain seperti Integra baharu. 


Diposisikan sebagai SUV EV bersaiz sederhana yang sporty dan berprestasi tinggi, model ini dijangka akan menjadi pesaing kepada Tesla Model X, BMW iX, Mercedes-Benz EQE SUV dan Audi Q8 e-tron. 


Butiran lebih lanjut mengenai kereta konsep misteri ini bakal didedahkan sebaik kemunculannya di acara Monterey Car Week 2024 yang kini sedang berlangsung di California dari 9 hingga 18 Ogos depan. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQN8264

SELANGOR

BSM8804

JOHOR

JYS4284

PULAU PINANG

PSA2336

PERAK

APF6152

PAHANG

CFF5614

KEDAH

KGE5764

NEGERI SEMBILAN

NEJ6529

KOTA KINABALU

SJQ5897

KUCHING

QAB3614N

Terakhir Kemas Kini 04 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pengeluaran Global Honda Turun 6.4% Tahun 2022

Honda baru-baru ini telah mengumumkan angka pengeluarannya bagi tahun 2022.

03-02-2023
Berita Auto

Prototaip Acura Integra Didedahkan - Harga Bermula RM125K

Acura Integra telah membuat kemunculan semulanya dengan melancarkan model prototaip Acura Integra baru-baru ini.

05-01-2022
Pandu Uji

Antara TLX Type S Dan IS 500 F Performance, Yang Mana Lebih Ummph!

Untuk makluman anda, Acura dan Lexus merupakan kereta sedan sporty yang dihasilkan dengan prestasi tinggi sekali gus sering menarik perhatian peminat kereta ini.

16-08-2021

Berita Terkini

Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.