ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-OMODA-5-Wallpaper.png


Selepas dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan tahun lalu, Chery Omoda 5 kini mencatat sejarah sebagai model pertama jenama ini yang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Hasil ujian, model ini berjaya meraih penarafan 5 bintang dengan jumlah markah keseluruhan 88.64 mata.


Prestasi Cemerlang Dalam Semua Kategori Penilaian


Screenshot-2024-08-11-175030.jpg

Screenshot-2024-08-11-175122.jpg


Chery Omoda 5 menunjukkan prestasi cemerlang dalam keempat-empat kategori penilaian yang dijalankan menggunakan protokol ASEAN NCAP 2021–2025. Berikut adalah perincian setiap kategori: 


  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): Mencatatkan skor 36.77/40.00, pencapaian ini membuktikan keupayaannya untuk melindungi penumpang dewasa semasa pelanggaran hadapan dan sisi.
  • Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP): Dengan skor 17.36/20.00, model ini mempamerkan kehadiran teknologi keselamatan yang efektif untuk melindungi penumpang kanak-kanak.
  • Bantuan Keselamatan (SA): Pencapaian skor 19.51/20.00, menunjukkan bahawa Omoda 5 memiliki sistem bantuan pemandu yang canggih untuk mencegah kemalangan dan mengurangkan impak kemalangan.
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): Dengan skor 15.00/20.00, Chery memperlihatkan komitmen untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain terutamanya penunggang motosikal yang merupakan sebahagian besar daripada pengguna jalan raya di rantau ASEAN.


Ciri-Ciri Keselamatan Kenderaan


GUgzh1GbwAE4j7c.jpeg


Kesemua varian Chery Omoda 5 dilengkapkan dengan ciri keselamatan yang komprehensif termasuk enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR), Amaran Pengesanan Penumpang Belakang, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Pengesanan Titik Buta (BSD), Lampu Tinggi Automatik (AHB) dan Perlindungan Pejalan Kaki (PP).


Selain ciri-ciri standard ini, Omoda 5 juga menawarkan beberapa teknologi bantuan keselamatan lanjutan, sama ada sebagai standard atau pilihan, termasuk Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).


Chery Pamerkan Komitmen Terhadap Aspek Keselamatan


Screenshot-2024-08-11-222937.jpg


Secara keseluruhan, ASEAN NCAP berpuas hati dengan komitmen Chery terhadap keselamatan menerusi penilaian yang dijalankan ke atas Omoda 5. Kejayaan model ini meraih 5 bintang menunjukkan bahawa Chery telah menetapkan penanda aras yang tinggi untuk model-model akan datang. 


Chery Omoda 5 turut menerima penarafan 5 bintang daripada Euro NCAP pada Disember 2022, manakala Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro juga mendapat penarafan keselamatan 5 bintang daripada Australasia NCAP.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS8146

SELANGOR

BSU2397

JOHOR

JF2936J

PULAU PINANG

PSG1534

PERAK

APL9280

PAHANG

CFH9306

KEDAH

KGJ3525

NEGERI SEMBILAN

NEM1875

KOTA KINABALU

SJU4326

KUCHING

QAB7122P

Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

22-01-2025
Berita Auto

17-01-2025
Global

26-12-2024
Berita Auto

10-12-2024
Berita Auto

27-11-2024
Berita Auto

07-10-2024
Berita Auto

18-09-2024
Berita Auto

12-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.