ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Jenama Kereta China Paling Laris, Tentunya Omoda 5

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tahukah anda,  pasaran SUV segmen-B tempatan tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan memandangkan permintaan terhadap segmen ini semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Jika tawaran segmen B dalam tempatan dan Jepun masih tidak memadai namun jangan risau sekiranya ia tidak menepati citarasa anda.

image.png

Ini kerana satu lagi pesaing yang berasal dari China, Chery telah melancarkan secara rasminya Omoda 5 secara rasminya  pada bulan lepas.

Ketibaannya di pasaran bakal menyaingi seterunya seperti Honda HHR-V dan Proton X50.

Namun, agak tidak adil untuk mengadu jenama kereta 'baharu' dengan entiti yang bukan sahaja telah menubuhkan ekosistem mereka untuk menyokong model-modelnya, tetapi juga mempunyai reputasi kukuh yang dibina selama bertahun-tahun.

Jadi kami mengandaikan Omoda 5 ini mempunyai sesuatu yang boleh mengejutkan pesaing terkenalnya.

image.png

Setelah merintis Chery Omoda 5 baharu dalam varian H (singkatan untuk 'Honor') berspesifikasi tinggi ini, kami boleh katakan bahawa B-SUV berlencana China ini mempunyai banyak potensi dimana ia boleh ‘pergi jauh’’.

PANDANGAN KESELURUHAN:

Sekali imbas, Omoda 5 adalah kenderaan yang cukup menarik  walaupun tiada daya tarikan universal seperti mana yang ada pada beberapa pesaingnya.

image.pngimage.png

Kenyataan ini nyata berasas apabila anda memilih spesifikasi H yang merupakan varian tertinggi  dimana terdapat aksesn merah di beberapa bahagian luarannya terutama pada rim bersaiz 18 inci,  cermin sisi, bahagian sisi, depan dan belakang.

image.png

Menjengah bahagian hadapannya, ia menampilkan rekaan yang cukup futuristik kerana ia berbeza dengan model Chery yang sebelum ini.

Bagi yang tidak tahu, ia yang direka dengan rekaan baharu  Art in Motion  hadir dengan gril depan yang lebih  besar  dan tiada sebarang bingkai di sekeliling grilnya  namun ia disepadukan dengan lampu nyalaan siang LED yang berbentuk tirus.

image.png

Omoda 5 juga tampil dengan rekaan yang begitu futuristik yang tiada kaitan langsung dengan model-model Chery sebelum ini. Ia direka dengan falsafah rekaan baharu Art in Motion oleh Chery, menampilkan gril depan berbentuk berlian yang besar tanpa bingkai, bersepadu dengan lampu nyalaan siang LED tirus.

image.pngimage.png

Jika diamati dengan lebih dekat, lampu hadapannya disusun secara menegak seolah-olah tiga tingkat. Nyata, ia akan memberi pencahayaan yang cukup terang.

Selain itu, bahagian bawah bamparnya dihiasi dengan trim berwarna merah.

Melihat garis bumbungnya membuatkan ia seolah-olah seperti kereta coupe memandangkan  cermin depan belakangnya sedikit mencuram selain dipadankan dengan dwi -spoiler yang memberikan rupa agresif.

image.png

Jika menghala ke belakang pula, ia menampilkan rekaan lampu LED yang merentangi sepenuhnya selain terdapat perumah tip ekzos dimana ia dihala ke bawah menyebabkan ia kelihatan sedikit tersorok di belakang bampar.

Pendek kata, apa jua citarasa  penggayaan anda, adalah wajar bahawa Chery Omoda 5 adalah SUV yang benar-benar menarik. 

Lebih penting lagi, ia juga didatangkan dengan bahagian dalaman yang cukup memukau!

KABIN 

image.png

Untuk makluman anda, ruang kabinnya mampu mengatasi kereta-kereta keluaran dari Jepun kerana ia telah mendahuluinya dalam beberapa aspek tertentu.

Sebaik melabuhkan punggung di bahagian tempat pemandu, penulis mendapati bahagian hadapannya dihiasi dengan skrin berkembar bersaiz 10.25 inci.

Satu skrin digital untuk pemandu manakala satu lagi untuk sistem infotainmennya.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah kedua-dua skrinnya menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta menampilkan fungsi arahan suara.

Di bawah skrin itu pula terletak panel kawalan pendingin udara yang merentangi di bahagian papan pemuka dan ia  dikawal dengan menggunakan butang kawalan sentuhan yang terletak di bawah liang udara tengah.

image.pngimage.pngimage.png

Selain itu, kabinnya cukup menyerlah kerana terdapat sistem pencahayaan ambien, bumbung matahari panoramik, sistem hi-fi premium Sony, 8-pembesar suara, manakala tempat duduk hadapan dibaluti dengan material kulit, kamera pandangan 360 darjah, but berkuasa, lampu aluan, dan bantuan had laju.

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Kedua-dua bahagian tempat duduk itu dilengkapi dengan sistem pengudaraan dan kerusinya boleh dilaraskan secara elektronik kepada enam hala.

image.png

Bagi penumpang belakang, mereka juga menerima kerusi yang dibalut dengan kulit dan terdapat saluran penghawa dingin di bahagian belakang serta port pengecasan USB.

Secara keseluruhannya, senarai kit yang ada dalam kabin Omoda 5 sudah cukup membuatkan pemandu dan penumpangnya berasa selesa selain kabinnya agak luas dan praktikal.

image.png

Apa tidaknya, ia menampilkan dimensi 4,400 mm panjang, 1,830 mm lebar, 1,585 mm tinggi serta jarak roda sejauh 2,630 mm.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia cukup luas.

PEMANDUAN:

Bab ini adalah di mana kebanyakan pendahulunya gagal ketika menyaingi pesaingnya dari Jepun namun  Omoda 5 membuktikan ketangkasan dan kelincahannya di atas jalan raya.

Berkongsi platform T1X yang sama dengan Tiggo 8 Pro yang lebih besar, Omoda 5 menjanjikan  pemanduan dinamik yang menyaingi generasi seangkatannya.

Ia berupaya menyaingi pesaingnya kerana Omoda 5 disumbat dengan  enjin 1.5 liter dengan pengecas turbo dimana empat silinder berkenaan mampu menghasilkan kuasa 156 hp dan tork maksima 230 Nm.

image.pngimage.png

Ia juga dipadankan dengan kotak gear 9-kelajuan dimana kuasanya dihantar ke roda hadapan. Ini membuatkan pemanduan Omoda 5 cukup lancar.

image.png

Dari sudut keselesaan pemanduan, ia bukanlah ciri terkuat buat Omoda 5 kerana pemanduannya agak sedikit beralun ketika berada pada kelajuan tinggi.

Sebaliknya, ketika menelusuri beberapa selekoh pada kelajuan tinggi, Omoda 5 dilihat cukup stabil walaupun ketika mengelak halangan.

Mengenai penjimatan bahan api, enjinya secara amnya tidak terkenal dengan kecekapan bahan api yang sangat baik. 

Bagaimanapun, Chery mendakwa kadar penjimatan bahan api untuk Omoda 5 ialah 6.9 liter bagi setiap 100 kilometer.

image.pngimage.png

Ia yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang cukup cerewet mungkin akan merosakkan pengalaman pemanduan anda.

Ini kerana ciri seperti bantuan kekal lorong dan sistem kekal lorong kecemasan agak agresif kerana ia akan menyeret anda kembali ke tengah secara tiba-tiba walaupun anda cuba terkeluar sedikit daripada laluan.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan fungsi ADAS ini, ia boleh menjadi pengalaman yang agak mengerikan!

Namun jangan risau, anda sebenarnya boleh menutup sistem ini jika anda mahu!

KESELAMATAN:

Walaupun kami telah mengetengahkan beberapa kelemahan ciri keselamatan Omoda 5, namun masih wajar untuk mengatakan bahawa B-SUV ini adalah salah satu kenderaan yang paling lengkap dalam segmennya sendiri .

image.png

Bagi varian H, Omoda 5 diengkapi dengan sistem ADAS yang merangkumi Brek Kecemasan Autonomi (AEB),  Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Ikut Kelajuan Rendah, Pengesan Titik Buta, Amaran Pelanggaran Depan (FCW) , Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Bantuan Trafik Sesak (TJA) dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Malah, terdapat juga  ciri keselamatan aktifnya seperti enam beg udara, ABS dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (ESP) dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Dengan adanya kesemua ciri ini, Omoda 5  layak menerima  penarafan Euro-NCAP 5 bintang.

KOS:

Di sinilah kebanyakan pengeluar kereta China mendapat reputasi buruk dan stigma negatif  kerana ramai berpendapat kos pembaikan kereta agak mahal namun Chery Malaysia mahu mengubah persepsi ini 

Untuk itu, Chery Malaysia menawarkan waranti  selama tujuh tahun atau 150,000 km yang mana sampai dulu, serta ditawarkan dengan servis percuma selama lima tahun (secara berselang-seli, hanya untuk kos buruh).

Masih tidak cukup?

Chery Malaysia ada juga memberikan waranti tambahan untuk enjin selama 10 tahun atau 1 juta km yang mana sampai dulu. 

Namun pelanggan yang mahukan waranti enjin 10 tahun/1 juta km berkenaan boleh membelinya dengan bayaran tambahan RM2,000.

image.pngimage.png

Secara ringaksnya, , Chery Omoda 5 menjanjikan kenderaan yang boleh dipercayai, berdasarkan jaminan dalam tempoh yang agak panjang.

Bagi kos operasi, ia sepatutnya setanding dengan pesaing segmen pengecas turbo yang serupa.

Dari nilai estetik, Omoda 5 adalah salah satu model yang menawarkan rekaan yang cukup berani dan menarik.

Dengan adanya pakej waranti, ia cukup berbaloi apatah lagi Chery Malaysia berhasrat untuk membuka 30 pengedar dan pusat servis baharu di seluruh negara.

image.png

Bagi yang berminat, Omoda 5 ini hadir hanya dalam dua varian dimana varian Omoda 5 C  dijual pada harga bermula RM108,800 manakala varian Omoda 5 H pula berharga RM118,800.

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda jika sudah pandu uji Omoda 5!


SPESIFIKASI

CHERY OMODA 5 H

ENJIN

1.5-litre turbocharged DOHC 4-cyl, petrol

TRANSMISI

9-Speed CVT Automatic, Front-Wheel Drive (FWD)

KUASA

156 HP @ 5,500 RPM

TORK

230 NM @ 1,750 RPM

0-100 KM/J

N/A

V-MAKS

N/A5

EKONOMI

6.9 liter/100 KM 

BERAT

1,420 KG (kerb)

HARGA

RM118,800
(Tidak termasuk insurans )

 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM6307

SELANGOR

BSG8025

JOHOR

JYE5436

PULAU PINANG

PRT1287

PERAK

ANY7544

PAHANG

CFD964

KEDAH

KGB6538

NEGERI SEMBILAN

NEG6459

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8573L

Terakhir Kemas Kini 05 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Global
Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Global
Ini Dia 6 Pengeluar Kereta China Terajui Jualan Kereta : BYD, SAIC, Geely, Changan Auto, Chery, GWM

Ini Dia 6 Pengeluar Kereta China Terajui Jualan Kereta : BYD, SAIC, Geely, Changan Auto, Chery, GWM

BYD kini menerajui jualan kereta paling tinggi apabila ia sudah menjual 2,146,000 unit pada separuh pertama 2025.

08-07-2025
Pandu Uji
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Berita Auto
Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Berita Auto
Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery

Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery

Chery kini membawa kempen Global Safety Challenge ke Indonesia, menjadikan negara ini sebagai destinasi kedua dalam siri ujian keselamatan ini.

19-06-2025
Global
Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras

Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras

Chery menghantar sebuah kenderaan ke luar negara pada setiap 29 saat.

13-06-2025
EV
Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"

Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"

iCaur ‘menggoda’ peminat automotif dengan imej acah SUV terbarunya, iCar V27.

20-05-2025
Berita Auto
Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

20-05-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.