ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-19.jpg


Selepas penampilan sulung globalnya di Amerika Syarikat beberapa bulan lalu, Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Untuk pasaran itu, model ini ditawarkan dalam tiga varian dengan dua pilihan trenkuasa, termasuk hibrid canggih, e:HEV.


Pilihan Varian & Trenkuasa Honda Civic Facelift Thailand


Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-22.jpgHonda-Civic-FE-Facelift-Thailand-1.jpg


Honda Civic e:HEV EL facelift  menggunakan trenkuasa hibrid e:HEV sama seperti versi pra-facelift.


Menurut portal automotif Thailand, Headlight Magazine, tiga varian tersebut ialah 1.5 Turbo EL, e:HEV EL dan varian tertinggi e:HEV RS. Seperti namanya, dua varian e:HEV yang ditawarkan menggunakan trenkuasa hibrid yang sama, yang terdiri daripada enjin petrol 2.0 liter 4 silinder Kitaran Atkinson yang digabungkan dengan motor elektrik berkuasa 181 hp dan tork 315 Nm, seperti model pra-facelift.


Baca: Honda Civic Generasi Terkini Dikesan Dengan Logo PDRM Penuhi Treler


Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-21.jpgHonda-Civic-FE-Facelift-Thailand-12.jpg


1.5 Turbo EL menggunakan enjin turbo  1.5 liter 4 silinder i-VTEC.


Sementara itu, varian asas 1.5 Turbo EL dilengkapi enjin turbo 1.5 liter 4 silinder i-VTEC yang masih menghasilkan 178 hp dan tork 240 Nm. Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik CVT yang menyalurkan kuasa kepada roda depan (FWD).


Reka Bentuk Honda Civic Facelift Thailand


Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-4.jpgHonda-Civic-FE-Facelift-Thailand-3.jpgHonda-Civic-FE-Facelift-Thailand-6.jpg


Dari segi visual, Civic facelift untuk pasaran ASEAN ini diberikan perubahan reka bentuk yang sama seperti versi Amerika, dengan sudut hadapan yang kelihatan sedikit berbeza berbanding versi sebelum ini, rekaan bampar depannya kelihatan seperti jentera Type R. Ini disempurnakan dengan penggunaan bampar baharu di bahagian belakang. 


Baca: Kit Badan Mugen Honda Civic Type R – Lebih Agresif & Aerodinamik!


Dari sisi pula, terdapat rim aloi dua tona 17 inci untuk kedua-dua varian EL, manakala varian RS pula didatangkan dengan rim 18 inci tujuh jejari seperti di pasaran AS. 


Bagi dua varian teratas Civic facelift spesifikasi Thailand, ia dipasangkan dengan lampu depan LED penuh bersama lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu belakang LED, manakala model asas hanya menerima  lampu projektor. Selain itu, model RS juga menampilkan aksen hitam dan krom di bahagian luar kereta.


Kabin Honda Civic Facelift Thailand


Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-9.jpgHonda-Civic-FE-Facelift-Thailand-10.jpg


Di bahagian dalam, Civic facelift mengekalkan susun atur papan pemuka (dashboard) yang sama seperti versi pra-facelift. Varian tertinggi, RS, diberikan upholsteri kombinasi suede berwarna hitam dan kulit sintetik dengan jahitan merah yang kontra. Sementara itu, dua varian EL menggunakan upholsteri kombinasi kulit dan kulit sintetik.


Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-11.jpgHonda-Civic-FE-Facelift-Thailand-2.jpg


Semua varian Civic facelift spesifikasi Thailand kini dilengkapi dengan sistem Honda Smart Key, tempat duduk pemandu yang boleh dilaraskan kepada lapan arah secara automatik, sistem audio dengan lapan speaker, dan  kawalan pendingin hawa automatik sebagai standard. 


Sementara itu, RS menerima Smart Key, sistem kawalan iklim dua zon, tempat duduk penumpang depan yang boleh dilaraskan kepada empat arah secara automatik, cermin pandang belakang dengan fungsi pelarasan automatik, sistem audio Bose dengan 12 speaker dan pad pengecas tanpa wayar.


Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-13.jpg


Satu ciri baharu untuk Civic facelift ini ialah sistem infotainmen tengah berukuran 9 inci yang kini dikuasakan oleh perisian Google Built-In, serta boleh disambungkan kepada Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.


Ciri Keselamatan Honda Civic Facelift Thailand


Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-16.jpg


Dari segi keselamatan, semua varian Civic facelift di Thailand dilengkapi dengan pakej keselamatan aktif Honda Sensing, yang merangkumi fungsi ADAS seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan banyak lagi. Malangnya, sistem Pemantau Titik Buta (BSM) masih tidak ditawarkan, dengan hanya sistem Honda LaneWatch disediakan untuk dua varian e:HEV.


Harga Honda Civic Facelift Thailand


Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-15.jpg


Civic facelift Honda FE kini ditawarkan di Thailand dengan harga bermula daripada THB 1.03 juta (~RM131,988) untuk varian asas 1.5 Turbo EL, THB 1.09 juta (~RM139,676) untuk varian e:HEV EL, dan THB 1.23 juta (RM157,617) untuk varian tertinggi e:HEV RS.


Bagaimana dengan Pasaran Malaysia?


Setakat ini, Honda Malaysia masih belum mengumumkan ketibaan Civic facelift baharu ini untuk pasaran kita. Sebelum ini, pengeluar kereta itu berjanji untuk melancarkan sekurang-kurangnya dua model baharu tahun ini, dengan model pertama ialah Honda City Hatchback facelift yang dilancarkan beberapa bulan lalu.


Adakah Civic facelift baharu ini akan menjadi model kedua yang dijanjikan oleh Honda Malaysia untuk tahun ini? Kita nantikan...

Honda-Civic-FE-Facelift-Thailand-8.jpg

Baca: [PANDU UJI] Honda City Hatchback RS e:HEV: Berbaloikah Bayar Lebih Hampir RM20K Untuk Hibrid?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026
Berita Auto

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.

17-09-2026
Berita Auto

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.