Ini Dia EV Pertama PEKEMA, Dongfeng Box, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) mengadakan sesi pratonton untuk media bagi kenderaan elektriknya terbaharunya, Dongfeng Box selama tiga hari di ibu pejabatnya yang terletak di Cyberjaya.
PEKEMA melalui anak syarikatnya Central Auto Distributors Bhd (CADB), telah mengambil alih pengedaran untuk jenama DongFeng Box yang akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
Sementara itu, Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin mengakui Malaysia adalah negara pertama yang memperkenalkan kereta penumpang pemanduan sebelah kanan untuk jenama Dongfeng.

“Ini membuktikan PEKEMA adalah rakan kongsi luar negara yang penting dan berjaya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran antarabangsa utama bagi pengeluar kereta global,” katanya.
Pengarah Operasi CADB, Datuk SM Zulkifli SM Amin pula berkata, sebagai pengedar dan pengimport eksklusif bagi jenama itu, pihaknya cukup teruja untuk memulakan perjalanan yang menarik itu bersama rangkaian pengedarnya.
"Buat masa sekarang, fokus kami ialah untuk memantapkan pakej jualan dan lepas jualan yang akan memberi manfaat menyeluruh kepada bakal pelanggan kami, dari tawaran jualan dan yang lebih penting lagi, sokongan selepas jualan,” ujarnya.
Bagaimanapun, masa pelancaran dan harga yang disyorkan belum dikongsi pada masa ini.
Apa yang diketahui setakat ini ialah Dongfeng Box akan didatangkan dalam dua varian: Dongfeng Box Standard dan Dongfeng Box Long Range.

-full.jpg)
Apapun, penulis berkesempatan menyelami kenderaan elektrik comel ini dengan lebih dekat sepanjang sesi pratonton itu pada Isnin lalu.
Untuk makluman anda, Dongfeng BOX merupakan model pertama yang dibina menggunakan platform canggih Dongfeng Quantum Architecture S3.

Dari segi dimensi, Dongfeng Box berukuran 4,020 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan mempunyai jarak antara roda 2,663 mm.
LUARAN:
Melihat luarannya, ia menampilkan reka bentuk yang kompak dan sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar yang sibuk.
Reka bentuk luaran yang bersaiz kecil menyebabkan ia adalah pilihan ideal untuk golongan muda mahupun yang sudah berkeluarga.
Dari segi penampilan, Dongfeng Box menggabungkan elemen reka bentuk yang cukup bergaya dan moden, sekali gus menjadikannya lebih menonjol dalam segmennya.
Garisan badan yang aerodinamik dimana bahagian depan yang dilengkapi lampu LED jenis melintang, mencipta kesan visual yang menarik.
Reka bentuk badannya turut disempurnakan dengan bumbung terapung yang hadir dalam dua warna memberikan ilusi ringan dan dinamik.

Selain itu, BOX turut menampilkan pintu tanpa bingkai dan pemegang pintu sensor tersembunyi dimana ciri-ciri eksklusif ini jarang ditemui dalam kelasnya.
KABIN.

Sebaik penulis melabuhkan punggung di dalam kabin varian Long Range, saya dapat merasakan betapa lembutnya bahagian tempat duduknya.
-full.jpg)

Tidak kira bahagian tempat duduk pemandu mahupun kerusi penumpang depan dan belakang, ia sememangnya menawarkan kerusi yang cukup empuk dan selesa.
Malah, bahagian panel pintu dan papan pemuka dilengkapi dengan material lembut sekali gus memberikan suasana yang mewah, selesa selain meningkatkan lagi daya tarikan visual.


Selain itu, Dongfeng Box turut menawarkan sistem pencahayaan ambien yang boleh disesuaikan dengan 32 pilihan warna.

Antara kelengkapan lain ialah paparan kluster instrumen bersaiz 5-inci, paparan infotainmen jenis terapung bersaiz12.8-inci, dan ADAS yang dinilai Tahap 2.


Terdapat juga mod baring rata dengan satu butang untuk pemandu utama, pengecas tanpa wayar untuk telefon bimbit dan banyak lagi.
Apa yang cukup menarik ialah sistem infotainmennya menampilkan pilihan bahasa Melayu.
TRENKUASA.
Di sebalik semua ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai trenkuasanya.

BOX dilengkapi dengan unit pemacu elektrik Mach E sepuluh-dalam-satu, yang menawarkan kelebihan seperti kecekapan tinggi, integrasi sempurna, dan penggunaan tenaga yang rendah.
Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm.
Selain itu, varian Standard Range menggunakan pek bateri LFP 31.45 kWj manakala varian lebih tinggi, Long Range, menggunakan bateri 42.3 kWj yang lebih besar.
-full.jpg)
Ini bermakna, varian Standard menawarkan jarak EV maksimum 330 km (CLTC), manakala varian Long Range mempunyai jarak EV lebih jauh iaitu 420 km (CLTC).
Kelajuan tertinggi pula ialah 140km/j.
Ia menyokong pengecac DC dimana keupayaan mengecas dari 30% hingga 80% hanya mengambil dalam masa 30 minit.
Dikhabarkan, beberapa unit Dongfeng Box akan menjalani ujian di jalan raya tidak lama lagi sebelum ia dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
EV Kompak Dongfeng Nammi 06 Didedahkan – Kolaborasi Dengan Syarikat Dron DJI?
Syarikat automotif China, Dongfeng, memperkenalkan SUV elektrik kompak terbarunya di bawah subjenama Nammi, Dongfeng Nammi 06.
24-02-2025
Dongfeng Box Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Cecah 430 KM, Dari RM100K
PEKEMA sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi hatchback Dongfeng Box untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu E2 dan varian lebih tinggi, E3.
22-11-2024
Dongfeng Forthing Xinghai S7, EV Paling Aerodinamik Di Dunia
Dongfeng mendedahkan kenderaan elektrik terbaharunya, Dongfeng Forthing Xinghai S7.
27-09-2024
EV China Terbaru, Dongfeng Box S31, Dikesan Di Malaysia – Bakal Dilancarkan?
Kenderaan elektrik (EV), DongFeng Box S31, dikesan di Malaysia. Ini pengedarnya...
17-07-2024
Dongfeng Box 2025 Raih Euro NCAP 3 Bintang – Apa Yang Kurang?
Dongfeng Box 2025 menerima penarafan tiga bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
17-10-2025
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
