ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Camry Hanya Ditawarkan Dalam Versi ICE Di Beberapa Pasaran – Malaysia Juga Sama?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-Camry-NinthGen-USA-(3).jpg


Toyota Camry generasi ke-9


Toyota Camry generasi ke-9 yang diperkenalkan awal tahun ini telah mencipta sejarah apabila hanya dilancarkan dalam versi hibrid petrol-elektrik (HEV) di pasaran terbesarnya, Amerika Utara. Kehadiran trenkuasa tunggal, HEV ini membuatkan ramai menjangkakan pilihan trenkuasa sama akan ditawarkan di semua pasaran. Benar atau tidak? Teruskan membaca untuk jawapannya…


Trenkuasa ICE Masih Relevan di Beberapa Pasaran Lain


2025-Toyota-Camry-United-Arab-Emirates-1-2048x1153.jpg2025-Toyota-Camry-United-Arab-Emirates-2-2048x1153.jpg2025-Toyota-Camry-United-Arab-Emirates-3-2048x1153.jpg


Camry generasi ke-9 kini ditawarkan di Timur Tengah hanya dalam versi ICE. 


Jangkaan bahawa Camry terbaru ini akan dilengkapi dengan trenkuasa HEV di semua pasaran nampaknya tidak tepat. Ini kerana Camry generasi ke-9 yang baru sahaja dilancarkan di beberapa pasaran terpilih seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Arab Saudi tidak dilengkapi dengan trenkuasa HEV memandangkan trenkuasa hibrid Toyota tidak begitu mendapat sambutan di ketiga-tiga pasaran ini. 


Di pasaran tersebut, hanya versi enjin pembakaran dalaman (ICE) ditawarkan, dikuasakan oleh enjin 2.5 liter VVTi 4 silinder petrol yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan. 


Dari segi rekaan, bahagian luar dan dalam Camry untuk pasaran ini sama seperti model  HEV yang dipasarkan di Amerika Utara.


Selain pasaran Timur Tengah, Camry generasi terbaru ini juga hanya dijual dalam versi enjin ICE di China, tetapi dengan enjin 2.0 liter 4 silinder yang lebih kecil. 


Di samping itu, Camry pasaran China juga diberikan beberapa perubahan visual, terutamanya pada bampar depan dan belakang yang direka semula.


Apa Yang Akan Berlaku Di Pasaran ASEAN?


Toyota masih belum memulakan pemasaran Camry generasi ke-9 di mana-mana pasaran ASEAN. Namun, versi prototaip dalam pelekat samaran baru-baru ini telah dikesan sedang diuji di Thailand, petanda negara tersebut akan menjadi pasaran pertama yang menerima kehadiran model ini di rantau ASEAN.  


Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum didedahkan, namun, besar kemungkinan model ini hanya akan dipasarkan dalam versi HEV atau dengan pilihan ICE. 


Untuk makluman, negara Thailand mempunyai  undang-undang dan peraturan automotif yang menyokong kenderaan tenaga bersih seperti HEV dan kenderaan elektrik (EV). 


Bagaimana Dengan Pasaran Malaysia?


CariCarz_Toyota-Camry-Hybrid-Preview_-5.jpgCariCarz_Toyota-Camry-Hybrid-Preview_-1.jpg


Camry generasi semasa  dipasarkan di Thailand dengan pilihan trenkuasa hibrid.


Untuk pasaran Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) belum memasarkan varian hibrid untuk Camry generasi semasa walaupun firma tersebut telah mempertontonkan varian hibrid ini sebanyak dua kali di Malaysia, pertama kali pada tahun 2023 dan sekali lagi pada awal tahun ini di acara Beyond Zero.


web_CariCarz_TA_Toyota-Camry-HEV_Toyota-Beyond-Zero_-7.jpgweb_CariCarz_TA_Toyota-Camry-HEV_Toyota-Beyond-Zero_-5.jpgweb_CariCarz_TA_Toyota-Camry-HEV_Toyota-Beyond-Zero_-4.jpg


Camry Hybrid generasi semasa dipertontonkan buat kali kedua semasa ekspo 'Beyond Zero' anjuran UMW Toyota Motor awal tahun ini.


Sebelum ini, UMWT pernah memasarkan Camry generasi terdahulu dalam versi ICE dan HEV secara serentak. Insentif yang ditawarkan kerajaan pada ketika itu membolehkan firma tersebut mengeluarkan Camry hibrid secara tempatan (CKD) dan memasarkannya pada harga yang agak berpatutan.


Pada pendapat anda, adakah UMWT patut membawa masuk Camry terbaru dengan hanya pilihan trenkuasa HEV?


CariCarz_Toyota-Camry-Hybrid-Preview_-14.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9142

SELANGOR

BSQ9127

JOHOR

JYB375

PULAU PINANG

PSD1837

PERAK

APJ3044

PAHANG

CFG8104

KEDAH

KGG5684

NEGERI SEMBILAN

NEK6829

KOTA KINABALU

SJS4605

KUCHING

QAB221P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-10-2025
Berita Auto

16-06-2025
Global

26-12-2024
Kereta Baru

23-12-2024
Berita Auto

02-12-2024
Global

11-10-2024
Global

19-09-2024
Global

29-08-2024

Berita Terkini

Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.