Volvo EX30 Bakal Masuk M'sia, Ada 3 Varian, Harga Belum Tahu Lagi

Selepas Volvo membuka pendaftaran minat (ROI), Volvo EX30 bakal dilancarkan secara rasminya di negara ini pada 25 September ini.
Sebelum ini, ia sudah pun dilancarkan di negara kita iaitu Thailand dan Indonesia.
Jadi Malaysia akan menjadi negara ketiga Asia yang akan menerima crossover elektrik secara rasminya tidak lama lagi.
Seperti mana pasaran sebelum ini, kami menjangkakkan EX30 akan tiba dalam tiga varian: Core Single Motor Extended Range, Ultra Single Motor Extended Range, dan Ultra Twin Motor Performance.

Dua varian paling rendah, Core Single Motor Extended Range dan Ultra Single Motor Extended Range digerakkan hanya dengan sebuah motor elektrik dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 268 hp dan tork 343 Nm.
Sementara itu, varian tertinggi yang disumbat dengan motor elektrik berkembar pula menghamburkan kuasa setakat 422 hp dan 543 Nm.
Bagaimanapun, tidak kira varian rendah atau tinggi, semua EX30 berspesifikasi Thailand didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 69-kWj NMC yang sama yang boleh dicas sama ada melalui input 11 kW AC dan 153 kW DC.


Jika menggunakan pengecas DC, baterinya boleh dicas dari 10-80% hanya dalam masa 26.5 minit sahaja .
Berdasarkan perkiraan, WLTP dua varian rendah boleh bergerak sejauh 480 kilometer (km) manakala varian teratas pula mencatatkan perjalanan jarak gerak 460 km
Volvo EX30 yang dibangunkan berdasarkan platform SEA platform, berukuran sepanjang 4,233 mm, selebar1,837 mm1,555 mm (tinggi) manakala jarak roda pula 2,650 mm.
Melihat reka bentuknya, Volvo EX30 sering disebut sebagai versi mini EV SUV EX90.
Ia menampilkan isyarat reka bentuk yang serupa dari sudut lampu hadapan jenis LED Thor's Hammer dan lampu belakangnya.

Dikhabarkan EX30 untuk Malaysia nanti akan dilengkapi dengan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang dikuasakan oleh Google manakala tempat duduk hadapanmya dilaraskan secara berkuasa.
Antara kelengkapan lain ialah terdapat kawalan iklim zon berkembar, pencahayaan ambien, suite audio premium Harman Kardon, serta pelbagai fungsi bantuan pemandu separa autonomi (ADAS).
Apa yang diketahui sekarang, Volvo Car Malaysia sudah pun mendedahkan bahawa EX30 akan dilancarkan secara rasminya pada 25 September ini.
Namun, pihak syarikat masih belum mendedahkan sebarang harga crossover EV kecil itu.
Sebaliknya, di Thailand EX30 dijual pada harga 1.59 juta bhat (lebih kurang RM209,149) hingga 1.89 juta bhat (lebih kurang RM248,611) .

Mungkin kita akan mendapat EX30 yang lebih murah berbanding di Thailand sekiranya VCM membawa masuk EX30 pemasangan tempatan seperti mana yang dibuat ke atas dua modelnya C40/XC40 Recharge.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Miliki Volvo Idaman Anda Sempena Merdeka: Rebat Sehingga RM70,000
Volvo Car Malaysia Anjur Acara 48-Hour Merdeka Deal 15 & 16 Ogos Ini.
04-08-2026
Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia
Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan
15-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Misteri Kereta 'SELAMAT' Terjawab, Ada Kaitan Dengan Volvo?
Teka-teki mengenai kemunculan kereta misteri dengan grafik “SELAMAT” yang tular di sekitar ibu kota sejak 15 Januari lalu akhirnya terjawab semalam.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888
Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.
30-09-2025
Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih
Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026
24-09-2025
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
