ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo EX30 Bakal Masuk M'sia, Ada 3 Varian, Harga Belum Tahu Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas Volvo membuka  pendaftaran minat (ROI), Volvo EX30  bakal dilancarkan secara rasminya  di negara ini pada 25 September ini.

Sebelum ini, ia sudah pun dilancarkan di negara kita iaitu Thailand dan Indonesia. 

Jadi Malaysia akan menjadi negara ketiga Asia yang akan menerima crossover elektrik secara rasminya tidak lama lagi.

Seperti mana pasaran sebelum ini, kami menjangkakkan EX30 akan tiba dalam tiga varian: Core Single Motor Extended Range, Ultra Single Motor Extended Range, dan Ultra Twin Motor Performance.

image.png

Dua varian paling rendah, Core Single Motor Extended Range dan Ultra Single Motor Extended Range digerakkan hanya dengan sebuah motor elektrik dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 268 hp  dan tork 343 Nm.

Sementara itu, varian tertinggi yang disumbat dengan motor elektrik berkembar pula menghamburkan kuasa setakat 422 hp dan 543 Nm.

Bagaimanapun, tidak kira varian rendah atau tinggi, semua EX30 berspesifikasi Thailand didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 69-kWj NMC yang sama yang boleh dicas sama ada melalui input 11 kW AC dan 153 kW DC.

image.pngimage.png

Jika menggunakan pengecas DC, baterinya boleh dicas dari  10-80% hanya dalam masa 26.5 minit sahaja . 

Berdasarkan perkiraan, WLTP dua varian rendah boleh bergerak sejauh  480 kilometer (km) manakala varian teratas pula mencatatkan perjalanan jarak gerak 460 km

Volvo EX30  yang dibangunkan berdasarkan platform  SEA platform, berukuran sepanjang 4,233 mm, selebar1,837 mm1,555 mm (tinggi) manakala jarak roda pula 2,650 mm.

Melihat reka bentuknya,  Volvo  EX30 sering disebut sebagai versi mini EV SUV EX90. 

Ia menampilkan isyarat reka bentuk yang serupa dari sudut lampu hadapan jenis LED Thor's Hammer dan lampu belakangnya.

image.png

Dikhabarkan EX30 untuk Malaysia nanti akan  dilengkapi dengan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang dikuasakan oleh Google manakala tempat duduk hadapanmya dilaraskan secara berkuasa.

Antara kelengkapan lain ialah terdapat kawalan iklim zon berkembar, pencahayaan ambien, suite audio premium Harman Kardon, serta pelbagai fungsi bantuan pemandu separa autonomi (ADAS).

Apa yang diketahui sekarang, Volvo Car Malaysia sudah pun mendedahkan bahawa EX30 akan dilancarkan secara rasminya pada 25 September ini.

Namun, pihak syarikat masih  belum mendedahkan sebarang harga crossover EV kecil itu.

Sebaliknya, di Thailand EX30 dijual pada harga  1.59 juta bhat (lebih kurang RM209,149) hingga 1.89 juta bhat (lebih kurang RM248,611) .

image.png

Mungkin kita akan mendapat EX30 yang lebih murah berbanding  di Thailand sekiranya VCM membawa masuk EX30 pemasangan tempatan seperti mana yang dibuat ke atas dua modelnya C40/XC40 Recharge.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-09-2026
Berita Auto

18-05-2026
Pandu Uji

08-03-2026
Berita Auto

23-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

03-01-2025
Kereta Baru

05-12-2024
Global

05-09-2024

Berita Terkini

EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.