ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Selepas enam tahun ‘menghilang’ daripada pasaran, Vanquish kini membuat kemunculan semula dengan pelbagai sentuhan baru. Kali ini Aston Martin mendatangkan ‘super-GT’ ini dengan enjin, teknologi dan sentuhan rekaan yang mengagumkan. 


Tanpa Logo, Namun Gaya Vanquish yang Unik Terserlah


2025-Aston-Martin-Vanquish-902-3.jpg2025-Aston-Martin-Vanquish-902-1.jpg2025-Aston-Martin-Vanquish-902-2.jpg


Ironinya, Aston Martin tidak meletakkan logo 'Vanquish' pada bahagian luar model mewah ini. Sebaliknya, jenama ini bergantung pada reka bentuknya untuk dikenali sebagai Vanquish di samping enjin V12 yang menakjubkan. 


Sebahagian besar struktur badannya dibina daripada aluminium yang diperkukuh, dilindungi oleh kulit gentian karbon. Struktur ini memberikan peningkatan kekukuhan sisi sebanyak 75% berbanding DBS 770 Ultimate.


2025-Aston-Martin-Vanquish-902-12.jpg

2025-Aston-Martin-Vanquish-902-15.jpg2025-Aston-Martin-Vanquish-902-14.jpg


Jika dibandingkan dengan 'Super Tourer' DB12, Vanquish baru ini lebih panjang, lebar dan rendah. Jarak roda juga dipanjangkan sebanyak 80 mm. Menurut Aston Martin, ini dilakukan untuk memberikan Vanquish gaya GT klasik dengan bonet yang panjang.


Bahagian depan Vanquish diberikan gril yang 13% lebih besar daripada DBS Superleggera, dengan corong aliran udara pada bahagian sisi yang diinspirasikan oleh busur dan anak panah. Walaupun fasia depan kelihatan serupa dengan Vantage dan DB12 pada pandangan pertama, sudut belakang Vanquish jelas berbeza.


2025-Aston-Martin-Vanquish-902-11.jpg


Pada bahagian belakang, sentuhan radikal diberikan, dengan  reka bentuk aerodinami 'Kamm Tail.’ Selain itu, terdapat diffuser besar dan empat corong ekzos daripada keluli tahan karat yang boleh diganti dengan unit titanium yang lebih ringan.


Kuasa Luar Biasa Enjin V12 


2025-Aston-Martin-Vanquish-902-18.jpg


Keunikan Vanquish terletak pada enjinnya. Model ini dikuasakan oleh enjin V12 5.2 liter turbo kembar. Trenkuasa ini menyalurkan kuasa yang mengagumkan, mencecah 824 hp dan tork 1,000 Nm, menjadikannya model Aston Martin paling berkuasa dalam sejarah 111 tahun kewujudan jenama ini. Hamburan kuasa yang padu ini turut meletakkannya lebih tinggi berbanding Ferrari 12Cilindri yang berkuasa 820 hp. 


2025-Aston-Martin-Vanquish-902-19.jpg


Aston Martin juga telah memperbaik ciri 'Boost Reserve' pada enjin ini, yang menjanjikan respons pantas dengan turbo yang sentiasa ‘berlebihan’ atau overboost.


Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan yang menyalurkan kuasa kepada roda belakang, dengan sistem limited-slip differential elektronik. Aston Martin memaklumkan bahawa Vanquish boleh mencapai 0-60 batu/jam (96 km/j) dalam masa hanya 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 344 km/j, menjadikannya model Aston Martin paling laju setakat ini.


Baca: Aston Martin Vantage Baharu Kini Rasmi di Malaysia – Cecah 656 HP! Dari RM2.37 Juta


Kawalan & Kestabilan Lebih Baik


Selain brek karbon seramik yang besar, Vanquish juga dilengkapi dengan casis yang telah dioptimumkan. Suspensi Bilstein DTX yang telah diperbaik memberikan fleksibiliti lebih besar antara mod pemanduan, dengan bar anti-olengan yang lebih tebal, stereng kuasa yang ditala semula dan sistem kawalan kestabilan elektronik baharu.


Sistem kestabilan ini dikatakan lebih baik daripada sebelumnya, dengan kemampuan untuk mengelak intervensi mendadak dan meramalkan tahap cengkaman optimum melalui algoritma canggih.


Kabin yang Mewah & Canggih


2025-Aston-Martin-Vanquish-902-24.jpg2025-Aston-Martin-Vanquish-902-22.jpg2025-Aston-Martin-Vanquish-902-26.jpg2025-Aston-Martin-Vanquish-902-23.jpg


Di dalam, Vanquish kekal hadir dengan dua tempat duduk yang disulami aura kemewahan dan teknologi terkini. Antara kemudahan yang disediakan adalah termasuk kawalan 16 arah untuk tempat duduknya yang dibalut kulit Alcantara dan separa-aniline, sistem audio Bowers & Wilkins dengan 15 speaker, dan dua skrin digital 10.25 inci. 


2025-Aston-Martin-Vanquish-902-6.jpg2025-Aston-Martin-Vanquish-902-7.jpg


Walaupun harga Vanquish terbaru ini masih belum diumumkan, Aston Martin merancang untuk memulakan penghantaran pertama pada suku keempat tahun ini. Pengeluaran tahunan juga tidak akan melebihi 1,000 unit, menjadikannya lebih eksklusif. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL4983

SELANGOR

BSM4230

JOHOR

JYR3429

PULAU PINANG

PRY5594

PERAK

APF1767

PAHANG

CFF2601

KEDAH

KGE3141

NEGERI SEMBILAN

NEJ4952

KOTA KINABALU

SJQ2486

KUCHING

QAB2237N

Terakhir Kemas Kini 10 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

16-05-2025
Global

12-12-2024
Kereta Baru

02-12-2024
Kereta Baru

25-11-2024
Global

04-07-2024
Global

28-06-2024
Kereta Baru

10-05-2024
Global

22-04-2024

Berita Terkini

Global

Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?

Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat

04-02-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI

Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.

30-01-2026
Global

Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.

28-01-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.