ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[ULASAN RINGKAS] Proton X70 2025 Bukti Kemampuan Sebenar Di Sabah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Proton-X70-Media-Drive-Sabah_6.JPG


Unit yang dipandu uji CariCarz di Sabah.


Baru-baru ini, Proton telah membawa media terbang ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah untuk pelancaran Proton X70 2025 serta sesi pandu uji SUV tersebut dari Kota Kinabalu ke Kundasang sambil menyaksikan pemandangan yang mengasyikkan. 


Untuk sesi pandu uji di Sabah, media diberikan peluang untuk memandu uji varian Premium X yang merupakan varian tertinggi. Varian ini dipasarkan pada harga RM126,800 di Semenanjung dan RM128,800 di Sabah dan Sarawak. 


CariCarz_Proton-X70-Media-Drive-Sabah_4.JPG


Perjalanan dimulakan pada jam kira-kira 8.30 pagi dalam cuaca hujan. Pada peringkat permulaan, kami perlu menempuhi laluan yang agak mencabar kerana permukaan jalan yang kurang rata, ditambah lagi dengan curahan air hujan. Di sinilah penulis yang berada di tempat duduk hadapan dapat merasakan kualiti sebenar sistem suspensi yang digunakan yang mana jentera ini mampu menyerap hentakan dan bonggol jalan dengan baik. 


CariCarz_Proton-X70-Media-Drive-Sabah_17.png


Kemampuan suspensinya teruji lagi semasa pendakian bukit yang curam dengan pusingan-pusingan tajam. SUV ini kekal stabil dengan kualiti pengendalian yang cukup baik. Sebagai pemandu, penulis merasakan olengan badan juga kurang ketika menempuhi selekoh-selekoh tajam ini.


CariCarz_Proton-X70-Media-Drive-Sabah_3.JPGweb_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-38.jpg


Enjin petrol turbo 1.5 liter 3 silinder TGDi yang menghasilkan 177 ps dan 255 Nm juga berjaya membuktikan kemampuannya untuk menghamburkan tenaga secukupnya tanpa rasa ‘tercungap’ semasa mendaki naik. Lebih menakjubkan lagi, masih ada saki-baki tenaga untuk dihamburkan apabila pedal ditekan lebih dalam untuk memecut laju semasa memotong kenderaan lain yang memberi jalan kepada penulis. 


Menambahkan lagi keseronokan berada di dalam X70 adalah kesenyapan kabinnya yang cukup memuaskan. Membolehkan penulis dan media lain di dalam jentera sama ‘tenggelam’ dalam muzik yang dipasangkan di radio, walaupun sesekali memandu di belakang atau di sebelah lori yang besar, kami kekal selesa tanpa terkesan daripada bunyi di luar. 


web_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-34.jpg

web_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-33.jpgweb_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-49.jpg


Sistem infotainmen berukuran 12.3 inci yang digunakan juga cukup responsif. Melalui sistem ini, penulis dapat mengaktifkan ciri pencahayaan ambien 72 warna yang menaikkan lagi aura premium kabin. Turut diuji adalah respon terhadap bantuan suara “Hi Proton” untuk membuka dan menutup bumbung suria, tugasan ini dilaksanakan dengan baik membuktikan kecanggihan teknologi yang digunakan.


web_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-23.jpgweb_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-47.jpg


Dari segi keselamatan, X70 kini diberikan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) Tahap 2 yang dibantu oleh kehadiran beberapa fungsi baharu seperti kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi henti-mula. Penambahan ciri ini membuatkan model kali ini lebih selamat dan canggih berbanding versi terdahulu. 


Penulis mengambil peluang untuk menguji ciri ACC dengan fungsi henti-mula yang berfungsi seperti yang dikatakan. Sistem ini membantu menjadikan perjalanan lebih relaks terutamanya dalam kesesakan trafik kerana kereta dapat berhenti secara automatik apabila mengesan kenderaan di hadapan, dan bergerak semula tanpa input pemandu apabila ada ruang untuk bergerak.


web_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-40.jpgweb_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-39.jpg


Penulis juga berpeluang untuk berada di tempat duduk belakang semasa dalam perjalanan balik. Tempat duduknya terasa agak tinggi, berbeza dengan barisan hadapan yang hadir dengan fungsi pelarasan membolehkan penulis menyesuaikan tempat duduk mengikut keselesaan. 


CariCarz_Proton-X70-Media-Drive-Sabah_7.JPG


Secara keseluruhannya, penulis teruja dengan kebolehan model jenama kebanggaan negara ini yang mampu menempuhi perjalanan yang menyajikan cabaran yang sukar untuk dijangka. Kemampuan Proton X70 2025 untuk melalui jalan yang berliku-liku, curam dan tidak rata membuktikannya sebagai sebuah jentera yang serba boleh untuk kegunaan di ‘segenap penjuru’ di Malaysia. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, jangan ragu untuk beli X70 2025 sebagai kereta yang terbaru!

_SN13900.JPG

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW4838

SELANGOR

BSP6512

JOHOR

JYV9179

PULAU PINANG

PSB9074

PERAK

APH1949

PAHANG

CFG4030

KEDAH

KGF6540

NEGERI SEMBILAN

NEK2996

KOTA KINABALU

SJR7093

KUCHING

QAB7063N

Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-04-2026
Pandu Uji

09-01-2026
Kereta Baru

08-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

05-06-2025
Berita Auto

06-05-2025
Teknologi

16-10-2024
Kereta Baru

15-08-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.