ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Belanjawan 2025: Adakah Harga EV CBU Menjulang 2 Tahun Lagi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Memandangkan Belanjawan 2025 tidak mengumumkan sebarang insentif lanjutan  kenderaan elektrik untuk versi import sepenuhnya (CBU) , maka harga EV CBU akan mencanak pada tahun 2026.

Langkah itu dilihat bertepatan dengan pelaksanaan struktur cukai jalan EV baharu yang telah disemak namun perkara itu kini mula menimbulkan kebimbangan kepada mereka yang berhasrat untuk membeli EV.

Berikut adalah senarai lengkap EV yang  dijual di Malaysia, termasuk harga bebas cukai dan kadar cukai jalan yang perlu dibayar oleh pemilik mulai 2026.

image.png

Biarpun, pemain industri sudah bersedia untuk menggalakkan penggunaan EV secara besar-besaran namun isu mampu milik kini menjadi satu cabaran besar.

Sebaliknya, kerajaan pula bergantung kepada model EV daripada Proton dan Perodua untuk menguasai pasaran EV gara-gara harganya lebih berpatutan. 

Bagaimanapun, dengan pengecualian cukai dan jika syarat harga EV berharga RM100,000 dihapuskan, maka nasib EV peringkat permulaan yang digelar sebagai mampu milik masih menjadi tanda tanya.

image.png

Tanpa insentif lanjutan EV, nampaknya, EV import yang berharga rendah sudah tidak dapat dibeli memandangkan harga cukai baharu akan dimonopoli oleh jenama EV tempatan (Proton, Perodua).

Maka, dalam dua tahun lagi,  nasib EV CBU berada di hujung tanduk!

Selain itu, bagi kebanyakan pengeluar EV dari luar negara, pemasangan CKD tempatan bukanlah pilihan yang berdaya maju kerana jumlah jualan EV Malaysia masih rendah, jika dibandingkan dengan Thailand.

image.png

Ini menyebabkan banyak jenama tidak dapat menawarkan harga yang kompetitif melainkan terdapat perubahan dasar jangka panjang baharu.

Apapun, sokongan kerajaan secara berterusan sebenarnya perlu dilakukan walaupun Belanjawan 2025 tidak menyentuh mengenai lanjutan insentif untuk EV.

image.png

Tanpa langkah sedemikian, penggunaan EV secara besar-besaran tidak mungkin dipercepatkan, manakala harga EV hanya untuk kereta nasional sebenarnya akan  meninggalkan kesan.

Ini bermakna masa depan pasaran EV Malaysia mungkin banyak bergantung pada kesediaan kerajaan untuk memberikan sokongan berterusan dalam bentuk pengecualian cukai, subsidi, atau bentuk pelepasan lain kepada pengguna dan pengilang.

Cabaran Infrastruktur: Salah satu cabaran terbesar kepada penggunaan EV ialah kekurangan infrastruktur pengecasan yang mencukupi.

Walaupun tidak ditangani secara langsung dalam Bajet 2025, sebenarnya perlu ada desakan untuk menyelaraskan pemasangan stesen pengecas EV.

Pengendali titik caj (MSM) : kini berhadapan dengan  peningkatan kos akibat kerenah birokrasi, menyebabkan mereka terpaksa mengecilkan pelan pengembangan di Malaysia dan sebaliknya menumpukan kepada pasaran asing yang lebih menjanjikan seperti India, Indonesia & Thailand.

Pendek kata, industri  EV dilihat tidak banyak ditekankan dalam Belanjawan 2025 namun  tanpa insentif kerajaan selanjutnya atau tumpuan yang lebih kukuh terhadap pembangunan infrastruktur, prospek penggunaan EV di Malaysia kekal tidak menentu. 

Walaupun jenama tempatan seperti Proton dan Perodua mungkin akan  membantu menangani isu ini namun  isu  infrastruktur pengecasan  dan harga yang kompetitif untuk EV CBU  memerlukan sokongan dasar yang lebih mantap.

Seperti diketahui umum, pengecualian cukai untuk model-model EV yang diimport sepenuhnya (CBU) akan berakhir pada 31 Disember 2025.

Bagaimanapun, kerangka insentif cukai EV sedia ada telah distruktur supaya ia selari dengan hasrat untuk  menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan (CKD). 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY6956

SELANGOR

BSQ2742

JOHOR

JYX1342

PULAU PINANG

PSC4394

PERAK

APH5907

PAHANG

CFG5630

KEDAH

KGG1527

NEGERI SEMBILAN

NEK4601

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8043N

Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-10-2024
Berita Auto

06-12-2023
Berita Auto

20-06-2022

Berita Terkini

EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.