ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jom Pandu Uji MINI Aceman Elektrik yang Pertama – Hampir 410 KM, Dari RM213K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

S012_loc_ext_J05_2_1_CMYK_print.jpg


MINI Aceman kini hadir dalam versi elektrik (EV) sepenuhnya, mengikuti jejak langkah Cooper dan Countryman yang telah pun ditawarkan di pasaran dengan trenkuasa elektrik. 


Diperkenalkan buat pertama kali di peringkat global baru-baru ini, MINI Aceman diposisikan di antara model Cooper dan Countryman, yang boleh diumpamakan seperti 'jambatan' antara kedua-dua model tersebut, tetapi dengan gaya tersendiri dalam kategori crossover premium subkompak yang semakin menarik perhatian ramai. 


Rekaan Ringkas yang Elegan dan Memukau  'Charismatic Simplicity' 


Image-full_normal.jpg


Sekilas pandang, dapat dilihat bahawa Aceman banyak berkongsi elemen rekaan dengan model Cooper dan Countryman. Namun, konsep reka bentuk 'Charismatic Simplicity' ini mula diperkenalkan pada model Aceman sejak di peringkat konsep lagi. Dengan sentuhan rekaan yang berani dan unik, Aceman tampil menyerlah walaupun kompak.


Penggunaan Ruang yang Pintar


MINI-Aceman-SE-28.jpgMINI-Aceman-SE-37.jpg


Aceman berkongsi rangka yang sama dengan Cooper, tetapi dengan beberapa perbezaan dari segi kepanjangan, jarak roda dan ketinggiannya. Prinsip 'Clever Use of Space' MINI menghasilkan kabin yang sangat praktikal dan luas, dengan ruang but 300 liter yang boleh diperluas sehingga 1,005 liter.


Sentuhan Dalaman yang Menarik


230123456_MINI_70P_int_J05_BEV_Rebel_Red_sx040.jpg


Seperti Cooper dan Countryman, Aceman menampilkan sentuhan mewah yang mampan, dengan penggunaan fabrik berkualiti tinggi dan bahan kitar semula. Rekaan dalaman ini bukan sahaja menyerlahkan aura mewah jentera tetapi juga mesra alam, mencerminkan komitmen MINI terhadap kelestarian.


Teknologi Canggih


P90546750_highRes_the-new-mini-aceman-.jpg


Dari segi teknologi, MINI Aceman dilengkapi dengan paparan sentuh OLED bulat besar yang berukuran 240 mm dengan sistem operasi MINI 9 yang pantas dan intuitif. Selain itu, model kecil ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti papar pandu (HUD) dan MINI Digital Key Plus, yang membolehkan pemilik menggunakan telefon pintar sebagai kunci digital.


Keselamatan Terjamin


DI23_000190076.jpg


Aceman tidak ketinggalan dalam aspek keselamatan kerana diberikan pelbagai ciri bantuan pemanduan canggih (ADAS) seperti amaran penukaran lorong, info had kelajuan dan amaran pelanggaran hadapan. Pengguna juga dapat memanfaatkan sistem bantuan parkir, Parking Assistant Plus, yang disediakan secara standard. Sistem ini memudahkan pemandu untuk meletakkan kenderaan dengan ciri seperti bantuan kawalan jarak parkir aktif dan kamera pandangan panoramik.


Pengalaman Pemanduan 'Go-Kart'


P90554142_highRes_mini-aceman-se-06-20.jpg


MINI terkenal dengan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan ini juga termasuklah Aceman. Dengan motor elektrik 160 kW (215 hp) dan 330 Nm, Aceman boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.1 saat. Pemandu juga boleh memilih daripada lapan mod pemanduan yang berbeza yang boleh disesuaikan untuk pelbagai situasi. 


Bateri dan Sistem Pengecasan yang Versatil


P90554147_highRes_mini-aceman-se-06-20.jpg


Dengan bateri 54.2 kWj, Aceman mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 406 km dengan sekali cas penuh. Model ini menerima pengecasan AC sehingga 11 kW dan DC sehingga 95 kW. Dengan pengecas pantas, Aceman boleh dicas dari 10-80% dalam masa hanya 30 minit.


Harga Jualan MINI Aceman Elektrik


P90546756_highRes_the-new-mini-aceman--full_normal.jpg


MINI Aceman versi elektrik yang pertama kini ditawarkan di pasaran pada harga RM213,888. Bagi yang berminat, anda dialu-alukan untuk untuk pandu uji Aceman dengan membuat tempahan slot di mana-mana cawangan pengedaran MINI yang terdekat. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web MINI Aceman Malaysia. 


DI24_000204030.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3656

SELANGOR

BSU4659

JOHOR

JF8906J

PULAU PINANG

PSG4937

PERAK

APM3216

PAHANG

CFJ1468

KEDAH

KGJ4890

NEGERI SEMBILAN

NEM3136

KOTA KINABALU

SJU5908

KUCHING

QAB7654P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-11-2024
EV

25-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024
EV

20-08-2024
EV

25-04-2024
EV

20-04-2024
EV

14-03-2024
EV

31-01-2024

Berita Terkini

EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.