Proton e. MAS 7 Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM120K!

Anak syarikat Proton, PRO-NET sudah membuka tempahan untuk model kenderaan, Proton e.MAS 7, sebentar tadi.
Buat masa ini, PRO-NET masih belum mendedahkan harga rasmi EV itu namun ia akan diumumkan pada Disember nanti.
Sebaliknya, PRO-NET mendedahkan bahawa harga anggarannya cuma sekitar RM120,000 dan ia akan ditawarkan dalam dua varian: e. MAS 7 Prime dan e.MAS 7 Premium.
Apa yang cukup menarik ialah pembeli yang berminat untuk menempah Proton e.MAS 7 ini hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM500.

Malah, bagi pelanggan terawal, PRO-NET turut menyediakan tawaran eksklusif Pioneer Privilege Deal yang menawarkan rebat bernilai RM 500 dan Pioneer Gift Pack bernilai RM 1,000.
Bagaimanapun, tawaran ini sah dari 26 Oktober sehingga ke pelancaran rasmi hujung tahun ini.
Menjengah bahagian luarannya, Proton e.MAS 7 masih lagi dibaluti dengan dibalut dengan pelekat penyamaran namun rupa parasnya seiras dengan Geely E5 namun yang bezanya ada lambang harimau.

Apa tidaknya, e.Mas 7 dan Galaxy E5 sebenarnya model yang diasaskan dari platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), maka tidak hairanlah mengapa rupa mereka sama!
Selain itu, apa yang pasti e. MAS 7 ini menampilkan profil luaran yang bergaya dengan roda aloi aerodinamik 19 inci, manakala pemegang pintu tersembunyi, dan hadir dengan lampu belakang jenis LED 3D yang meningkatkan daya tarikan estetik.
Menjengah ruang dalaman Proton e.MAS 7, ia menggabungkan ciri sebenar antara praktikaliti dan integrasi yang direka sepenuhnya untuk kemudahan dan keselesaan pemandu.
Ia hadir dengan papan pemuka dengan skrin tengah gergasi bersaiz 15.5-inci, paparan instrumen pemandu dengan skrin 10.2-inci, roda stereng berbentuk oblong dengan fungsi anti-bakteria, selain terdapat paparan resolusi 2.5k yang beroperasi dengan Flyme OS.

Bukan itu sahaja, kedua-dua varian hadir dengan sistem bunyi Wanos 16-pembesar suara termasuk pada perehat kepala.




Antara kelengkapan lain ialah lampu ambien 256 warna, dilengkapi sistem Vehicle-to-load (V2L), dua pemegang cawan dengan penutup, pad pengecas telefon pintar tanpa wayar, ada perehat tangan, ada ruang penyimpanan di bahagian bawah tempat duduk belakang ada port 12V, USB-A dan USB-C.


Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan sistem pendingin hawa automatik dengan penapis N95, manakala tempat duduknya dibaluti dengan material leatherette dan tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada enam hala.
Sementara itu, ruang butnya adalah sebesar 461 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruang butnya bertambah luas.


Difahamkan, kedua-dua varian e.MAS 7disumbat dengan motor elektrik tunggal ’12 dalam 1′.
Ini membolehkan Proton e.MAS 7 mampu menghamburkan kuasa setakat 218 PS dan tork maksima 320 Nm.
Untuk itu, Proton e. MAS 7 berupaya memecut dari dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat, manakala kelajuan maksimumnya adalah 175 km/j.
Menyentuh mengenai bateri, varian Prime didatangkan dengan bateri lithium logam fosfat (LFP) “bilah pendek” Aegis yang berkapasiti 49.52 kWj.

Ini membolehkan varian Prime boleh melakukan perjalanan sejauh 345 kilometer manakala Premium yang dilengkapi dengan bateri 60.22 kWj pula memberikan jarak 410 km.

Dari segi dimensi, Proton e.MAS 7 berukuran 4,615mm (panjang), 1,901mm ( lebar) , 1,670mm tinggi manakala jarak roda pula 2,750mm.
Menyentuh mengenaiciri-ciri keselamatan, kedua-dua varian hadir dengan enam beg udara, kamera 360-darjah selain hadir dendgan sistem bantuan termaju (ADAS) dengan fungsi termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan dan banyak lagi.
Di sebalik majlis pendedahan e. MAS 7, Pro-Net juga memperkenalkan Aplikasi e.MAS. Ia merupakan platform dinamik yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman pengguna daripada tempahan sehinggalah ke pemilikan kenderaan.

Super-App ini memudahkan pengurusan tempahan kenderaan, penjadualan servis, dan akses kepada rangkaian pengecasan EV menyeluruh di Malaysia yang akan diperkenalkan secara berperingkat.
Jika anda mahu menyaksikan e.MAS 7 dengan lebih dekat, anda boleh mengunjungi acara Auto Car Expo (ACE) 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://emas.proton.com/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3415
SELANGOR
BSV630
JOHOR
JH3568J
PULAU PINANG
PSH3831
PERAK
APM9147
PAHANG
CFJ3986
KEDAH
KGJ8016
NEGERI SEMBILAN
NEM5768
KOTA KINABALU
SJV1648
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Berita Terkini
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

