ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Kekal No. 2 Walaupun Jualan Kereta Turun Pada Bulan September

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional PROTON mencatatkan jualan sebanyak 11,269 unit (domestik + eksport) pada bulan lepas sekali gus menjadikan jumlah jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 112,758 unit.

Namun jumlah jualan bagi industri automotif sebenarnya menurun pada bulan September, yang secara sejarahnya merupakan bulan yang perlahan, memandangkan jumlah volum industri (TIV) dianggarkan menurun ke tahap terendah dalam tempoh 17 bulan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah turut mengakui  September secara tradisional adalah bulan yang perlahan bagi industri automotif, dan 2024 juga tidak terkecuali.

Roslan-Abdullah,-Deputy-CEO-of-PROTON-(1).JPG

“Pengurangan dalam volum PROTON adalah jauh lebih kecil berbanding penurunan dalam TIV. Ini menunjukkan cabaran sukar bagi suku akhir tahun untuk industri automotif,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang untuk Proton meningkatkan jualannya semula.

Ini kerana Proton meletakkan harapan yang tinggi untuk Proton X70 2025 yang baru dilancarkan pada Ogos lalu. Proton dikatakan mahu mengembalikan syarikat ke kedudukan teratas pasaran SUV segmen C dalam tempoh terdekat ini.

Screenshot-2024-10-03-164425.png

Begitupun, harapan itu menjadi kenyataan apabila 1,466 unit terjual pada bulan lepas. Ini membolehkan Proton X70 meraih semula gelaran sebagai SUV segmen C terlaris. 

Pencapaian ini merupakan volum jualan tertinggi untuk model tersebut sejak Disember 2022 dengan hampir dua kali ganda jualan yang dicapai pada Ogos tahun ini, 

Ia merupakan bukti minat yang kuat dari rakyat Malaysia terhadap model Proton baharu itu.

image.png

Selain itu, dua model SUV PROTON yang lain juga muncul sebagai peneraju jualan bagi bulan tersebut.

Antaranya, Proton X50 yang  terus menunjukkan prestasi jualan yang kukuh dengan 1,771 unit terjual. 

image.png

Ini juga membolehkan ia terus memimpin jualan SUV segmen B YTD, kedudukan yang telah dipegangnya sejak dilancarkan pada tahun 2020. 

Bagi Proton X90, rangkaian utama PROTON kembali meraih kedudukan teratas dalam jualan segmen D dengan 217 unit terjual, menjadikan jumlah YTDnya sebanyak 2,724 unit yang mendahului pasaran.

image.png

Model lain yang mendahului segmennya untuk jualan YTD adalah Proton S70. Sedan segmen C kekal sebagai peneraju jualan kumulatif untuk segmen ini dan menambah 1,013 unit, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 14,768 unit dalam tahun penuh pertama jualannya. 

Walaupun sementara terkeluar dari kedudukan teratas dalam senarai jualan bulanan, ia akan mendapat dorongan dengan pelancaran Proton S70 S3 yang dijadualkan untuk bersaing dalam perlumbaan ketahanan Sepang 1000km pada November ini

image.png

Bagaimanapun, jualan terbaik PROTON masih kekal dengan Proton Saga, yang mencatatkan 5,162 jualan bulan lepas, menempatkannya di tempat kedua bagi sedan segmen A. 

Malah, Proton Persona mencatatkan jualan sebanyak 1,295 unit, manakala Proton Iriz mendapat jualan yang stabil dengan 345 unit terjual.

Sehubungan itu, tambah Roslan, pihaknya cukup yakin bahawa PROTON mempunyai produk yang diperlukan untuk meningkatkan volum jualan dalam tiga bulan akan datang. 

“Ini akan diperkukuh dengan aktiviti promosi kami dan tidak lama lagi, kami akan melancarkan kempen di seluruh negara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan hadiah dan anugerah yang menarik. 

“Pada masa yang sama, usaha kami untuk memberikan pengalaman jenama premium di pusat jualan dan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan akan diteruskan sebelum memuncak dengan pelancaran tawaran EV pertama kami pada bulan Disember,” ujarnya.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW3545

SELANGOR

BSP6005

JOHOR

JYV8092

PULAU PINANG

PSB8445

PERAK

APH1629

PAHANG

CFG3895

KEDAH

KGF6271

NEGERI SEMBILAN

NEK2883

KOTA KINABALU

SJR6798

KUCHING

QAB6955N

Terakhir Kemas Kini 04 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

14-02-2026
Kereta Baru

16-12-2025
Berita Auto

29-11-2025
Global

22-09-2025
Berita Auto
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto
Gaya Hidup

25-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Berita Auto

Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk

Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?

04-05-2026
Berita Auto

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
Berita Auto

Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini

Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.

29-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.