Tempahan Xiaomi SU7 Ultra Dibuka Di China – Hypercar Elektrik 1,526 HP Bawah RM500K

Xiaomi akan memperkenalkan model paling berkuasa dalam siri SU7, iaitu Xiaomi SU7 Ultra semasa acara pelancaran produk baharunya yang bakal berlangsung pada 29 Oktober ini. Tetapi sedihnya, walaupun SU7 telah dipertontonkan di KLCC baru-baru ini, pelancarannya di Malaysia mungkin tidak akan berlaku.
Tempahan Dibuka di China

Menurut XiaomiTime, pengguna di China sudah boleh membuat tempahan untuk model pengeluaran SU7 Ultra menerusi laman rasmi Xiaomi Auto. Bagaimanapun, tiada butiran teknikal atau harga yang telah diumumkan buat masa ini.
Harga “Tidak Terlalu Mahal”
-full_normal.jpg)
Padaa Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, telah menyatakan bahawa SU7 Ultra akan ditawarkan sebagai sebuah kereta mewah, namun pada harga yang tidak terlalu mahal. Goldman Sachs meramalkan bahawa model ini mungkin berharga sekitar RMB800,000 (~RM490,000), dengan jangkaan jualan mencecah 4,000 unit pada tahun 2025.
Rekaan Prototaip


Pada Julai 2024 yang lalu, prototaip SU7 Ultra telah didedahkan buat kali pertama semasa acara pelancaran eksklusif. Model ini hadir dengan prestasi hebat dan rekaan yang agresif, termasuk bibir depan yang menonjol, kit badan aerodinamik, tayar yang lebar, spoiler belakang yang besar dan alur aerodinamik untuk meningkatkan prestasi kelajuan.
Spesifikasi yang Menakjubkan

Dari segi spesifikasi, SU7 Ultra dikuasakan oleh sistem tiga motor, terdiri daripada dua motor elektrik V8 dan satu motor V6, dengan gabungan kuasa sebanyak 1,138 kW (1,526 hp). Model ini dijangka mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 1.97 saat, dengan kelajuan maksimum 350 km/j. Walaupun model prototaipnya menggunakan badan karbon sepenuhnya, model pengeluaran mungkin tidak mengekalkan ciri ini kerana kos yang tinggi.
Bateri Qilin 2.0 dari CATL
Bateri Qilin 2.0 dari CATL yang digunakan dalam SU7 Ultra mempunyai keupayaan pengecasan pantas 6C serta rekaan Cell-to-Body (CTB), di mana bateri disepadukan terus ke dalam struktur kenderaan untuk meningkatkan kekukuhan dan ruang dalaman.
Mod Pemanduan Khas untuk Pengguna Baharu

Xiaomi juga ingin menjadikan SU7 Ultra lebih mudah digunakan termasuk pemandu baharu. Mereka dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan mod pemanduan permulaan bagi pengguna baharu, yang akan mengehadkan prestasi kenderaan pada peringkat awal.
Selain itu, pemandu perlu lulus ujian khusus sebelum dapat menggunakan sepenuhnya keupayaan kenderaan ini, sebagai langkah keselamatan tambahan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat