- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-Benz GLC 350 e 4Matic Coupe Kini Rasmi Di Malaysia – SUV PHEV CKD, Dari RM425,888
Mercedes-Benz GLC 350 e 4Matic Coupe Kini Rasmi Di Malaysia – SUV PHEV CKD, Dari RM425,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan model GLC 350 e 4Matic Coupe yang merupakan salah satu daripada enam model baharu yang dilancarkan dalam acara ‘Luxury Like No Other’ di Cycle & Carriage Bintang Autohaus, Mutiara Damansara minggu ini.
Model Coupe Sporty Yang Dihasilkan Di Malaysia
Model GLC 350 e 4Matic yang dilancarkan kali ini adalah versi coupe dengan rekaan bumbung yang lebih aerodinamik, tampil berbeza daripada GLC 350 e 4Matic versi standard yang dilancarkan awal tahun ini. Menariknya, varian ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang MBM di Pekan, Pahang.
Trenkuasa Sama Seperti Versi Standard, Tetapi...

Kesemua model GLC generasi kedua (X254) dan GLC Coupe (C254) di Malaysia kini ditawarkan dalam versi hibrid plug-in (PHEV), tiada lagi versi yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang telah ditamatkan sepenuhnya.
Dari segi trenkuasa, GLC 350 e 4Matic Coupe tidak jauh berbeza daripada varian GLC 350 e standard yang turut menggunakan trenkuasa hibrid terdiri daripada enjin 2.0 liter 4 silinder turbo bersama motor elektrik dan bateri 31.2 kWj yang menghasilkan 313 ps dan 550 Nm.
Kedua-duanya turut menggunakan sistem pacuan semua roda, 4Matic AWD, dan transmisi automatik 9 kelajuan yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 6.7 saat. Walau bagaimanapun, kelajuan maksimum Coupe ini sedikit lebih tinggi pada 220 km/j berbanding 218 km/j pada versi badan standard.
Dalam mod elektrik sepenuhnya, model ini menawarkan jarak pemanduan antara 119 hingga 131 km berdasarkan penarafan WLTP dan mampu mencapai kelajuan sehingga 140 km/j. Tetapi, ia tidak menyokong pengecasan DC, hanya AC hingga 11 kW dengan masa pengecasan penuh sekitar dua jam. Dari segi penggunaan bahan api, Mercedes-Benz menganggarkan model ini hanya menggunakan 0.5 hingga 0.6 liter/100 km.
Suspensi Lebih Baik

Model GLC 350 e 4Matic Coupe ini turut dilengkapi dengan suspensi udara belakang jenis automatik dengan penyerap hentak pasif, memberikan pengalaman pemanduan lebih selesa berbanding model GLC 300 4Matic Coupe yang dikeluarkan sbelum ini.
Reka Bentuk Yang Menyerlah


Dari aspek reka bentuk, GLC 350 e 4Matic Coupe tampil dengan gaya agresif termasuk aerokit AMG Line, lampu depan LED Digital Light dengan lampu suluh tinggi adaptif, bumbung kaca panoramik dan rim aloi AMG 20 inci.
Kabin Yang Sarat Teknologi Canggih



Di bahagian kabin, model ini kekal menggunakan skrin infotainmen MBUX 11.9 inci dan panel instrumen digital 12.3 inci, serta sistem audio Burmester 3D dengan 15 pembesar suara.
Teknologi Separa Autonomi Tahap 2
Peningkatan penting dalam varian ini adalah penambahan Pakej Bantuan Pemanduan Plus yang membolehkan pemanduan separa autonomi Tahap 2, menjadikan pemanduan lebih mudah dan selamat di jalan raya.
Harga & Jaminan

Disebabkan model ini dipasang secara CKD, GLC 350 e 4Matic Coupe dapat ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu RM425,888 berbanding model import sepenuhnya (CBU). Harga ini termasuk jaminan selama 4 tahun tanpa had perbatuan daripada MBM serta jaminan bateri PHEV selama 8 tahun atau 160,000 km.
Baca: Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ Kini Di Pasaran Malaysia – Enjin V8 Cecah 585 HP, Dari RM1.9 Juta
Baca: GLC43 4Matic Coupe, Harga Tak Mahal Sangat, Hanya RM498,888
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7406
SELANGOR
BSP7344
JOHOR
JYW1732
PULAU PINANG
PSB9940
PERAK
APH2599
PAHANG
CFG4252
KEDAH
KGF7023
NEGERI SEMBILAN
NEK3295
KOTA KINABALU
SJR7506
KUCHING
QAB7205N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak
Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.
04-02-2026
Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.
09-12-2025
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.
09-12-2025
Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta
Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.
04-12-2025
Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.
12-11-2025
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia
Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.
07-11-2025
Mercedes-Benz Malaysia, DC Handal Bekerjasama Perluas Rangkaian Pengecasan EV
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkukuhkan jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, DC Handal.
07-10-2025
Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.
10-09-2025
Berita Terkini
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
