Chery Fulwin A8L Capai Lebih 2,000 KM! PHEV Dengan Jarak Perjalanan Terpanjang Di Dunia


Chery telah memperluaskan barisan Fulwin hibrid plug-in (PHEV) di China dengan memperkenalkan Fulwin A8L, sedan empat pintu yang kini memegang rekod sebagai PHEV dengan jarak pemanduan terpanjang di dunia. Model ini mencatatkan jarak 2,369.915 km dengan satu pengecasan penuh dan tangki bahan api penuh.
Sistem Hibrid C-DM 5.0


Jarak perjalanan yang menakjubkan ini berjaya dicapai dengan sistem C-DM 5.0 Chery yang menjadi teras kepada Fulwin A8L. Model ini hadir dalam dua pilihan enjin petrol 1.5 liter iaitu turbo dan aspirasi natural (N/A).
Varian N/A menghasilkan kuasa keseluruhan 301 hp dan 435 Nm, disokong oleh pek bateri kecil 9.53 kWj yang memberikan jarak EV hingga 70 km berdasarkan standard CLTC.


Varian turbo, yang digunakan untuk mencatatkan rekod dunia ini, menawarkan kuasa lebih tinggi dengan 355 hp dan 530 Nm. Ia mampu memecut dari 0-50 km/j dalam masa 3.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 205 km/j. Pek bateri 18.67 kWj pada varian ini memberikan jarak EV hingga 145 km dan jarak gabungan maksimum melebihi 2,100 km. Selain itu, varian ini menyokong pengecasan pantas DCFC, di mana pengecasan 30-80% hanya memerlukan masa yang singkat, iaitu 19 minit.
Reka Bentuk dan Dimensi



Reka bentuk luarannya menyerupai model asal dengan beberapa sentuhan baharu seperti lampu belakang LED, reka bentuk bampar belakang yang lebih ringkas dan logo Fulwin A8L pada pintu but.
Dengan panjang 4,790 mm, lebar 1,843 mm dan jarak roda 2,790 mm, A8L adalah 10 mm lebih panjang daripada Fulwin A8.
Kemewahan Ruang Kabin




Model ini menjanjikan keselesaan dengan tempat duduk yang boleh dilaraskan secara automatik dan ada fungsi pemanasan dan pengudaraan. Sentuhan mewah terserlah dengan penggunaan balutan kulit sintetik. Ciri menarik lain ialah sistem audio dengan 8 pembesar suara Sony dan teknologi pemanduan Tahap 2+.
Harga Jualan

Fulwin A8L PHEV ditawarkan dalam lima varian di pasaran China dengan harga bermula dari CNY 109,900 (~RM67,362) hingga CNY 149,900 (~RM91,879). Namun, tiada pengumuman sama ada model ini akan dipasarkan di luar China buat masa ini.
Kredit foto: Autohome China
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4630
SELANGOR
BST7684
JOHOR
JE4121J
PULAU PINANG
PSF6184
PERAK
APL5350
PAHANG
CFH7571
KEDAH
KGJ1529
NEGERI SEMBILAN
NEL8931
KOTA KINABALU
SJU1592
KUCHING
QAB5782P
Terakhir Kemas Kini 20 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat