- Berita
- Berita Auto
- Industri Automotif Negara Catat Pertumbuhan Cemerlang Sepanjang 2024 – Unjuran Ditingkatkan 800K Unit
Industri Automotif Negara Catat Pertumbuhan Cemerlang Sepanjang 2024 – Unjuran Ditingkatkan 800K Unit

Sektor automotif Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh sepanjang tahun 2024, bukan sahaja kerana peningkatan jualan kenderaan yang ketara, tetapi juga kejayaan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama negara, e.MAS 7 oleh Proton, yang menjadi simbol kemajuan negara, sekaligus meningkatkan daya saing sektor automotif di peringkat global.
Trend Positif Jualan Kenderaan

Jualan kenderaan di Malaysia mencatatkan peningkatan sepanjang tahun ini. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) diunjurkan mencecah 800,000 unit, melepasi sasaran asal sebanyak 740,000 unit. Pertumbuhan ini dipacu oleh:
- Pelancaran model baharu menarik.
- Permintaan tinggi dalam segmen mampu milik.
- Strategi promosi agresif oleh pengeluar.
Pertumbuhan positif ini juga disokong oleh ekonomi domestik yang stabil dan pengurusan pesanan pelanggan yang lebih cekap.
Lonjakan Penerimaan EV

Tahun ini menyaksikan lonjakan signifikan dalam penerimaan kenderaan elektrik di Malaysia. Jualan EV melonjak lebih 112% pada separuh pertama 2024 berbanding tahun sebelumnya dalam tempoh yang sama. Dasar kerajaan seperti pengecualian cukai import dan insentif pemasangan tempatan turut merangsang perkembangan ini.
-full.webp)
Stesen pengecas EV di seluruh negara juga terus bertambah, dengan lebih 3,171 stesen telah dipasang setakat September 2024. Sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 10,000 stesen menjelang akhir 2025, selaras dengan misi mengurangkan pelepasan karbon.
Baca: eMO-II, Bakal Menjadi EV TERMURAH Di M'sia, Harga Tidak Lebih RM90,000
Cabaran dan Harapan Menjelang 2025

- Rasionalisasi subsidi bahan api: Langkah ini boleh mengubah pola pembelian kenderaan, terutama dalam kalangan kumpulan pendapatan pertengahan.
- Persaingan sengit: Kehadiran jenama China yang menawarkan harga kompetitif dengan ciri canggih mencetuskan tekanan kepada kepada pemain lain dalam pasaran.
- Kebergantungan kepada EV: Perlu ada keseimbangan antara kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid dan EV untuk memastikan ekosistem industri tidak tergugat.
Bagaimanapun, dengan ringgit yang lebih stabil dan peningkatan gaji penjawat awam, sektor ini dijangka terus berkembang.
Sumber: BERNAMA
Baca: PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak
Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.
21-04-2026
Orang Malaysia Suka Beli Kereta, Itu Sebab Jualan Kereta Mencanak Tahun Lepas
Nampaknya, industri automotif Malaysia melakar sejarah apabila mencatatkan prestasi cemerlang pada 2025 dengan jumlah jualan kenderaan (TIV) sebanyak 820,752 unit.
21-01-2026
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat
MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.
20-12-2025
Jualan Kereta Turun 22% Pada Sept 2025, Ada Sebabnya!
MAA mendedahkan bahawa jualan kenderaan baharu di Malaysia menurun sebanyak 22 peratus pada September 2025 berbanding Ogos lalu (74,479 Unit).
21-10-2025
Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV
MAA menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan, pada hari ini.
06-10-2025
Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas
MAA mendedahkan TIV sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada bulan lepas.
20-08-2025
Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad
Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).
16-07-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

