Harga Tesla Model Y & Model 3 Kini RM8,000 Lebih Murah! – Tesla Malaysia
Tesla Malaysia hari ini mengumumkan bahawa harga bagi kesemua model kenderaannya kini diturunkan sebanyak RM8,000, kecuali model terbaru, Model 3 Performance yang mana tempahannya baru dibuka.
Semakan yang dibuat melalui laman web rasmi Tesla Malaysia mendedahkan bahawa syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu telah mengurangkan harga hampir kesemua model dan varian yang ditawarkan. Berikut adalah senarai harga terbaru kenderaan Tesla di Malaysia:
Model Y
RWD: RM191,000 (Harga asal: RM199,000)
Long Range AWD: RM238,000 (Harga asal: RM246,000)
Performance AWD:RM280,000 (Harga asal: RM288,000)
Model 3
RWD: RM181,000 (Harga asal: RM189,000)
Long Range AWD: RM210,000 (Harga asal: RM218,000)
Performance AWD: RM242,000 (Kekal)
Jenama Tesla kekal mendominasi pasaran EV walaupun industri tersebut kini dipadatkan dengan kemunculan pelbagai jenama dan model baharu terutamanya daripada negara China. Pemotongan harga yang dibuat merupakan sebahagian daripada usaha Tesla untuk meningkatkan angka jualan, sekaligus memberikan saingan yang sengit kepada jenama lain.
Sebelum ini, Tesla dilaporkan telah merendahkan harga Tesla sehingga RM20,000 di pasaran utamanya di Amerika Syarikat dan China. Walaupun tindakan ini telah dilakukan Tesla di peringkat global, tetapi adakah langkah yang sama wajar untuk dilakukan di Malaysia?
Tinjauan di media sosial menunjukkan reaksi bercampur dalam kalangan pemilik, bakal pembeli dan pengguna platform. Ada antara mereka yang bersetuju dengan tindakan Tesla Malaysia dan sebahagiannya lagi tidak bersetuju terutamanya pemilik Tesla kerana ini secara tidak langsung menyusutkan nilai kenderaan mereka di pasaran.
Apa pula pendapat anda tentang isu ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah.
Baca: Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK3926
SELANGOR
BSG3214
JOHOR
JYD3275
PULAU PINANG
PRS4250
PERAK
ANX7457
PAHANG
CFC6092
KEDAH
KGB3962
NEGERI SEMBILAN
NEG4679
KOTA KINABALU
SJL7105
KUCHING
QAB6844L
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Tesla Supercharger Kini Di i-City Finance Avenue – Dari RM1.19/kWj
Tesla Malaysia memperluaskan rangkaian pengecasan pantasnya dengan pembukaan stesen Supercharger V4 baharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam.
11-06-2025
Tesla Model Y di Malaysia: Tiada Lagi "Launch Series", Harga Kekal Sama, Tapi...
Model Y "Launch Series" kini secara rasminya telah habis terjual!
03-04-2025
Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj
Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.
25-02-2025
Tesla Hadapi Kemungkinan Diboikot Di Malaysia? Ini Puncanya...
Tesla kini berdepan dengan kemungkinan untuk diboikot di Malaysia.
21-02-2025
Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April
Model yang diberi kod nama ‘Project Juniper’ ini diperkenalkan secara rasmi di Pavilion Damansara Heights.
18-02-2025
Tesla Takeover Asia 2025 Bakal Berlangsung Di Malaysia 22-23 Feb Ini
Hanya dua tahun selepas Tesla memasuki pasaran Malaysia secara rasmi, negara ini kini diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi acara sulung Tesla Takeover Asia 2025.
03-02-2025
Tesla Model Y: Tesla Model Y 2025 Atau Model Y 2024? Mana Satu Pilihan Pembeli?
Beli atau tunggu? Mana satu pilihan pembeli.
15-01-2025
EVE Energy Malaysia Bakal Sediakan Bateri Untuk Tesla – Kilang Di Kedah, 2,000 Peluang Kerjaya
Khabar angin kini sedang ‘bertiup kencang’ tentang kemungkinan syarikat pengeluar bateri lithium global dengan kilang pengeluaran di Padang Meha, Kedah, EVE Energy Malaysia Sdn. Bhd. (EVE), bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama kenderaan elektrik terkemuka Amerika Syarikat, Tesla.
27-12-2024
Berita Terkini
Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran
SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
16-07-2025
Huawei & BAIC Perkenal Wagon Elektrik Stelato S9T – Muncul Tidak lama Lagi
Huawei melalui HIMA baru-baru ini telah memperkenalkan model wagon elektrik pertamanya, Stelato S9T, yang bakal memasuki pasaran China tidak lama lagi.
16-07-2025
Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road
Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.
15-07-2025
Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya
SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja melalui inisiatif rebat EV MARiiCas.
15-07-2025
BYD Atto 2 Bakal Dilancar 24 Julai Ini, Yang Penting BYD Atto 2 Tiada Pesaing Dari Jenama EV Lain
BYD Atto 2 akan dilancarkan secara rasminya pada 24 Julai ini.
15-07-2025
China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027
China akan mengetatkan penggunaan mod pedal tunggal bermula tahun depan.
15-07-2025
Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan
Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.
15-07-2025
Meta Bright, ChargeSini Jalin Kerjasama Untuk Pacu Infrastruktur Pengecasan EV
Meta Bright Group Berhad menjalin Kerjasama dengan ChargeHere EV Solution Sdn Bhd, dalam usaha pembangunan sektor pengecasan EV yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
12-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat