ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

smart #3 Buat Kemunculan Mengejut Semasa KL Car Free Morning

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Smart--3-Preview-(2).jpg

smart Malaysia (PRO-NET) semalam telah mempertontonkan smart #3 buat pertama kalinya di Malaysia semasa acara  Kuala Lumpur Car-Free Morning (KLCFM) di Dataran DBKL semalam. 


Model #3, yang dijangka dilancarkan di negara kita tahun ini, akan menjadi pilihan jentera lebih besar berbanding smart #1 yang telah diperkenalkan tahun lalu. smart #3 berukuran 4,400 mm (panjang), 1,844 mm (lebar) dn 1,566 mm (tinggi), dengan jarak antara roda 2,785 mm. Berbanding dengan smart #1, model yang dipamerkan ini adalah 130 mm lebih panjang, 22 mm lebih lebar tetapi 80 mm lebih rendah. 


Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus


Smart--3-Preview-(5).jpg


Berdasarkan gambar-gambar yang dikeluarkan di media sosial, kita boleh membuat andaian bahawa model dalam pelekat samaran ini merupakan smart #3 varian tertinggi, Brabus berdasarkan komponen ambilan udara pada bahagian atas bar lampu hadapan. 


Elemen unik yang dapat dilihat daripada model yang dipertontonkan ini ialah penggunaan rim eksklusif, edisi terhad ulang tahun ke-25 smart.


Smart--3-Preview-(3).jpg


Apabila dilancarkan nanti, smart #3 akan ditawarkan turut ditawarkan dalam dua varian lain yang lebih rendah daripada Brabus iaitu Pro+ dan Premium.


Kedua-dua varian ini akan menggunakan motor elektrik tunggal yang menggerakkan roda belakang (RWD) dengan kuasa 268 hp (200 kW). 


Smart--3-Preview-(1).jpg


Sementara itu, varian tertinggi, Brabus, menggunakan dua motor elektrik yang menggerakkan kesemua roda (AWD) membolehkannya menjana output setinggi 422 hp (315 kW). Ini memberikan smart #3 Brabus membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.7 saat. 


Untuk maklumat lebih terperinci mengenai EV terbaru daripada PRO-NET ini, nantikan artikel kami yang akan datang. 






Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPK4861

SELANGOR

BSG3549

JOHOR

JYD3869

PULAU PINANG

PRS4490

PERAK

ANX8042

PAHANG

CFC6381

KEDAH

KGB4104

NEGERI SEMBILAN

NEG4758

KOTA KINABALU

SJL7356

KUCHING

QAB6917L

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.11

+0.03

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025

Berita Berkaitan

EV

Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk

smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.

13-11-2024
EV

Cas EV smart Dengan Diskaun 30% Bermula 6 April Ini Sempena Raya!

smart Malaysia (PRO-NET) menawarkan diskaun istimewa sebanyak 30% kepada semua pemilik kenderaan elektrik (EV) smart

04-04-2024
Kereta Baru

Penghantaran smart #1 Pro Mula Hari Ini – 268 HP, 315 KM, RM189K

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini telah memulakan penghantaran model smart #1 Pro kepada para pelanggan.

07-03-2024
EV

Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina

Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun.

24-01-2025
EV

Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk

smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.

13-11-2024
EV

smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow.

20-09-2024
Berita Auto

Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan

smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.

04-09-2024

Berita Terkini

EV

Kia Carens Clavis Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Murah

Kia telah melancarkan satu lagi model MPV versi elektrik, Kia Carens Clavis di India, baru-baru ini.

17-07-2025
EV

Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

16-07-2025
EV

Huawei & BAIC Perkenal Wagon Elektrik Stelato S9T – Muncul Tidak lama Lagi

Huawei melalui HIMA baru-baru ini telah memperkenalkan model wagon elektrik pertamanya, Stelato S9T, yang bakal memasuki pasaran China tidak lama lagi.

16-07-2025
EV

Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road

Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.

15-07-2025
EV

Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja melalui inisiatif rebat EV MARiiCas.

15-07-2025
EV
EV

China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027

China akan mengetatkan penggunaan mod pedal tunggal bermula tahun depan.

15-07-2025
EV

Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan

Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.

15-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.