PEKEMA Sambut Baik Usaha Kerajaan Tapi

Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menggesa kerajaan supaya mengawal ketat jumlah syarikat yang diberi permit import (AP) terbuka.
Langkah itu dilihat penting bagi memastikan industri automotif negara kekal berdaya saing.
Mengulas mengenai perkara itu, Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin menggesa agar cadangan untuk melantik lebih banyak syarikat AP terbuka dikaji semula sebelum dilaksanakan sepenuhnya.
Pemilihan yang teliti perlu dilakukan untuk memastikan hanya syarikatsyarikat yang mampu menyumbang positif kepada industri automotif yang diberi peluang, dengan penekanan kepada kualiti berbanding kuantiti.
"Keutamaan harus diberikan kepada syarikat-syarikat yang benar-benar layak dari segi pengalaman dan modal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dasar baru yang diumumkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) mengenai pelaksanaan Dasar AP Terbuka yang lebih telus dan inklusif, berkuatkuasa 1 Julai 2024.
Empat syarat utama dikenakan ialah syarikat berkenaan berstatus Sendirian Berhad; pemilikan 100 peratus Bumiputera; mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta; dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kebimbangan sekiranya syarikat-syarikat yang dilantik tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, keadaan ini boleh mengakibatkan kerugian besar kerana kenderaan terpakai (recond) mempunyai kadar susut nilai yang tinggi.
"PEKEMA bimbang sekiranya syarikat yang dilantik tiada pengalaman ini boleh mengakibatkan syarikat mengalami kerugian kerana kereta import terpakai ada susut nilai yang ketara,” tambahnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQD6251
SELANGOR
BSK8460
JOHOR
JYM7844
PULAU PINANG
PRW5639
PERAK
APD3739
PAHANG
CFE4586
KEDAH
KGD4342
NEGERI SEMBILAN
NEH8960
KOTA KINABALU
SJP2851
KUCHING
QAB7425M
Terakhir Kemas Kini 16 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas
PEKEMA menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd untuk membangunkan SenangCas Sdn Bhd.
09-07-2025
MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar
PEKEMA bakal lancar dua model baharu iaitu sedan dan SUV.
10-05-2025
23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar
CADB telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
28-09-2024
Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?
Rasanya, DongFeng mampu menawan hati orang Malaysia tak?
04-08-2024
Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV
CADB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NMSB.
25-06-2024
MITI Akan Nilai Permohonan PEKEMA Bersama MOF
MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.
26-11-2023
Berita Terkini
Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais
Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.
15-12-2025
Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak
Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.
15-12-2025
KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026
KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.
15-12-2025
Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.
15-12-2025
Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan
Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.
15-12-2025
Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk
Kerajaan tidak berhasrat untuk menaik taraf Lebuhraya Persekutuan kerana melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset.
15-12-2025
Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan
Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.
15-12-2025
JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter
Peranti itu akan diberi keutamaan bagi penugasan Bahagian Penguatkuasa dan petugas di kaunter.
14-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat