ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Lagi Laris Dari Hibrid? BYD, Tesla Teratas

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pangkalan data pendaftaran kenderaan  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan bahawa sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 2,453 unit kenderaan elektrik (EV) didaftarkan, mencatatkan 3.32% daripada jumlah keseluruhan pendaftaran kenderaan bagi tahun ini, lapor Soya Cincau


Pasaran Didominasi BYD dan Tesla


CariCarz_SN_BYD-Hartamas-11.jpg


BYD menguasai pasaran dengan model BYD Seal (581 unit), Atto 3 (333 unit) dan Dolphin (131 unit), manakala Tesla Model Y (320 unit) dan Model 3 (316 unit) turut berada dalam kedudukan lima teratas. Secara keseluruhannya, BYD dan Tesla menyumbang 68.5%  daripada jumlah pendaftaran EV pada Mei 2024.


EV-2024-Mei.png


Senarai EV yang didaftarkan sepanjang Mei 2024 (Sumber: data.gov.my via Soya Cincau)


Jenama lain seperti MG, Chery dan GWM juga mencatatkan peningkatan dengan MG4 (106 unit), Chery Omoda E5 (80 unit) dan GWM Ora (68 unit). BMW iX2 pula merekodkan 67 unit, sementara Lotus Eletre masih tersenarai dalam sepuluh teratas dengan 57 unit.


Baca: Lebih 100 Unit Model 3 Performance Sudah Dihantar Dalam 2 Hari


Populariti SUV dan Sedan


Caricarz-Tesla-ModelY-FirstDelivery-Malaysia-(3).jpg


Tesla Model Y


Dari Januari hingga Mei 2024, SUV kekal sebagai pilihan utama dengan Tesla Model Y mendahului (1,458 unit), diikuti oleh BYD Atto 3 (1,451 unit) dan BYD Seal (1,421 unit).


Perkembangan Pasaran EV


Pendaftaran EV meningkat daripada 2% (1,403 unit) pada Januari kepada 3.32% (2,453 unit) pada bulan Mei, melebihi pendaftaran hibrid petrol. Petrol masih menguasai pasaran dengan 87.94%.


Dasar Kerajaan dan Subsidi


chargesini-business-(17).jpg


Pengecas EV ChargeSini


Rasionalisasi subsidi bahan api oleh kerajaan dijangka mempengaruhi keputusan pembelian kenderaan baharu. Struktur cukai jalan EV yang baharu juga diharapkan dapat mengurangkan kos pemilikan EV.


Sumber: Soya Cincau




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG4263

SELANGOR

BSF5053

JOHOR

JYA4985

PULAU PINANG

PRR4956

PERAK

ANW6749

PAHANG

CFC1439

KEDAH

KGA9426

NEGERI SEMBILAN

NEG2387

KOTA KINABALU

SJL3071

KUCHING

QAB5149L

Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.74

EURO 5 B7

RM 2.94

Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025

Berita Berkaitan

EV

05-06-2024

Berita Terkini

EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025
EV

Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Goodwood Festival of Speed.

16-06-2025
EV

DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Selepas ini, pengguna yang menggunakan DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG).

16-06-2025
EV

Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.

12-06-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di i-City Finance Avenue – Dari RM1.19/kWj

Tesla Malaysia memperluaskan rangkaian pengecasan pantasnya dengan pembukaan stesen Supercharger V4 baharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam.

11-06-2025
EV

Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian

Proton memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago.

10-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.