SAH: Model Proton S70 Dipanggil Balik!
Nampaknya pengeluar kereta nasional Proton, telah memanggil balik secara senyap model Proton S70 bagi tujuan pemeriksaan drive shaft untuk model terbabit.
Perkara itu disahkan oleh sumber dalaman Proton dan pemilik Proton S70 kepada pihak editorial kami yang turut menyifatkan bahawa langkah yang diambil itu tidak dihebahkan kepada umum.
Bagaimanapun, sumber dalaman kami tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung punca masalah terbabit dan bilangan model S70 yang terjejas.
Buat masa ini, isu itu tidaklah begitu serius, dan pelanggan tidak perlu risau memandangkan cara penarikan balik seperti itu adalah biasanya dikendalikan oleh pembuat kereta utama seperti Proton.
Seperti dalam kebanyakan pemanggilan semula produk, sama ada dihebahkan atau tidak, kos untuk pemeriksaan, penggantian dan kerja-kerja pembaikan lazimnya ditanggung oleh pembuat kereta itu sendiri.
Dalam sesetengah keadaan, segala pemeriksaan mahupun pembaikan sebenarnya dilindungi di bawah perlindungan waranti kenderaan.
Untuk makluman anda, jualan bagi sedan segmen-C Proton S70 sudahpun mencecah 10,914 unit pada tahun ini , dan ia masih lagi model terlaris dalam kelasnya untuk pasaran tempatan.
Proton S70 dilancarkan pada November tahun lalu dimana ia didatangkan dalam 4 varian dan kesemua varian menggunakan enjin 1.5 liter 3 silinder . Model ini mampu menghamburkan kuasa setakat 148 hp dan tork 226Nm dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 9 saat.
Gallery





Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPR3847
SELANGOR
BSH5724
JOHOR
JYG3024
PULAU PINANG
PRT7647
PERAK
APA9453
PAHANG
CFD4024
KEDAH
KGC1643
NEGERI SEMBILAN
NEG9466
KOTA KINABALU
SJM4810
KUCHING
QAB1175M
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.16
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025
Berita Berkaitan
Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas
Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.
12-08-2025
Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series
Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.
29-06-2025
Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90
Jualan kumpulan melonjak 23.9% berbanding Februari dengan semua model menunjukkan pertumbuhan positif
09-04-2025
Serlahkan Kreativiti Beraya Dengan S70, Proton Tawar Hadiah Tunai Lumayan
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Proton mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan #RAYASTYLOWITHS70.
18-03-2025
Proton S70 Berjaya Tambat Hati Rakyat M'Sia Sebab Harga Mampu Milik!
Lebih 18,000 Proton S70 terjual tahun lalu.
13-03-2025
Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!
Proton Saga tetap mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas.
10-03-2025
Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih
Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
25-02-2025
Juara Miss Asia 2024 Dianugerah Proton S70
Proton menyerahkan sebuah Proton S70 kepada pemenang Miss Asia 2024, baru-baru ini.
25-02-2025
Berita Terkini
Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.
04-09-2025
Harga Minyak Kekal Hingga 10 September Depan
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 4 September hingga 10 September depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
04-09-2025
Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan
HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants.
02-09-2025
Kereta Dilanggar & Anda Tak Bersalah? Boleh Tuntut Insurans Sendiri, NCD Kekal
Pemandu yang tidak bersalah dan memiliki polisi insurans komprehensif kini boleh membuat tuntutan terus kepada syarikat insurans sendiri tanpa perlu menunggu pihak lawan.
02-09-2025
GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka
GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
02-09-2025
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya
‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.
01-09-2025
Isuzu Buka Cawangan Di Kuantan, Pahang
Isuzu Malaysia meraikan pembukaan cawangan baharunya di Kuantan, Pahang, sebentar tadi.
29-08-2025
Chery Malaysia Sokong Usaha Perlindungan Spesies Tuntung Sungai Terancam
Chery Malaysia mendedahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar melalui sokongan yang diberikan kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia.
29-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat