Ciri Terbaru Aplikasi Gentari Go Hilangkan Keresahan Gerak Jauh Dengan EV

Gentari memperkenalkan Go Trip Planner, ciri baharu dalam aplikasi mudah alih Gentari Go. Direka untuk memudahkan pemilik kenderaan elektrik (EV) merancang perjalanan jarak jauh.
Solusi Cabaran Perjalanan Jarak Jauh
Bagi ramai pemilik EV, terutamanya mereka yang baru beralih kepada EV, salah satu cabaran terbesar adalah perancangan perjalanan jarak jauh.
Sebelum ini, aplikasi pihak ketiga seperti PlugShare dan A Better Route Planner (ABRP) sering digunakan untuk mencari stesen pengecasan dan mengurangkan kebimbangan tentang jarak perjalanan.
Namun, dengan kehadiran Go Trip Planner, semua fungsi ini kini digabungkan dalam satu platform yang mesra pengguna, menjadikan proses perancangan lebih mudah dan efisien.
Rangkaian Pengecasan Yang Luas
-full.jpg)
Salah satu kelebihan Go Trip Planner adalah liputan rangkaian pengecasannya yang luas. Aplikasi ini memaparkan semua stesen pengecasan yang tersedia sepanjang laluan perjalanan yang dipilih, termasuk pengecas milik Gentari sendiri serta rakan-rakan roaming seperti ChargEV dan JomCharge.
Dengan akses kepada rangkaian pengecasan terluas di Malaysia, pengguna diberi kebebasan untuk memilih lokasi pengecasan yang paling sesuai dengan keperluan.
Masa & Keselesaan Pengguna Dioptimumkan
Dibina berdasarkan prinsip “mengecas ketika berhenti, bukan berhenti untuk mengecas,” aplikasi ini menggalakkan pengguna untuk mengintegrasikan aktiviti pengecasan dengan waktu rehat seperti berhenti makan. Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga meningkatkan keselesaan pengguna.
-full.jpg)
Selain itu, aplikasi ini mengoptimumkan kecekapan pengecasan dengan mencadangkan beberapa sesi pengecasan singkat berbanding pengecasan penuh dalam satu sesi. Untuk maklumat pengguna, EV biasanya dapat dicas lebih pantas apabila berada dalam julat pengecasan optimum, iaitu ketika bateri tidak terlalu kosong atau terlalu penuh. Dengan cara ini, sesi pengecasan yang lebih pendek bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga lebih berbaloi dari segi kos.
Ciri Tambahan Untuk Pengalaman Lebih Lancar

Go Trip Planner turut dilengkapi data masa nyata seperti ketersediaan pengecas, status Battery Energy Storage System (BESS) dan waktu puncak penggunaan pengecas Gentari. Maklumat ini membantu pengguna mengelakkan kelewatan dan memastikan perjalanan yang lebih lancar.
Buat masa ini, ciri ini tersedia secara akses awal untuk pelanggan Power Pass, tetapi akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi. Dengan ini, semua pemilik EV di Malaysia akan dapat menikmati kemudahan perancangan perjalanan yang ditawarkan oleh aplikasi ini.
Baca: Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat