- Berita
- Kereta Baru
- Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20
Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20

Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.
Menurut Isuzu Malaysia, model ini direka sebagai “jentera kerja mesra inflasi” atau “inflation-beating workhorse" yang sesuai untuk perniagaan bandar dan subbandar. Ciri-cirinya menyokong pelbagai keperluan operasi kerana lebih kos efektif, memiliki ruang muatan yang luas dan rekaan yang memudahkan proses pemuatan dan pemunggahan.
Trenkuasa D-Max Low-Ride 4x2 MT
Varian Low-Ride 4x2 MT ini memiliki spesifikasi mekanikal yang serupa dengan model D-Max 1.9L Single Cab, tetapi dengan beberapa penambahbaikan. Ia dikuasakan oleh enjin turbo diesel 1.9 liter 4 silinder yang terkenal dengan ketahanan. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi manual 6 kelajuan.
Baca: Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli
Sarat Ciri Praktikal

Rekaan “Low-Ride” menjadikan dek muatannya hanya setinggi 78 cm dari tanah, memudahkan barangan untuk diangkat masuk dan dikeluarkan dari trak. Selain itu, varian ini hadir dengan dwi-kabin, menawarkan ruang yang selesa, mampu memuatkan sehingga lima penumpang.

Walaupun diposisikan sebagai model mampu milik, D-Max Low-Ride 4x2 MT dilengkapi pelbagai ciri praktikal dan premium. Antaranya tempat duduk dalam balutan fabrik, sistem audio dengan sokongan Bluetooth, stereng dengan pelarasan kecondongan (tilt) dan teleskopik, central-locking dan cermin sisi dengan sistem pelarasan automatik.
Dari segi keselamatan, varian ini dilengkapi sistem seperti ABS, EBD, BA, kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan cengkaman (TCS). Selain itu, ia turut hadir dengan fungsi bantuan mula daki (HSA) dan kawalan turun bukit (HDC) untuk membantu kawalan ketika mendaki atau menuruni cerun.
Harga Jualan & Jaminan
Tempahan kini boleh dibuat di semua pengedar sah Isuzu di seluruh negara. Harga atas jalan tanpa insurans bagi varian ini adalah RM92,199.20 di Semenanjung Malaysia, RM94,279.60 di Sabah dan RM 94,170.30 di Sarawak. Setiap pembelian juga disertakan jaminan lima tahun atau 150,000 km, mana yang terdahulu.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi mana-mana pengedar sah Isuzu, atau lawati laman web rasmi Isuzu Malaysia ataupun halaman Facebook rasmi D-Max Malaysia.
Baca: Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9142
SELANGOR
BSQ9127
JOHOR
JYB375
PULAU PINANG
PSD1837
PERAK
APJ3044
PAHANG
CFG8104
KEDAH
KGG5684
NEGERI SEMBILAN
NEK6829
KOTA KINABALU
SJS4605
KUCHING
QAB221P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial
Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
03-02-2026
Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden
Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.
24-11-2025
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan
Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.
29-07-2025
Yamaguchi Kini CEO Baharu Isuzu Malaysia
Isuzu Malaysia telah melantik Tomoyuki Yamaguchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, pada 24 April lalu.
28-04-2025
Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?
Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.
21-04-2025
Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik
Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.
26-02-2025
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat