ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition Dilancarkan Di AS – 300 Unit, Dari RM158K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-MX-5-Miata-35thAnniversaryEdition-3.jpg


MX-5 Miata edisi khas diperkenalkan


Roadster kegilaan ramai, Mazda MX-5 Miata, meraikan ulang tahun yang ke-35 tahun ini. Untuk meraikan kegemilangannya yang telah mencecah hampir empat dekad, Mazda memperkenalkan model edisi khas, MX-5 Miata 35th Anniversary Edition, yang dilancarkan ketika acara perlumbaan 24 Hours of Daytona 2025 minggu lalu.


Dibangunkan berdasarkan varian Grand Touring khas pasaran Amerika Syarikat (AS), model edisi khas ini menampilkan pelbagai sentuhan eksklusif serta ciri unik yang membezakannya daripada model standard.


Reka Bentuk Elegan Dengan Warna Eksklusif


Mazda-MX-5-Miata-35thAnniversaryEdition-4.jpgMazda-MX-5-Miata-35thAnniversaryEdition-6.jpg


Sekilas pandang, Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition kelihatan menyerlah dengan warna merah eksklusif Artisan Red Metallic. Warna premium ini digandingkan dengan bumbung lembut (soft-top) berwarna kuning air (beige) membuatkannya kelihatan elegan. Selain itu, model ini turut dipasangkan dengan logo bersiri yang eksklusif serta rim aloi multi-jejari 17 inci.


Mazda-MX-5-Miata-35thAnniversaryEdition-1.jpgMazda-MX-5-Miata-35thAnniversaryEdition-2.jpg


Ruang kabin pula menyerlahkan aura premium dengan  kehadiran upholsteri kulit Nappa berwarna perang dan karpet lantai yang sepadan. Kemasan berwarna Artisan Red  turut diberikan di beberapa bahagian kabin untuk mengharmonikannya dengan rekaan luaran.


Ciri istimewa lain termasuk sulaman "35th Anniversary" pada perehat kepala, sistem audio premium Bose dengan pembesar suara dalam perehat kepala, skrin infotainmen pusat bersaiz 8.8 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, serta cermin pandang belakang dengan fungsi pemalapan automatik (auto dimming).


Prestasi Sama, Pengendalian Lebih Mantap


Tiada peningkatan pada aspek trenkuasa, edisi ulang tahun ini masih dilengkapi enjin Skyactiv-G 2.0 liter empat silinder aspirasi natural yang mampu menghasilkan 181 hp dan tork 205 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda belakang (RWD) melalui  pembeza gelincir terhad atau limited-slip differential (LSD).


Namun, untuk meningkatkan pengalaman pemanduan, Mazda melengkapkan model ini dengan penyerap hentak Bilstein yang ditala khas serta shock tower brace untuk pengendalian yang lebih baik. Gabungan ini memastikan MX-5 Miata 35th Anniversary Edition memiliki prestasi pengendalian yang lebih responsif, sesuai dengan reputasinya sebagai sebuah kereta sport ikonik.


Terhad Hanya 300 Unit, Harga Bermula RM158,620


Mazda-MX-5-Miata-35thAnniversaryEdition-5.jpg


Mazda hanya menghasilkan 300 unit MX-5 Miata 35th Anniversary Edition untuk pasaran global. Model ini dijual pada harga $36,250 (~RM158,620), lebih tinggi berbanding varian Grand Touring pasaran AS yang berharga $34,630 (~RM151,532).


Sebagai perbandingan, versi pasaran Jepun (JDM) bagi MX-5 (atau Roadster) dijual bermula dari JPY 3.753 juta (~RM105,226) dengan model ulang tahun ini tersedia dalam versi enjin 1.5 liter dan 2.0 liter.

Baca: Mazda MX-5 Versi Perlumbaan, Spirit Racing, Bakal Dipertontonkan Di Tokyo Auto Salon 2025

Baca: Trump Batal Mandat & Inisiatif EV Biden – Langkah 'Tidak Bijak' Jejas Masa Depan EV AS?

Baca: Mazda CX-60 Rally Concept Diperkenalkan – Kerusi 'Bucket' Karbon Recaro, Spoiler

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQM3617

SELANGOR

BSM5711

JOHOR

JYR6376

PULAU PINANG

PRY7644

PERAK

APF3570

PAHANG

CFF3703

KEDAH

KGE4056

NEGERI SEMBILAN

NEJ5496

KOTA KINABALU

SJQ3437

KUCHING

QAB2575N

Terakhir Kemas Kini 22 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.99

EURO 5 B7

RM 3.19

Terakhir Kemas Kini 19 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Mazda secara rasmi telah melancarkan MX-5 35th Anniversary Edition atau Edisi Ulang Tahun ke-35 di Thailand.

03-04-2025
Global

Toyota GR86 & Subaru BRZ 'Hilang' Dari Pasaran Eropah

Penduduk Eropah kini menyaksikan kematian dua buah lagi kereta sport.

08-02-2024
Global

Paten Terbaharu Mazda Didedahkan: Kereta Sport Dengan Enjin Rotari

Mazda telah mengemukakan permohonan paten kepada US Patent and Trademark Office pada 2021. Ini yang kita ketahui setakat ini.

19-05-2023
Kereta Baru
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Kereta Baru
Global

Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Mazda secara rasmi telah melancarkan MX-5 35th Anniversary Edition atau Edisi Ulang Tahun ke-35 di Thailand.

03-04-2025

Berita Terkini

Global

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026
Global

Kelibat SUV Gah XPeng G02 Mula 'Menghantui' Jalan Raya China

Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, XPeng, dikesan sedang giat menguji model SUV terbarunya yang diberi kod nama G02.

19-02-2026
Global

Kerajaan China 'Hilang Sabar' Dengan Trend Minimalis, Stereng 'Yoke', Kawalan Skrin Sentuh Bakal Diharamkan?

Dalam satu langkah drastik untuk memperkasakan keselamatan jalan raya, China bakal mengharamkan penggunaan stereng jenis 'yoke' (separuh) dan mewajibkan semula penggunaan butang fizikal.

16-02-2026
Global

Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?

Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat

04-02-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI

Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.

30-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.