Toyota GR86: Wanita Pun Boleh Pandu, Tak Susah Mana
Pada bulan lepas, penulis diberi kesempatan untuk menguji keupayaan Toyota GR86 yang dahulunya dikenali sebagai GT86.
Dengar cerita, bagi yang mempunyai lesen kereta manual, ia tidak menjadi masalah besar buat mereka untuk memandu kereta ini.
Namun sangkaan saya meleset apabila saya diberi peluang untuk pusing-pusing dengan Toyota GR86 di sekitar pejabat kami yang terletak di Serdang Raya, Selangor.
Bukan apa, sebaik saya melangkah masuk dan menghidupkan enjinnya lalu memasukkan gear, kereta masih tak jalan.
Rupa-rupanya, ia bukannya macam nak bawa kereta Perodua Viva manual yang aku pakai lebih 15 tahun lalu.
Sebabnya, klac kereta ini agak panjang sedikit berbanding kereta manual. Maka, cara mengimbangkan klac dengan gear minyak mengambil sedikit masa untuk aku.
Walaupun, enjinnya mati dalam 4, 5 kali, mujurlah rakan sekerja saya ikut sekali ketika nak test drive.
Memang gabra sedikit, tapi bila dah cuba banyak kali, tak susah mana pun nak bawa GR86.
Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan.
Lagi satu, siapa kata perempuan tak boleh bawa Toyota GR86?
Tak susah mana pun ya, asalkan korang boleh kendali kereta manual, cuma yang ini, korang kena ambil masa sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan gearnya.
Yang lain-lain, tiada masalah!
PANDU UJI!
Bercakap mengenai prestasinya, sebelum itu, saya ingin bercerita mengenai enjin yang digunakan.
Toyota GR86 menggunakan enjin boxer empat silinder baharu yang mempunyai sesaran 2.4 liter.
Enjin aspirasi semulajadi itu mampu menghamburkan kuasa setakat 234 hp dan tork 250 Nm.
Ia dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan.
Maka, tidak hairanlah mengapa ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 6.8 saat manakala kelajuan maksimumnya pula ialah 226 km/j.
Bercakap mengenai GR86, orang kata “Fun To Drive”.
Memang betullah kata-kata orang luar, ia memang seronok untuk dipandu kerana pecutannya lebih padu, bunyinya yang mengaum dan yang penting, pengendaliannya yang cukup mantap!
Bagi saya pecutannya jentera ini lain macam dan menurut rakan sekerja saya, Thoriq Azmi, pecutannya lebih kuat berbanding sebelum ini.
Gara-gara tidak begitu arif dengan kereta sports, Thoriq membawa saya untuk merasai pemanduannya yang benar.
Pendek kata, bab-bab macam ini, of courselah kerja lelaki untuk mendengar secara live ngauman enjinnya.
Apa yang pastinya, deruman enjinnya cukup mengujakan ketika dipandu laju. Sudah menjadi lumrah, bunyi enjin menjadi faktor utama untuk mana-mana kereta sports.
Jika kereta sports tiada deruman bunyi enjin, maka tak ghairalah kita nak bawa sangat!
Sebaliknya, apa yang saya mendapati ialah apabila gearnya berada di gear 4, bunyinya seolah-olah fake, tapi taklah teruk mana pun.
Di sebalik bunyi kereta sports, bagi saya sebagai pemandu, kita amat menitikberatkan mengenai aspek pengendaliannya.
Disebabkan enjin boxernya terletak di tengah-tengah axle depan, maka sterengnya cukup lincah.
Pendek kata, kalau bawa kawasan berbelok, memang sedaplah.
Ini kerana ia dibantu dengan suspensi hadapan MacPherson Strut serta belakang Double Wishbone. Malah, terdapat juga Stabiliser dengan spring dan penyerap hentakan talaan GR bagi meningkatkan lagi keseronokan.
Selain itu, bagi yang memandu kereta GR86 manual saya cuma mahu ingatkan, janganlah ambil masa begitu cepat untuk menukar gearnya kerana anda perlu beri sedikit masa untuk RPMnya jatuh.
Jika anda membuat pertukaran gear dengan cepat, ini membuatkan kereta itu sedikit tersentap.
Maknanya, bagilah dia menarik nafas sedikit sebelum membuat pertukaran gear. Apapun, walaupun pecutannya padu, ia sebenarnya boleh digunakan untuk kegunaan harian.
Ia sebenarnya sama sahaja dengan kereta manual yang lain, ia tetap boleh digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja.
Secara keseluruhannya, bagi yang nak berjinak dengan kereta sports, bolehlah beli kereta GR86 sebelum tukar kepada kereta sports yang lebih power.
Ia tidak seperti adik-beradiknya yang lain (Corolla dan Supra), anda kena tahu GR86 direka untuk menjadi kereta sport RWD yang ringkas dan ringan supaya ia mudah dan seronok dipandu.
Disebabkan GR86 tidak disertakan dengan GR-Four AWD seperti GR Corolla, namun GR86 masih mendapat mod pemanduan 'Track' . Ia ditambah dengan butang untuk melepaskan kawalan cengkaman kereta untuk pemanduan yang lebih seronok.
Sebalinya, output kuasanya dikatakan agak sederhana sekali gus membuatkan mod trek GR86 tidakdapat mengeluarkan sebarang kuasa tambahan pada roda belakang kereta.
Ia cuma melonggarkan sedikit kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (VCS) kereta bagi membolehkan anda memandunya dengan seronok tanpa ada halangan.
Bagi saya, ia adalah kereta sports yang sangat simple, tiada butang canggih sangat sport yang sangat simple (ringkas) tanpa terlalu banyak elektronik atau turbo
Jadi, jika anda berkemampuan dan mendambakan kereta sports, mungkin ini pilihan terbaik!
Apapun, tanya poket dulu.
BADAN MONTOK!
Selain pandu uji, menjengah bahagian luarannya, GR86 hadir dengan rekaan berbentuk bulat dan montok sedikit manakala gril hadapannya agak condong ke bawah.
Bagaimanapun, jika sekilas pandang, nampaknya GR86 ada rupa macam kereta Porsche.
Betul tak?
Selain stereng, logo GR turut dipasang di hadapan gril, di atas butang penghidup enjin dan bahagian belakang.
Selain itu, Toyota dilihat menggunakan hud depan dan bumbung yang diperbuat daripada aluminium yang sebenarnya bertujuan untuk merendahkan kedudukan pusat graviti selain menambah baik pengendalian jentera ini.
Selain itu, beberapa bahagian seperti saluran udara di tepi tayar juga menggunakan material plastik termasuk di belakang.
Menyentuh mengenai tayarnya, ia dibalut dengan dengan tayar 215/40 dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18 inci.
Untuk rekaan model ini, ia hadir dengan gril 'matrix' serta bahagian sisi dengan 'air ducts' selain lampu utama -Bi-LED dan pada bahagian belakang.
Selain itu, satu-satunya varian tunggal ini dipasang dengan dengan dwiekzos dan spoiler 'ekor itik' pada pintu but bagi menyerlahkan lagi ciri erodinamik.
Bagaimanapun, GR86 baharu ini tidak disertakan dengan brek kaliper khusus GR seperti yang kami lihat pada GR Corolla.
Apa yang membuatkan ia mengancam, ia cuma hadir dengan dua pintu. Dari sini, anda mungkin sudah faham bagaimana pula dengan keadaan kabinnya.
Bagaimana kabin kereta sports?
Mungkin bukan ramai yang sudah membiasakan diri dengan susun atur kabin kereta sports.
Yang pertama, ia hadir dengan cermin tanpa bingkai. Ketika melangkah masuk ke dalam kereta ini, saya sudah dapat merasakan ia kereta sports kerana tempat duduknya jenis bucket.
Tempat duduknya juga dibalut dengan material kulit dan suede berserta kemasan hitam dan merah dengan larasan elektrik untuk pemandu dan penumpang.
Ia juga hadir dengan sistem infotainmen bersaiz 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta terdapat enam pembesar suara.
Untuk kenyamanan ia dilengkapi pendingin hawa dwizon automatik dan pemandu disediakan dengan meter TFT bersaiz 7 inci dengan roda stereng tiga jejari boleh laras dengan pedal gear.
Tidak ketinggalan, instrumen digital separa dengan reka bentuk GR dan terdapat beberapa port pengecas USB.
Sementara itu, brek tangannya juga terpacak seperti kereta manual yang lain .
Apapun, GR86 ini juga mendapat beberapa sentuhan premium, seperti stereng kulit GR dan karpet GR.
Bagaimanapun bahagian penumpang belakang yang sempit menjadikan ia lebih sesuai untuk anak-anak kecil.
Penulis yang hanya melangkah masuk ke bahagian belakang, saya berasa semput sedikit kerana ruangnya cukup terhad.
Secara keseluruhannya, kabin GR86 sebenarnya banyak ditambah baik berbanding model terdahulunya.
Selepas membaca kupasan saya, mungkin ada yang tertanya-tanya, berbaloikah beli Toyota GR86?
BERBALOI KE BELI?
Selain prestasi dan pemanduan yang menyeronokkan, Toyota GR86 sebenarnya melambangkan ia merupakan sebuah kereta klasik tetapi masih moden.
Walaupun ia dianggap sebuah kereta berprestasi 'paling mampu milik' di kebanyakan pasaran antarabangsa, namun senario itu mungkin tidak sama di Malaysia.
Unit pandu uji ini dijual pada harga RM295,000 dan pastinya tanda harga itu membuatkan ada yang tidak berpuas hati apatah lagi keadaan kabinnya yang ngam-ngam.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa terdapat pilihan lain yang lebih murah di luar sana, seperti Volkswagen Golf GTI (RM252,990), yang menawarkan pemanduan menyeronokkan yang hampir sama .
Selain Volkswagen, ada yang mungkin menganggap baik beli Mazda MX-5 Miata.
Dalam beberapa dekad yang lalu, Mazda MX-5 Miata telah menjadi salah satu kereta sports paling popular di pasaran yang menggabungkan keberkesanan kos dengan sempurna dan pengalaman pemanduan yang mudah tetapi sengit.
Tapi Toyota GR86 juga merupakan tawaran popular, tetapi dalam segmen yang berbeza
Seperti diketahui umum, Mazda MX-5 dan Toyota GR86 telah menjadi saingan hebat dalam pasaran kereta sport mampu milik kerana kedua-duanya menekankan pengalaman pemanduan.
Namun semuanya bergantung pada poket dan selera masing-masing.
Lagipun, penawaran model Japan Domestic Market yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor sebenarnya adalah satu keistimewaan memandangkan GR86 kini sudah tidak dikeluarkan di beberapa pasaran antarabangsa.
Pada hemat saya, sekiranya anda memang meminati kereta sports dan berkemampuan, maka Toyota GR86 adalah pilihan terbaik!
SPESIFIKASI
2024 TOYOTA GR86 6MT
ENJIN |
2.4-litre 4-cyl naturally-aspirated 'Boxer', petrol |
DRIVELINE |
6-speed manual, RWD with Rear LSD |
KUASA |
234 HP @7,000 RPM |
TORK |
250 NM @3,700 RPM |
0-100 KM/J |
6.8 saat |
V-MAKS |
226 KM/J |
BAHAN API |
- |
BERAT |
1,291 KG |
HARGA |
RM295,000 |
Gallery





























Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG4347
SELANGOR
BSF5076
JOHOR
JYA5080
PULAU PINANG
PRR4984
PERAK
ANW6804
PAHANG
CFC1457
KEDAH
KGA9451
NEGERI SEMBILAN
NEG2394
KOTA KINABALU
SJL3102
KUCHING
QAB5152L
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
EURO 5 B7
RM 2.94
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Innova Zenix Bikin Otak Tenang, Boleh Jadi "Selera" Kayangan?
Ini komen dari luhur hati seorang mak-mak.
01-01-2024
PANAS!!! Toyota Corolla GR Sport Masuk Isnin Ini?
Tunggu pengumuman rasmi UMWT, pada Isnin ini.
26-08-2023
Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak
Peraduan Toyota Dream Art terbuka kepada semua kanak-kanak di Malaysia.
01-11-2022
Program Pembangunan Pelumba Muda UMW Toyota Berjaya Asah Kemahiran Pemanduan Anak Muda
Program Pembangunan Pelumba Muda yang diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor dan GAZOO Racing sejak dua tahun lalu kini menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan.
25-07-2022
Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?
Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.
23-05-2025
Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315
Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.
06-05-2025
Keanu Reeves Rupanya Pelumba Hebat! GR86 Meluncur Laju Semasa Toyota GR Cup Series
Keanu Reeves baru-baru ini mempertontonkan kemampuannya sebagai pelumba yang hebat dalam siri perlumbaan profesional Toyota GR Cup Series.
07-10-2024
Tempahan Toyota GR86 2024 Kini Dibuka – Dari RM295K
UMW Toyota Motor (UMWT) kini juga membuka tempahan untuk Toyota GR86 2024.
16-08-2024
Berita Terkini
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat