ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Jenama Kereta Paling Bernilai Dunia – Tesla Semakin Merudum

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Review_Toyota-Innova-Zenix-2.0V-Hybrid_-3.jpg


Toyota berjaya 'merampas' kedudukan Tesla sebagai jenama paling bernilai 


Selepas berdepan dengan kemerosotan jualan akibat pandemik, Toyota kini kembali mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama automotif paling bernilai di dunia. Menurut laporan terbaru daripada Brand Finance 2025, syarikat automotif Jepun itu berjaya menduduki tangga teratas, mengatasi Tesla yang kini jatuh ke tangga keempat, turun dua anak berbanding laporan tahun 2024.


Nilai Toyota Melonjak Tinggi


Caricarz-TA-MercedesBenz-E-Class-W214-MYLaunch-Ext-5.JPGCaricarz-MBA-Hyundai-Ioniq5N-MYPreview-5.jpg


Laporan tersebut menganggarkan nilai semasa Toyota adalah $64.73 bilion (~RM286 bilion), meningkat sebanyak 23% berbanding $52.67 bilion (~RM256 bilion) pada tahun sebelumnya. Prestasi ini membolehkan Toyota mendahului jenama lain seperti Mercedes-Benz dan Hyundai Group, yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga dengan nilai $53 bilion (~RM235 bilion) dan $46.25 bilion (~RM205 bilion).


Kejatuhan Tesla


Caricarz-Tesla-ModelY-FirstDelivery-Malaysia-(2).jpgWeb_CariCarz_Tesla-Model-3-02.jpg


Sebaliknya, Tesla menyaksikan penurunan nilai yang ketara daripada $58.3 bilion (~RM259 bilion) pada tahun 2024 kepada hanya $43 bilion (~RM191 bilion) pada tahun 2025. Penurunan ini dikaitkan dengan barisan produk Tesla yang semakin ketinggalan zaman, serta kontroversi yang melibatkan pengasasnya, Elon Musk. Aktiviti dan kenyataan Musk di luar industri automotif, termasuk pandangan politiknya, turut menyumbang kepada kemerosotan nilai syarikat itu.


Baca: EVE Energy Malaysia Bakal Sediakan Bateri Untuk Tesla – Kilang Di Kedah, 2,000 Peluang Kerjaya


Penilaian Yang Komprehensif 


Penilaian ini tidak dibuat berasaskan prestasi saham atau angka jualan semata-mata, kerana Brand Finance menggunakan pendekatan komprehensif. Ia merangkumi tinjauan terhadap ribuan pengguna untuk mendapatkan persepsi terhadap jenama, di samping faktor luaran lain yang mempengaruhi nilai jenama.


Toyota Dalam Senarai Global


BrandFinance-Global500-2025.jpg


Walaupun prestasi Toyota dalam sektor automotif cukup memberangsangkan, jenama ini masih jauh di belakang syarikat teknologi gergasi seperti Apple, Microsoft dan Google dalam senarai keseluruhan. Apple menduduki tempat pertama dengan nilai $574.5 bilion (~RM2.556 trilion), diikuti Microsoft ($461.1 bilion, ~RM2.052 trilion) dan Google ($356.4 bilion, ~RM1.586 trilion). 


Baca: Apple Car Tak Akan Jadi Kenyataan, Digantikan Dengan Projek Baharu...


Toyota berada di kedudukan ke-18 dalam senarai global, manakala Mercedes-Benz, Hyundai Group dan Tesla masing-masing berada di tempat ke-23, ke-29, dan ke-36.


Sumber: Brand Finance 


Baca: Toyota Corolla GR Sport 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM149,800, Guna Sistem Transmisi Lebih Sporty!


Baca: Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran – Dari RM315,800, Prestasi Kini Lebih 'Menggerunkan'


Baca: HEV Toyota Teknologi Mampan Yang Lebih Praktikal Berbanding EV?


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS2271

SELANGOR

BSU1401

JOHOR

JF384J

PULAU PINANG

PSF9490

PERAK

APL8039

PAHANG

CFH8716

KEDAH

KGJ3035

NEGERI SEMBILAN

NEM1410

KOTA KINABALU

SJU3520

KUCHING

QAB6589P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.