Nio Keluarkan Bateri Boleh Capai Jarak EV 1,055 KM Secara Besar-Besaran!
-full_normal.webp)
Syarikat pemula (startup) kenderaan elektrik (EV) China, Nio, mendedahkan bateri keadaan-separa-pepejal pertama dunia yang dihasilkan secara besar-besaran. Bateri dengan kepadatan tenaga yang tinggi ini menjanjikan jarak perjalanan sehingga 1,055 km!
Sebelum bateri inovatif ini berjaya dibangunkan, Nio hanya menawarkan EV yang dipasangkan sama ada dengan bateri berkapasiti 75 kWj atau 100 kWj. Pelanggan juga boleh memilih untuk melanggan perkhidmatan bateri secara berasingan daripada EV yang dibeli.
-full_normal.webp)
Kini, Nio berhasrat untuk memperkenalkan pilihan bateri yang baharu untuk langganan, berkapasiti 150 kWj yang dioptimumkan untuk perjalanan jarak jauh, menjanjikan jarak EV sehingga 1,055 km.
Bateri keadaan-separa-pepejal 150 kWj yang telah dibangunkan dengan kerjasama WeLion New Energy Technology boleh menyimpan tenaga sebanyak 360 Wj/kg dalam setiap satu sel dan 260 Wj/kg untuk keseluruhan pek bateri (kesan daripada penggunaan komponen lain). Termasuk di dalam pek bateri ini adalah sistem penyejukan yang enam kali lebih berkuasa berbanding bateri biasa, sekaligus meningkatkan kecekapannya.
-full_normal.webp)
Walaupun memberikan kapasiti keseluruhan 150 kWj, bateri ini hanya 676 kg atau 20 kg lebih berat berbanding bateri 100 kWj Nio. Untuk perbandingan, berat bateri LFP daripada pesaingnya, BYD, dengan kapasiti 135.5 kWj ialah 903 kg!
Ketua Pegawai Eksekutif Nio, William Li, telah menguji sendiri kemampuan bateri 150 kWj ini yang dipasangkan pada EV Nio ET7. Melalui ujian tersebut, beliau berjaya menempuhi perjalanan sejauh 1,044 km dengan hanya sekali cas.
Sumber: CarNewsChina
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Selain UK: Nio Firefly Juga Bakal Masuk Malaysia?
UK akan menjadi salah sebuah negara yang akan turut menerima Nio Firefly seawal Oktober tahun ini.
05-06-2025
Nio Dedah Firefly, EV Kompak Belum Pernah Nampak Di M'sia Lagi!
Nio mendedahkan kenderan elektrik pertamanya, Nio Firefly, baru-baru ini.
23-12-2024
Pesaing Model Tesla S Dah Sampai
Nio ET9 dikatakan mampu menewaskan model EV popular yang lain.
27-12-2023
NIO ET5, EV Dengan Jarak Perjalanan 1000KM Bakal Diserahkan Kepada Pembeli Tak Lama Lagi
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, NIO, baru-baru ini telah mendedahkan foto-foto yang menunjukkan prototaip pengesahan ET5.
03-02-2022
Kumpulan Pertama NIO ES8 telah dihantar ke Norway
NIO, syarikat automobil yang berpangkalan di Shanghai telah memulakan penghantaran kumpulan pertama NIO ES8 dari Pelabuhan Waigaoqiao, Shanghai ke Norway pada 20 Julai lalu.
27-08-2021
Kilang Cip Malaysia Gantung Operasi – Tesla, Ford, Nissan Antara Yang Terkesan
Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor yang ketujuh terbesar di dunia.
25-08-2021
NIO Dapat Kelulusan, ES8 Sedia Tembusi Buat Pertama Kali Pasaran Luar Negara!
NIO mengesahkan bahawa kereta SUV elektrik pintarnya menerima proses Kelulusan Jenis Kenderaan Seluruh Eropah (EWVTA) baru-baru ini.
05-08-2021
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
