ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-9.jpg


Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Model ini diberikan karakter ranggi dan tahan lasak yang membolehkannya menempuhi perjalanan penuh cabaran termasuk off-road


Model Elektrik Cross Country Pertama Volvo


web_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-14.jpgweb_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-11.jpgweb_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-2.jpg


EX30 Cross Country mencatat sejarah sebagai kenderaan elektrik (EV) pertama Volvo yang menerima sentuhan ranggi Cross Country. Sebelum ini, versi Cross Country hanya ditawarkan pada model wagon seperti V60 dan V90 serta hatchback V40.


Berbeza dengan EX30 standard, varian Cross Country tampil lebih agresif dengan badan lebih tinggi sebanyak 19 mm dan dilengkapi pelindung bawah badan (skidpate) yang lebih besar di bahagian depan dan belakang. Turut ditambah ialah kemasan plastik hitam di sekeliling badan, lengkungan roda dan pelindung lumpur yang lebih menonjol, serta pilihan rim 19 inci. Di samping itu, bampar depan dan belakang diberikan garis lekukan yang lebih ketara. 


Bagi meningkatkan keupayaan jentera ini untuk melalui jalan off-road, SUV kompak ini dipadankan dengan tayar lasak all-terrain bersaiz 720 mm. 


Untuk menyempurnakan lagi ‘pakej’ gaya hidup lasak, Volvo turut menawarkan aksesori tambahan seperti pemegang kayak di bumbung, khemah bumbung, serta palang tundaan yang boleh disimpan.


Baca: Tempahan Volvo EX30 Versi CKD Kini Dibuka – Tiada Lagi Varian Plus, Dari RM208,888


Rekaan Dalaman Kekal Sama, Suspensi Ditingkatkan


web_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-16.jpgweb_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-25.jpgweb_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-27.jpgweb_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-23.jpgweb_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-15.jpg


Masuk ke ruang kabin, rekaan dalaman EX30 Cross Country hampir sama dengan model standard, mengekalkan elemen minimalis dan teknologi moden Volvo. Namun, perubahan utama terletak pada sistem suspensi yang diperhalus bagi memberikan keselesaan di laluan tidak rata.


SUV ini menggunakan suspensi belakang lima pautan yang telah diberikan talaan semula supaya lebih lembut, membolehkannya melalui jalan berbatu, berlumpur, serta bersalji rendah dengan lebih baik.


Namun, Volvo menegaskan bahawa EX30 Cross Country bukanlah sebuah jentera off-road ekstrem. Sebaliknya, ia direka khas untuk golongan yang gemar meneroka alam semula jadi bukan di tahap ‘keterlaluan’.


Kuasa Dua Motor, Jarak Cecah 427 KM


web_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-6.jpg


Buat masa ini, EX30 Cross Country hanya ditawarkan dalam konfigurasi dwi-motor dengan pacuan semua roda (AWD) sama seperti varian EX30 yang tertinggi, Ultra Twin Performance.


Kuasa dibekalkan oleh pek bateri 69 kWj jenis NMC yang mampu menghasilkan 422 hp dan tork 543 Nm. Dengan trenkuasa ini, SUV ini boleh mencapai jarak maksimum sehingga 427 km berdasarkan kitaran WLTP.


Model ini boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan DC 153 kW. Dengan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk dicas dari 10% hingga 80% hanya 28 minit.


web_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-5.jpg


Volvo turut memberi bayangan bahawa varian motor tunggal mungkin bakal ditawarkan pada masa akan datang. Buat masa ini, jualan EX30 Cross Country telah dibuka di Sweden, dengan pasaran Eropah lain bakal menyusul tidak lama lagi.


Adakah Malaysia Bakal Terima Kedatangan EX30 Cross Country?


web_press_2025-Volvo-EX30-Cross-Country_-7.jpg


Di Malaysia, masih belum ada pengumuman rasmi daripada Volvo Car Malaysia (VCM) mengenai kehadiran EX30 Cross Country. Namun, jika dilihat daripada sambutan baik yang diterima model terdahulu seperti V40 Cross Country, tidak mustahil SUV elektrik lasak ini juga bakal ditawarkan di pasaran tempatan.







Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB2241

SELANGOR

BSQ5146

JOHOR

JYX7317

PULAU PINANG

PSC6874

PERAK

APH8711

PAHANG

CFG6712

KEDAH

KGG3319

NEGERI SEMBILAN

NEK5516

KOTA KINABALU

SJS1879

KUCHING

QAB9310N

Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

11-02-2025
EV

10-02-2025
EV

07-06-2023
EV

11-02-2025
Pandu Uji

08-03-2026
Global

22-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

17-10-2025

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.