ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

BIMS 2025: SUV Elektrik Deepal S05 Kini Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

486628117_122230114490033595_1676419266255472945_n.jpg

Di saat rakyat Malaysia masih menantikan ketibaan Deepal S05 dan S07 di bawah Bermaz Auto (BAuto), pengguna di Thailand sudah pun menerima kehadiran SUV elektrik ini secara rasmi selepas majlis pelancarannya diadakan di acara Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025)


Gah di Jalan Raya


SUV elektrik keluaran syarikat automotif Changan ini tampil menyerlah dengan rekaan aerodinamik dan futuristik. Dengan dimensi sepanjang 4,620 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,600 mm, serta jarak roda 2,880 mm, Deepal S05 menawarkan ruang kabin yang lebih luas berbanding pesaing seperti Proton e.MAS 7 dan BYD Atto 3. Ia turut memiliki jarak kelegaan tanah 169 mm dan rim aloi 18 inci yang membuatkannya kelihatan ‘gah’ di jalan raya.


Tiga Varian, Cecah 241 HP, 470 KM


486093078_122230114604033595_1862881995372614070_n.jpg


Di Thailand, tiga varian Deepal S05 diperkenalkan iaitu Lite, Plus dan Max. Selain itu, dua varian range-extender (REEV) turut diperlihatkan, Plus REEV dan Max REEV.


Bagi versi elektrik sepenuhnya (BEV), model ini dikuasakan oleh motor berkuasa 175 kW (241 hp) dengan tork 320 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam 7.3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 180 km/j. 


Versi elektrik ini menggunakan bateri LFP 56.1 kWj yang boleh dicas dengan sistem pengecasan pantas DC sehingga 151.5 kW serta pengecasan AC pada kadar 6.6 kW. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 470 km (NEDC). 


Varian Range-Extender Capai 1,234 KM


486388604_122230114364033595_3479546042194580497_n.jpg


Untuk model REEV, Deepal S05 menggunakan enjin 1.5L empat silinder dengan teknologi VVT yang menghasilkan 70 kW (94 hp) dan 122 Nm. Enjin ini berfungsi sebagai penjana kuasa untuk motor elektrik yang mampu menjana 160 kW (215 hp) dan 320 Nm.


Dilengkapi bateri LFP 27.28 kWj, varian ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sejauh 170 km sebelum beralih kepada mod enjin petrol, dengan jarak keseluruhan mencecah 1,234 km. Dari segi prestasi, model ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 175 km/j. Deepal S05 versi REEV menyokong pengecasan pantas DC 54.5 kW serta pengecasan AC 6.6 kW.


Kedua-dua versi, BEV dan REEV, hadir dengan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehken kereta digunakan untuk mengecas peranti elektrik lain. 


Ruang Kabin Premium Berteknologi Tinggi


Bahagian kabin Deepal S05 sarat dengan teknologi terkini termasuk skrin infotainmen 15.4 inci beresolusi 2.5K, dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155. Ia boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Ciri canggih diserlahkan lagi dengan kehadiran ciri pembantu suara pintar dalam bahasa Thai dan Inggeris.


Ciri menarik lain termasuk papar pandu augmented reality (AR-HUD), sistem audio premium 14 speaker, penghawa dingin dua zon, pengecas telefon tanpa wayar 50W, serta tempat duduk hadapan boleh laras dengan fungsi memori dan urutan. Ciri menarik lain yang menaikkan aura mewah kereta ialah pencahayaan ambien 64 warna serta bumbung panoramik.


Sistem Keselamatan Canggih


Dari segi keselamatan, Deepal S05 dilengkapi pakej keselamatan ADAS lengkap yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal lorong, brek kecemasan automatik, pengecaman titik buta, sistem pemantauan pemandu, serta kamera 360 darjah dengan pandangan tembus casis (transparent chassis view). 


Harga Jualan di Thailand


486353720_122230114460033595_8447001196157557910_n.jpg


Di pasaran Thailand, harga jualan Deepal S05 BEV bermula dari THB799,000 (~RM105,000) untuk varian Lite, THB849,000 (~RM111,000) untuk varian Plus dan THB899,000 (~RM118,000) untuk varian Max. Model REEV pula dijangka berharga bawah THB999,000 (~RM131,000).

Malaysia dilaporkan bakal menerima dua model Deepal dalam masa yang terdekat. Selain Deepal S05, model lain yang dikatakan bakal ditawarkan di pasaran Malaysia ialah Deepal S07. Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai tarikh pelancaran kedua-dua model ini tidak didedahkan lagi. 

Harga yang bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan juga kekal satu tanda tanya. Apakah agaknya strategi harga yang akan digunakan BAuto? Adakah cukup kompetitif untuk bersaing dengan model sedia ada seperti Proton e.MAS 7 dan BYD Atto 3? 

Baca: Pratonton SUV EV Deepal S07 – Tiba Suku Kedua 2025, Ancaman Terhadap Model Y?

Baca: BIMS 2025: GWM Haval H6 Facelift Dilancarkan Di Thailand – Gaya Lebih Agresif

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQE4077

SELANGOR

BSL409

JOHOR

JYN2436

PULAU PINANG

PRW7096

PERAK

APD4764

PAHANG

CFE4955

KEDAH

KGD4892

NEGERI SEMBILAN

NEH9565

KOTA KINABALU

SJP3604

KUCHING

QAB7750M

Terakhir Kemas Kini 20 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

EV

Dapat Hak Edar Jenama Deepal, Bermaz Bakal Lancar SUV Elektrik, S05, S07 Tak Lama Lagi

Bermaz Auto Berhad (BAuto), melalui anak syarikatnya, Bermaz Changan Sdn Bhd (BCSB), dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik Deepal (EV) di Malaysia.

26-11-2024
EV

Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 Masuki Fasa Pengeluaran Sebelum 2025

Menjadi perhatian ramai semasa pameran automotif Auto China 2024 minggu ini ialah Mazda EZ-6. Ini yang menarik...

26-04-2024
Global

Changan Auto Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran EV di Thailand

Changan Auto akan memulakan pembinaan pusat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertama di luar negara China.

29-04-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000

Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.

03-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

03-09-2025
Berita Auto

Persaingan Terlalu Sengit, BAuto Berdepan Tekanan Pasaran

Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar jenama Mazda, Kia, XPeng dan Deepal, menjangkakan cabaran lebih besar dalam pasaran automotif Malaysia.

14-03-2025
EV

Bermaz Auto Kini Pengedar Rasmi EV China, XPeng

Bermaz Auto Bhd (BAuto) mengumumkan bahawa syarikatnya telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) jenama XPeng di Malaysia

15-03-2024

Berita Terkini

Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Kesatuan Eropah 'Ubah Fikiran', Batal Pengharaman Kereta Petrol & Diesel

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mengambil langkah mengejutkan dengan menarik balik sasaran agresif mereka untuk mengharamkan sepenuhnya kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2035.

18-12-2025
Global

Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne.

17-12-2025
Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.