Ini Dia EV Paling Pintar Toyota, Toyota bz3X

Toyota memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) ketiga, SUV bZ3X dan apa yang mengejutkan, Toyota sudah pun menerima 10,000 tempahan dalam masa sejam pertama sejurus pelancaran model itu di China.
Tempahan itu meningkat disebabkan pembeli awal akan menerima diskaun 5,000 yuan (RM3,000) sebagai sebahagian daripada promosi dalam tempoh terhad.
Biarpun menggunakan lambang Toyota, bZ3X sebenanrnya dibangunkan berdasarkan GAC Aion V.
Ini kerana ia berkongsi saiz, motor dan trenkuasa yang sama tetapi menggunakan teknologi bateri yang berbeza.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,600 mm (panjang), lebar (1,850 mm), tinggi 1,600 mm manakala jarak roda pula, 2,765mm.

Jentera ini tersedia dalam tiga pilihan kapasiti bateri LFP - 50.0 kWj yang menawarkan jarak sehingga 430 km, 58.4 kWj dengan jarak 520 km manakala bateri berkapasiti 67.9 kWj pula menawarkan jarak 610 km.
Menjengah bahagian kabinnya, bZ3X menampilkan reka bentuk yang cukup minimalis dan diinspirasikan oleh Tesla.
Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 14.6 inci yang besar dan didatangkan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8155.


Untuk makluman, kebanyakan EV baharu kini menggunakan Snapdragon 8295 yang lebih berkuasa.
Ia didatangkan dalam tujuh varian 430 Air menawarkan jarak Gerak sejauh 430 KM, dan disumbat dengan bateri berkapasiti 50 kWj dan motor 150 kW.
Ia tidak mempunyai ADAS dan lidar namun ditawarkan pada harga 109,800 yuan (RM67,000) manakala 430 Air+ mempunyai spesifikasi yang sama tetapi termasuk T. Pilot ADAS pula berharga 119,800 yuan (RM73,000).
Varian 520 Pro pula menawarkan jarak 520 km dengan bateri berkapasiti 58.4 kWj dan motor 150 kW. Ia dijual pada harga RMB129,800 (RM79,000).
Sementara itu, 520 Pro+ mempunyai spesifikasi yang sama namun didatangkan dengan pelbagai ciri menarik pula berharga 139,800 yuan (RM85,000).
Varian 520 Pro Smart yang menawarkan jarak 520 KM, Momenta ADAS dengan lidar, pula berharga 149,800 yuan (RM91,000). Versi 520 Pro+ Smart dengan ciri yang dinyatakan di atas tetapi berharga 159,800 (RM98,000).
Akhir sekali ialah varian 610 Max . Varian ini menawarkan jarak sejauh 610 KM, disumbat dengan bateri 67.9 kWj dan motor 165 kW. Ia ditawarkan dengan harga 159,800 yuan (RM98,000).
Pendek kata, setiap varian hadir dengan jarak EV yang berbeza dan ciri pemanduan autonomi. bZ3X ini sebenarnya menyertai siri bZ yang sedia ada di China. Barisan ini termasuk SUV bZ4X dan sedan bZ3.
Biarpun bZ4X telah menghentikan pengeluaran di China, namun bZ3 terus menunjukkan prestasi yang cukup baik.
Pada bulan Januari sahaja, bz3 terjual sebanyak 3,510 unit, sekali gus menunjukkan peningkatan 45% tahun ke tahun.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
