ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia EV Paling Pintar Toyota, Toyota bz3X

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) ketiga, SUV bZ3X dan apa yang mengejutkan, Toyota sudah pun menerima 10,000 tempahan dalam masa sejam pertama sejurus pelancaran model itu di China.

Tempahan itu meningkat disebabkan pembeli awal akan menerima diskaun 5,000 yuan (RM3,000) sebagai sebahagian daripada promosi dalam tempoh terhad.

Biarpun menggunakan lambang Toyota, bZ3X sebenanrnya dibangunkan  berdasarkan GAC Aion V. 

Ini kerana ia  berkongsi saiz, motor dan trenkuasa yang sama tetapi menggunakan teknologi bateri yang berbeza.

Dari segi dimensi, ia berukuran  4,600 mm (panjang), lebar (1,850 mm), tinggi 1,600 mm manakala jarak roda pula, 2,765mm.

image.png

Jentera ini tersedia dalam  tiga pilihan kapasiti bateri LFP - 50.0 kWj yang menawarkan jarak sehingga  430 km, 58.4 kWj dengan jarak 520 km  manakala bateri berkapasiti 67.9 kWj pula menawarkan jarak  610 km.

Menjengah bahagian kabinnya, bZ3X menampilkan reka bentuk yang cukup minimalis dan  diinspirasikan oleh Tesla.

Ia dilengkapi dengan skrin  bersaiz 14.6 inci yang besar dan didatangkan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8155.

image.pngimage.png

Untuk makluman,  kebanyakan EV baharu kini  menggunakan Snapdragon 8295 yang lebih berkuasa.

Ia didatangkan dalam tujuh varian  430 Air menawarkan jarak Gerak sejauh  430 KM, dan disumbat dengan bateri berkapasiti 50 kWj dan motor 150 kW. 

Ia tidak mempunyai ADAS dan lidar namun ditawarkan pada harga  109,800 yuan (RM67,000) manakala 430 Air+ mempunyai spesifikasi yang sama tetapi termasuk T. Pilot ADAS pula berharga  119,800 yuan (RM73,000).

Varian 520 Pro pula menawarkan jarak 520 km dengan bateri berkapasiti 58.4 kWj dan motor 150 kW. Ia dijual pada harga  RMB129,800 (RM79,000). 

Sementara itu, 520 Pro+ mempunyai spesifikasi yang sama namun didatangkan dengan  pelbagai ciri menarik pula berharga 139,800 yuan (RM85,000).

Varian 520 Pro Smart  yang menawarkan jarak 520 KM, Momenta ADAS dengan lidar, pula berharga 149,800 yuan (RM91,000). Versi 520 Pro+ Smart dengan ciri yang dinyatakan di atas  tetapi berharga 159,800 (RM98,000).

Akhir sekali ialah varian  610 Max . Varian ini menawarkan jarak sejauh 610 KM, disumbat dengan  bateri 67.9 kWj dan motor 165 kW. Ia ditawarkan dengan  harga 159,800 yuan (RM98,000).

Pendek kata, setiap varian hadir dengan jarak EV yang berbeza dan ciri pemanduan autonomi. bZ3X ini sebenarnya  menyertai siri bZ yang sedia ada di China. Barisan ini termasuk SUV bZ4X dan sedan bZ3. 

Biarpun bZ4X telah menghentikan pengeluaran di China, namun bZ3 terus menunjukkan prestasi yang  cukup baik. 

Pada bulan Januari sahaja, bz3 terjual sebanyak 3,510 unit, sekali gus menunjukkan peningkatan 45% tahun ke tahun.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW6479

SELANGOR

BSP7052

JOHOR

JYW1093

PULAU PINANG

PSB9635

PERAK

APH2414

PAHANG

CFG4179

KEDAH

KGF6933

NEGERI SEMBILAN

NEK3225

KOTA KINABALU

SJR7357

KUCHING

QAB7143N

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV

EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?

Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.

20-04-2026
EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.