smart#5 Dilancar Di Eropah, Harga Bermula Dari RM220K

Selepas didedahkan di China, smart #5 kini dilancarkan di Eropah, baru-baru ini. Di sana, smart#5 hadir dengan satu dan dua motor.
Di Eropah, ia ditawarkan dalam lima varian termasuk edisi khas Summit Edition yang berinspirasikan pacuan 4x4 lasak.
Smart #5 agak berbeza dengan model smart yang lain, memandangkan smart #5 dibina berasaskan platform PMA2+ milik Geely, yang turut digunakan oleh EV bersaiz besar seperti Zeekr 7X dan Geely Galaxy E8, serta menampilkan seni bina bateri 800 volt.


Walaupun smart #5 masih belum sebesar 7X, ia tetap menjadi model terbesar smart setakat ini, dengan dimensi sepanjang 4,705 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,705 mm, dan jarak roda 2,900 mm.
Dari segi reka bentuk, smart #5 mengikuti falsafah reka bentuk yang sama seperti smart #1 dan #3 tetapi ia kelihatan lebih berkotak dan lasak berbanding dengan model lain smart.
Jika smart #5 masih terasa terlalu biasa bagi anda, terdapat juga edisi khas Summit Edition, yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan pengembaraan seperti rak bumbung khas dengan tangga sisi, cangkuk tunda elektrik, dan banyak lagi.



Sama seperti versi smart#5 di China, smart #5 spesifikasi Eropah turut menampilkan kabin yang agak mewah kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan premium.
Antaranya susunan tiga skrin yang menyokong penstriman video dan permainan, paparan head-up augmented reality (AR-HUD) bersaiz 25.6 inci, kemasan kayu eksklusif, tempat duduk belakang didatangkan dengan pemanas, bumbung kaca panoramik penuh, sistem pencahayaan ambien 256 warna, serta sistem audio khas 20 pembesar suara Sennheiser.
Mengenai bateri pula, smart #5 Pro disumbat dengan bateri kecil yang berkapasiti
76-kWh dimana ia boleh bergerak sejauh 480 kilometer manakala varian Pro+ menerima bateri besar berkapasiti 100-kWh. Jadi, varian Pro + boleh bergerak sejauh to 589 km.
Malangnya, smart masih belum mendedahkan spesifikasi rangkaian kuasa untuk varian motor tunggal, tetapi syarikat itu sebelum ini telah mengesahkan bahawa varian dwi-motor AWD, seperti Pulse dan Summit Edition, boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.9 saat.

Apapun, tempahan untuk smart #5 dijadualkan akan dibuka pada 24 April 2025 di Jerman, dengan harga bermula dari €45,900 (RM220,348) bagi varian Pro, manakala edisi khas Summit Edition ditawarkan pada €56,900 (RM273,154).
Selain itu, Autocar UK turut mengesahkan bahawa smart #5 akan memasuki pasaran UK pada Oktober tahun ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP459
SELANGOR
BST4806
JOHOR
JD6763J
PULAU PINANG
PSF3594
PERAK
APL2842
PAHANG
CFH6401
KEDAH
KGH9073
NEGERI SEMBILAN
NEL7128
KOTA KINABALU
SJT9182
KUCHING
QAB5253P
Terakhir Kemas Kini 07 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat