XPeng G6 Kini Dengan Diskaun RM5,000 Atau Pengecas Wallbox Percuma

XPeng G6 755 Pro Long Range model 2024 kini dipasarkan dengan tawaran menarik
Bermaz XPeng (BAuto) kini menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian crossover elektrik premium, XPeng G6, dalam tempoh terhad dan selagi stok masih ada.
Penjimatan Menarik untuk Model 2024
XPeng G6 diperkenalkan di Malaysia pada Ogos 2024 dengan harga pelancaran bermula daripada RM165,000 untuk 580 Pro dan RM185,000 untuk 755 Pro Long Range, atas jalan, tidak termasuk insurans.

Tetapi sempena kempen promosi kali ini, pelanggan dapat memiliki varian berspesifikasi tinggi, Xpeng G6 755 Pro Long Range dengan pilihan tawaran berikut:
- Diskaun RM5,000 pada harga pembelian atau
- Pengecas AC Wallbox 11 kW percuma (bernilai RM5,000)
Pengecasan Sepantas 20 Minit
Sebagai varian paling premium, XPeng G6 755 Pro Long Range hadir dengan bateri NMC berkapasiti 87.5 kWj, membekalkan tenaga kepada motor elektrik pacuan roda belakang (RWD) yang menghasilkan 272 hp dan tork 440 Nm.


Dengan gabungan ini, model ini mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam 6.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 200 km/j.
Dengan bateri penuh, varian ini mampu mencapai jarak perjalanan EV sejauh 570 km (WLTP) atau 755 km (CLTC).
Dari segi pengecasan, G6 menerima pengecas AC 11 kW dan DC sehingga 280 kW. Menggunakan pengecas pantas, masa yang diambil dari kapasiti 10-80% hanya 20 minit.
Baca: XPeng Perkenal Sistem Pengecas Salur Lebih 1KM Dalam 1 Saat
Model ini hadir dengan fungsi Vehicle-to-Load (V2L), membolehkan tenaga maksimum 3.3 kW dikeluarkan untuk mengecas peralatan elektrik lain.
Teknologi & Ciri Premium di Dalam Kabin

Menawarkan pengalaman pemanduan premium, XPeng G6 hadir dengan teknologi terkini. Antara yang disediakan di dalam kabin ialah skrin tengah berukuran 14.96 inci dengan sistem operasi Xmart OS dan sambungan 4G. Model ini menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8155 untuk pengalaman yang lancar.
Sementara itu, paparan instrumen digital 10.2 inci memaparkan semua maklumat pemanduan dengan jelas.
Model ini turut didatangkan dengan sistem audio Xopera 18 pembesar suara yang mengasyikkan, penyaman udara dwi-zon dengan penapis PM2.5 untuk keselesaan optimum, serta ciri premium seperti bumbung kaca panoramik dan pengelap cermin automatik.
Tempat duduknya boleh dilaraskan secara automatik dan hadir dengan fungsi pengudaraan dan pemanasan. Untuk kemasan, pelanggan boleh memilih sama ada kulit sintetik hitam atau kelabu.
Aplikasi telefon pintar juga disediakan, membolehkan pemilik menggunakan kunci Bluetooth serta mengakses pelbagai fungsi telematik.
Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) Canggih

Untuk keselamatan, XPeng G6 755 Pro Long Range dilengkapi sistem Xpilot 2.5 yang menyokong pelbagai ciri bantuan pemandu. Sistem ini dibantu oleh pemproses Nvidia Orin-X, 5 radar gelombang milimeter, 12 sensor ultrasonik dan 12 kamera pemantauan.
Baca: SUV Elektrik XPeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!
Antara ciri keselamatan penting yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Kawalan kelajuan adaptif (ACC) dengan fungsi Stop & Go
- Bantuan penukaran lorong & pemusatan lorong
- Pengehad kelajuan automatik
- Amaran pelanggaran hadapan & brek kecemasan autonomi
- Sistem pengecaman papan tanda trafik
- Amaran titik buta & amaran pintu terbuka
- Amaran pelanggaran belakang & lintasan trafik belakang

Jika berminat untuk memiliki XPeng G6 755 Pro Long Range dengan promosi eksklusif ini, kunjungi bilik pameran XPeng yang terdekat hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Baca: XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW5196
SELANGOR
BSP6634
JOHOR
JYV9463
PULAU PINANG
PSB9234
PERAK
APH2075
PAHANG
CFG4070
KEDAH
KGF6625
NEGERI SEMBILAN
NEK3049
KOTA KINABALU
SJR7187
KUCHING
QAB7096N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green
PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.
02-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat