Auto Shanghai 2025: Perincian Leapmotor B01

Percaya atau tidak, Leapmotor menunjukkan taringnya apabila syarikat terbabit mempamerkan keseluruhan barisan model terbaharunya di Auto Shanghai 2025, pagi tadi. Salah satunya adalah Leapmotor B01.
Selain B10, B01 juga dibina berdasarkan platform LEAP 3.5 iaitu teknologi termaju Leapmotor yang menjanjikan prestasi pintar, keselamatan tinggi, serta pemanduan mencecah 600km.

Dari segi dimensi, B01 berukuran 4,770 mm panjang dengan jarak roda 2,735 mm, lebar 1,880 mm, dan tinggi 1,490 mm. Jadi, ia lebih kecil berbanding dengan C01.


Dari segi visual, B01 menggunakan bahasa reka bentuk yang serupa dengan model SUV crossover B10 dan C10. Ia menampilkan rekaan minimalis dengan bar lampu nipis dan gril tertutup.
Di bahagian belakang, ia hadir dengan lampu bar sekali gus membuatkan ia sepadan dengan bahagian hadapannya.
B01 menawarkan dua pilihan tren kuasa motor tunggal. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, model asas menghasilkan 177 hp, dipadankan dengan bateri LFP 56.2 kWh yang memberikan jarak perjalanan 420 KM mengikut penarafan WLTP.
Manakala, varian lebih tinggi pula mampu menghasilkan kuasa setakat 215 hp dan menggunakan bateri lebih besar berkapasiti 67.1 kWh, yang membolehkan jarak perjalanan lebih panjang iaitu 530 KM (WLTP).
Seperti B10 dan C10, B01 menggunakan teknologi CTC 2.0 (Cell-to-Chassis) dari Leapmotor, yang meningkatkan ruang kabin, kekukuhan struktur, dan kecekapan pengecasan.
Dengan seni bina 800-volt, pengecasan pantas dari 30% ke 80% hanya mengambil masa 19 hingga 20 minit. Sementara itu, pengecasan AC mengambil masa kira-kira 4.2 jam untuk bateri kecil dan 5.6 jam untuk pek yang lebih besar. Kedua-dua pek bateri ini dibekalkan oleh CALB.

Menjengah bahagian kabinnya, ia sebenarnya kelihatan sama dengan B10 kerana mempunyai paparan instrumen digital 8.8 inci ada skrin sentuh 2.5K bersaiz 14.6 inci yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon.
Selain itu, terdapat juga sambungan Apple CarPlay dan Android Auto namun ia berbeza dengan model Leapmotor C10 yang kami uji baru-baru ini.
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, sistem LiDAR yang dipasang di bumbung hanyalah ditawarkan sebagai pilihan, manakala cip Snapdragon SA8650 membolehkan keupayaan bantuan pemandu lanjutan untuk navigasi di lebuh raya dan bandar.
Walaupun SUV B10 disahkan akan dilancarkan pasaran kita, namun model B01 adalah model paling dinantikan untuk diperkenalkan di sini.

Di China, B01 ditawarkan pada harga antara 100,000 yuan hingga 150,000 yuan (RM60,000 hingga RM90,000).
Memandangkan model Leapmotor C10 yang dipasarkan oleh Stellantis Malaysia kini menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan, namun B01 boleh dipertaruhka.
Jika harganya ditetapkan pada harga mampu milik, kami percaya ia mungkin menjadi EV yang mampu mengubah keadaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX5620
SELANGOR
BSU8944
JOHOR
JH978J
PULAU PINANG
PSH2710
PERAK
APM7703
PAHANG
CFJ3569
KEDAH
KGJ7362
NEGERI SEMBILAN
NEM5291
KOTA KINABALU
SJV732
KUCHING
QAB9583P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Leapmotor Catat Prestasi Luar Biasa Sebagai Jenama Baharu, 293,00 Unit Pada 2024
Jenama automotif China, Leapmotor, telah mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 meskipun kehadirannya masih baru di kebanyakan pasaran global, termasuk Malaysia.
23-01-2025
SUV Elektrik Leapmotor B10 Dipertontonkan Di Paris Motor Show 2024
Jenama kenderaan elektrik (EV) China, Leapmotor, telah memperkenalkan buat pertama kalinya SUV elektrik segmen C terbaru mereka, Leapmotor B10.
16-10-2024
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil
Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.
09-01-2026
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025
Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.
16-12-2025
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.
24-11-2025
Berita Terkini
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
