ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Auto Shanghai 2025: MG Cyber X Ditayang, Rekaan Paling WIN!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Boleh dikatakan antara rekaan  yang paling menonjol di Auto Shanghai 2025 pada minggu ini jatuh kepada kereta konsep SUV MG Cyber X.

Kami bersependapat sedemikian kerana rekaannya tidak seperti trend biasa dalam kalangan jenama dari China dan kereta konsep ini juga  tidak meniru sebarang rekaan  SUV sedia ada di pasaran.

Malah, anda tidak akan menemui sebarang persamaan  Mercedes-Benz G-Class atau Land Rover Defender pada kereta konsep MG ini. 

Ia kelihatan cukup menawan kerana  mempunyai sepasang lampu hadapan LED jenis pop-up di bahagian depan yang terletak di atas bar lampu  selain menawarkan reka bentuk yang agak tipikal.

image.pngimage.png

Selain itu, hud hadapan direka secara bertingkat, terdapat lencana MG  di bahagian depan dan belakang,dan model ini turut dihiasi dengan  rim dua tona. Di bahagian belakang pula, ia tampil dengan  rekaan minimalis, lengkap dengan bar lampu belakang LED sepanjang badan.

Dari segi dimensi, MG Cyber X berukuran  4,300 mm (panjang) sekali gus  menjadikannya ia lebih pendek sedikit berbanding crossover MG S5 EV yang baru sahaja diperkenalkan di Malaysia awal bulan ini.

image.png

Walaupun kami tidak berpeluang untuk melihat bahagian kabinnya, namun sumber dalaman melaporkan bahawa kokpit dan sistem kesambungannya telah dibangunkan bersama pembuat telefon pintar, Oppo.

Buat masa ini, butiran lanjut tidak didedahkan, namun kami yakin versi produksi konsep ini  akan menjadi sebahagian daripada rancangan MG yang baru diumumkan untuk membangunkan dan melancarkan sehingga lapan model kenderaan elektrik (EV) baharu dalam tempoh dua tahun akan datang – termasuk SUV bersaiz besar, sedan, dan kereta sport.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6064

SELANGOR

BST4078

JOHOR

JD4983J

PULAU PINANG

PSF2740

PERAK

APL2038

PAHANG

CFH6048

KEDAH

KGH8320

NEGERI SEMBILAN

NEL6629

KOTA KINABALU

SJT8603

KUCHING

QAB5024P

Terakhir Kemas Kini 31 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
EV

Sudah Dilancar Di UK, Adakah MG IM5, IM6 Bakal Menyusul Ke Malaysia, Kemungkinan YA!

MG IM5 dan IM6 kini dijual di UK, masing-masing bermula pada harga £39,450 (RM227,144) untuk IM5 dan £47,995 (RM276,344) untuk IM6.

11-07-2025
EV

MG Dedah Imej Acah MGS5 EV, Pengganti MG ZS EV

Jenama automotif ikonik British, MG, bersedia untuk memperkenalkan model baharu MGS5 EV dalam masa beberapa minggu lagi.

05-03-2025
EV

Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti

SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal.

09-09-2024
Global

MG5 GT Dikemaskini, Hampir Menyerupai MG3?

SAIC Motor akhirnya memberikan sentuhan facelift kepada MG5 GT.

15-08-2024
EV

Hanya Ada 100 Biji Cyberster Red Top Edition Tapi Ada Sebabnya

MG Motor melancarkan edisi khas roadster elektrik baru-baru ini.

02-02-2024
Berita Auto

Maknanya, Jenama MG Akan Masuk M'sia Tak Lama Lagi!

Pengeluar kereta terkemuka British, Morris Garages (MG) sudah membuka laman web dan halaman Facebook rasminya semalam.

30-01-2024
EV

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025

Berita Terkini

EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.