Auto Shanghai 2025: Mazda EZ-60 Didedah, Mungkin Masuk Malaysia?

Mazda secara rasminya memperkenalkan SUV elektriknya, EZ-60 pada pameran Auto Shanghai 2025 yang sudah pun membuka tirainya pada pagi tadi.
Selain sarat dengan teknologi canggih, ia juga tampil dengan gaya luaran yang cukup memukai selain hadir dengan dua varian iaitu model elektrik bateri (BEV) dan juga model hibrid plug-in (PHEV).
Mazda EZ-60 mengambil inspirasi rekaan daripada konsep Mazda Arata yang pernah ditampilkan sebelum ini. Ia hadir dalam bentuk badan crossover yang rendah, dalam masa yang sama mengekalkan bahasa rekaan Kodo yang sinonim dengan jenama Mazda.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,850 mm panjang, lebar 1,935 mm, tinggi 1,620 mm manakala jarak roda pula 2,902 mm.
Mazda EZ-60 dilihat mempunyai profil aerodinamik seperti coupe kerana diserlahkan dengan bumbung terapung hitam dan kemasan cat dwi-ton yang membuatkan ia tampil dengan ydan cukup moden.
Menjengah bahagian kabinnya, EZ-60 dilihat menayangkan kabin pertama digital yang didominasi oleh paparan ultra lebar 26.45 inci 5K, ada kawalan iklim, manakala penumpang belakang mendapat skrin mereka sendiri untuk keselesaan tambahan. Antara kelengkapan lain ialah sistem audio Dolby Atmos 23 speaker.
Walaupun saiznya yang sederhana, , EZ-60 menawarkan ruang kargo seluas 350 liter ruang namun boleh dibesarkan kepada 2,036 liter dengan merebahkan kerusi belakang.

Versi BEV juga hadir dengan ruang kargo depan (frunk) 126 liter dan terdapat lebih 20 ruang penyimpanan yang cukup praktikal.
Ia juga cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan seperti sembilan beg udara, ada penambahan sistem bantuan pemandu bertaraf Tahap 2 yang disokong oleh liputan sensor 360 darjah.


Sistem perlindungan bateri EV, dibangunkan dengan CATL dan CALB, termasuk lapan lapisan keselamatan dan dibina melebihi peraturan 2026.
Setakat ini, spesifikasi trenkuasa masih belum diumumkan, namun laporan daripada CarNewsChina mendedahkan bahawa, Mazda EZ-60 akan menggunakan sistem BEV yang sama seperti Deepal S07.
Jika benar, pengguna boleh memilih antara dua varian motor tunggal pacuan roda belakang (RWD), satu dengan output 215 hp (160 kW) dan satu lagi mencecah 255 hp (190 kW).


Difahamkan, versi BEV, EZ-60 dijangka mampu mencapai sekitar 600 kilometer (km) manakala EZ-60 PHEV pula dijangka mampu melakukan perjalanan melebihi 1,000 km dengan menggunakan satu tangki bahan api yang penuh.
Apapun, model ini dikatakan akan memasuki pasaran global dan adakah ia akan dibawa masuk ke Malaysia? Boleh jadi ia akan turut dibawa ke Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum
Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.
29-10-2025
Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027
Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.
08-09-2025
Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang
Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.
03-07-2025
Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...
Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.
25-06-2025
Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun
Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.
20-06-2025
Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?
Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.
18-06-2025
Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K
Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.
03-06-2025
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
