ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Beberapa Ciri Autonomi Kini Diharamkan, OTA Perlu Kelulusan Di China

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1697613283-full_normal.jpg


China kini mengambil langkah tegas dalam menyelia teknologi pemanduan autonomi selepas beberapa insiden keselamatan termasuk kemalangan maut yang meragut tiga nyawa. Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China mengumumkan rangka peraturan baharu pada 16 April lalu, yang dijangka mengubah secara besar-besaran cara pengeluar kereta membangun, menguji serta memasarkan sistem pemanduan autonomi.


Ujian Beta Awam Kini Diharamkan


Autonomous-Vehicle-Sensor-Suite-01-2-e1671030076556-1024x489-full_normal.jpg


Antara peraturan paling ketat ialah larangan terhadap ujian beta awam. Ini bermakna, pengeluar tidak lagi boleh menggunakan "pengguna perintis" untuk menguji sistem pemanduan autonomi di jalan raya tanpa kelulusan rasmi. Semua ujian mesti dijalankan menerusi saluran yang diluluskan pihak berkuasa.


Larangan Guna Terma Mengelirukan Seperti Autopilot


MIIT juga melarang penggunaan istilah umum seperti autonomous driving, automatic driving dan intelligent driving dalam iklan atau bahan promosi. Sebaliknya, syarikat automotif kini hanya dibenarkan menggunakan istilah teknikal yang jelas seperti L2 assisted driving, selaras dengan cadangan pengasas Li Auto, Li Xiang yang mahu penyeragaman istilah dalam industri.


Fungsi Separa Autonomi Juga Diharamkan


bentley-bentayga-updates-(17).jpg


Antara ciri yang tidak lagi dibenarkan termasuk fungsi valet parking, panggilan kereta satu sentuhan (one-touch summon) dan parkir kawalan jauh. MIIT menegaskan bahawa sistem-sistem ini tidak menjamin penglibatan aktif pemandu semasa kenderaan bergerak.


Sistem Pengesanan Tangan Lebih Ketat


Kereta juga diwajibkan memiliki sistem pengesanan tangan yang lebih sensitif. Jika sistem mengesan tangan pemandu tidak berada pada stereng selama lebih 60 saat, sistem mesti bertindak, sama ada dengan memperlahankan kereta, menghidupkan lampu kecemasan atau berhenti secara selamat.


Kemas Kini Perisian Perlu Kelulusan


Fungsi Over-The-Air (OTA) juga diperketat. Sebarang kemas kini sistem pemanduan mesti mendapat kelulusan rasmi. Sekiranya berlaku kecemasan, sebarang tampalan perisian (emergency patches) akan diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada prosedur panggil balik (recall) oleh pihak berkuasa.


Baca: Peraturan Terhadap Kenderaan Berkuasa Bateri Diketatkan!


Peraturan Baharu Bakal Ubah Strategi Tesla, Huawei & Nio


Syarikat teknologi tinggi seperti Tesla, Huawei, Xpeng, Li Auto dan Nio dijangka paling terkesan memandangkan strategi pemasaran mereka banyak bergantung pada ciri-ciri pemanduan autonomi. Peraturan ini dilihat sebagai isyarat jelas bahawa China kini mendahulukan keselamatan berbanding ‘keghairahan’ teknologi.


Peraturan terbaru yang diumumkan ini menjadikan China antara negara terawal yang mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan teknologi pemanduan autonomi. Ia juga dijangka menjadi penanda aras kepada negara lain yang sedang meneliti aspek keselamatan dalam dunia automotif berteknologi tinggi.

Info: Tahap Teknologi Autonomi

Berikut adalah penerangan mengenai tahap teknologi autonomi:

Screenshot-2025-04-18-at-11.27.57 AM.png

Sumber: CarNewsChina

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

06-02-2026
Global

28-01-2026
Global

02-12-2025
EV

30-09-2025
Global

20-08-2025
Global

29-07-2025
EV

14-07-2025
Global

04-02-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.