ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Umum Kebangkitan Jenama Rely, Fokus Trak Pikap

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Rely-CarNewsChina.jpg


Jenama Rely dihidupkan kembali sebagai jenama khas untuk pengeluaran trak pikap di bawah Chery (Foto: CarNewsChina)


Pengeluar automotif China, Chery, yang terkenal dengan rangkaian subjenama seperti Jaecoo dan Jetour, kini menghidupkan semula subjenama, Rely, yang  terkubur pada tahun 2012 lalu. 


Jenama Rely Kini Fokus Pikap Global Serba Pintar


Dahulunya sebahagian daripada jenama mewah Qilin, Rely kini diberi nafas baharu sebagai jenama khas Chery bagi membina “ekosistem trak pikap pintar global pertama” milik syarikat itu.


Rely membawa makna tersirat menerusi akronimnya iaitu Rebuild, Explore, Link dan Yield. Di bawah jenama ini, Chery bakal memperkenalkan empat barisan utama produk melibatkan 16 portfolio model, semuanya dibina atas platform Mars milik Chery yang menyokong trenkuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid.


Teknologi Trenkuasa Canggih dari Chery


Setiap model di bawah Rely akan menggunakan sistem trenkuasa Kunpeng Super Performance Electric Hybrid C-DM, iaitu sistem hibrid elektrik berprestasi tinggi yang turut digunakan dalam model-model hibrid plug-in (PHEV) Chery yang lain.


Caricarz-MBA-Chery-PickUpTruck-China-1.jpgCaricarz-MBA-Chery-PickUpTruck-China-3.jpg


Trak konsep, Chery KP11, yang dipertontonkan tahun lalu mungkin akan diperkenalkan  sebagai model pertama Rely


Setakat ini, Chery belum mendedahkan rupa sebenar mana-mana model Rely. Namun, semasa acara Chery International User Summit (CIUS) tahun lalu, mereka pernah mempamerkan konsep trak pikap dikenali sebagai KP11 yang menampilkan rekaan agresif, gril hadapan besar, lampu LED dual-stack dan elemen reka bentuk yang biasa diketengahkan Chery.


Saiz Sederhana, Pesaing Ranger dan Hilux


Menurut CarNewsChina, trak pikap pertama Rely dijangka berkepanjangan 5.4 meter dengan jarak roda 3.3 meter, sekali gus menempatkannya dalam segmen trak pikap bersaiz sederhana, sama seperti Ford Ranger, Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton.


Dengan fokus global, Chery menyasarkan Rely sebagai produk eksport ke pasaran utama seperti Australia, Thailand dan tidak mustahil juga Malaysia untuk menjadi destinasi berikutnya.


Permintaan Trak Pikap China Semakin Meningkat


Pasaran trak pikap di China kini berada dalam fasa kebangkitan. Pada Mac 2025 sahaja, lebih 58,000 unit trak pikap telah terjual, atau peningkatan sebanyak 13.1% berbanding tahun lalu. Jumlah jualan suku pada pertama pula mencatatkan 137,000 unit, meningkat sebanyak 6.8% tahun ke tahun.


Dalam tempoh sama, China turut mengeksport 24,000 unit trak pikap, melonjak 20% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.


Rely Bakal Berdepan Persaingan Sengit


GWM-Cannon-24.jpgCaricarz-TA-JAC-T9-Launch-3.jpg


Meskipun trend pasaran menunjukkan peningkatan positif, Chery dijangka bakal berdepan cabaran hebat apabila masuk ke segmen ini yang sudah dikuasai oleh pemain besar seperti Great Wall Motor (GWM) dan JAC. Pada Mac 2025, GWM mendahului jualan dengan 20,421 unit, diikuti JAC dengan 7,351 unit.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQM2042

SELANGOR

BSM5340

JOHOR

JYR5891

PULAU PINANG

PRY7340

PERAK

APF3242

PAHANG

CFF3482

KEDAH

KGE3880

NEGERI SEMBILAN

NEJ5389

KOTA KINABALU

SJQ3152

KUCHING

QAB2485N

Terakhir Kemas Kini 19 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.99

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.19

+0.03

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

21-04-2025
Global

21-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Caricarz Mohon Maaf Guna Gambar Pemandu Bas Ekspres Ketika Op Khas Tahun Baharu Cina 2026

Caricarz memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar pemandu bas bagi laporan berita bertajuk ‘Sampai Hati Pemandu Bas Ekspres, Mujur JPJ Perak sempat Cekup, yang disiarkan semalam.

18-02-2026
Berita Auto

Sampai Hati Pemandu Bas Ekspres Hisap Dadah

Seorang pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 .

17-02-2026
Berita Auto

Op TBC 2026: 19 Lori Disita

Pemandu lori buat hal sebab melanggar larangan perjalanan kenderaan berat sempena Operasi Tahun Baharu Cina (Op TBC) 2026.

16-02-2026
Berita Auto

KL Lengang, Ramai Mengakui Sampai Tempat Kerja Cepat

LLM sebelum ini menjangkakan aliran trafik meningkat dengan 3.27 juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

16-02-2026
Berita Auto

1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.

16-02-2026
Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026
Berita Auto

Leka, Berangan & Mengantuk: MIROS Dedah 'Pembunuh' Di Lebuh Raya Malaysia

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan bahawa faktor manusia tetap menjadi 'dalang' utama di sebalik angka kemalangan maut.

16-02-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.