ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Audi-E-Tron-GT-Quattro-513-7-1536x1191.jpg


Selepas pelancaran barisan model Audi e-tron GT 2025 yang dikemas kini tahun lalu, ketiadaan versi asas, e-tron GT quattro, menimbulkan persoalan. Namun kini, Audi akhirnya memperkenalkan varian tersebut sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi ini, tetapi jangan tertipu dengan gelaran ‘asas’, kerana kuasanya jauh dari ‘biasa’.


Cas 10 Minit Boleh Capai 285 KM


Audi-E-Tron-GT-Quattro-513-8-1536x1045.jpg


Varian e-tron GT quattro baharu ini masih berkongsi pek bateri 97 kWj (boleh guna) seperti model S dan RS, serta menyokong pengecasan pantas DC sehingga 320 kW. Dengan teknologi ini, masa pengecasan dari 10% ke 80% hanya mengambil masa 18 minit. Malah, dengan hanya 10 minit pengecasan sahaja membolehkannya mencapai jarak pemanduan sejauh 285 km.


Audi turut mengumumkan jarak maksimum untuk satu cas penuh mencecah sehingga 622 km, bergantung kepada gaya atau situasi pemanduan.


496 HP Standard, 577 HP Launch Control


Audi-E-Tron-GT-Quattro-513-9-1536x1321.jpg


Sebagai model pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor elektrik, e-tron GT quattro menawarkan 496 hp dalam mod biasa. Namun, apabila fungsi Launch Control diaktifkan, kuasa melonjak kepada 577 hp, membolehkan kereta ini memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 4.0 saat.


Reka Bentuk Elegan, Kabin Mewah


Audi-E-Tron-GT-Quattro-513-4-1536x720.jpgAudi-E-Tron-GT-Quattro-513-3-1536x720.jpg


Dari segi reka bentuk, e-tron GT quattro berbeza daripada varian S dan RS dengan kehadiran komponen ambilan udara hadapan bergaya singleframe yang dicat hitam. Model ini turut dilengkapi tempat duduk bucket yang boleh dilaraskan secara automatik berwarna hitam dan bumbung kaca panorama, menjadikan ruang dalaman lebih moden dan mewah.


Ciri standard adalah termasuk lampu depan Matrix LED, diffuser belakang berwarna hitam, rim aloi 20 inci berwarna hitam, serta cermin sisi dengan pilihan kemasan hitam atau karbon. Dalam kabin pula, terdapat skrin instrumen digital 12.3 inci dan skrin infotainmen 10.1 inci.


Harga Dari €108,900 Di Jerman


Audi kini telah membuka tempahan untuk model ini di pasaran Jerman dengan harga bermula dari €108,900 (sekitar RM522,000). Penghantaran kepada pelanggan dijangka akan dimulakan dalam beberapa bulan akan datang.

Baca: MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990

Audi-E-Tron-GT-Quattro-513-6-1536x1194.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA7546

SELANGOR

BSQ4509

JOHOR

JYX5499

PULAU PINANG

PSC6054

PERAK

APH7864

PAHANG

CFG6379

KEDAH

KGG2671

NEGERI SEMBILAN

NEK5261

KOTA KINABALU

SJS1384

KUCHING

QAB9201N

Terakhir Kemas Kini 31 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

06-03-2024
Kereta Baru

16-06-2023
Kereta Baru

09-02-2023
EV

30-12-2023
EV

06-11-2023
Kereta Baru

09-02-2023
EV

11-01-2023
EV

21-12-2022

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.